Bab 28

11.2K 342 5
                                    

Tok! Tok! Tok!

Ketukan pada cermin tingkap kereta adam, mengejutkan afwan. Anak mata terus memandang figura manusia yang dalam keadaan samar-samar. Afwan mengerut dahi, siapa lelaki ni? Tanpa teragak-agak, afwan membuka cermin kereta. Wajah lelaki yang sedang berpegang payung itu dipandang afwan lama.

"Adam! Kenapa dengan dia?" soal lelaki itu cemas.

Melihatkan perwatakan lelaki itu membuat afwan senang sedikit. Mungkin dia kenal dengan adam?

"Tolong encik! Tolong bawa kami ke hospital?" pinta afwan lemah. Matanya sudah berkaca-kaca, menunjukkan yang dia sedang menangis. Lelaki itu tenung afwan sebelum menolong apa yang patut.

Ini ke isteri adam?

"Jom! Kita pergi hospital."

Pantas afwan mengangguk-angguk.

ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴

Kini, afwan disuruh tunggu ditempat ruangan menunggu. Sambil-sambil itu anak matanya memandang lelaki asing disebelahnya, kalau tak ada lelaki ini. Apa lah jadi agaknya? Rasanya dengan dia-dia sekali pengsan dalam kereta adam.

"Awak ni isteri adam eh?" lelaki itu bersuara tiba-tiba. Naik hairan dia pada afwan, dari tadi dia melihat pakaian afwan basah kuyup? Dari mana sebenarnya ni?

Afwan kerling ke arahnya.

"Ha'ah! Saya isteri adam, encik ni siapa?" lemah-lembut afwan menyoal.

"Saya kawan baik adam, actually saya baru balik dari malaysia." jawab lelaki itu sopan bersama senyuman manis. Terbit lah lesung pipitnya, tanpa sedar afwan merenung wajah lelaki itu.

Sedar dengan kesilapannya, cepat-cepat afwan beristighfar! Ya Allah afwan, kau dah ada suami!!!

"Ouh, nama encik siapa?" soal afwan berbasa-basi. Rasa kekok pulak?

"Atif amirul, just call me atif." jawab atif bersahaja. Afwan mengangguk faham bersama senyuman kekok. Dua minit berlalu, datang seorang doktor lelaki ke arah afwan dan atif. Orang yang pertama bangun adalah afwan, barulah diikuti atif.

Risau benar dia pada adam.

"Doktor, macam mana dengan suami saya?" afwan menyoal.

"Dia cuma mengalami gastrik, pastikan pemakanan dia terjaga. Nasib baik dia okay, kalau tak makin teruk kalau awak biarkan." jawab doktor lelaki itu. Afwan mengigit bibir, mesti ramai yang ingat dia isteri yang tak pandai jaga suami kan?

"Kalau saya nak pergi tengok dia boleh?" anak mata tepat memandang doktor lelaki itu. Berharap dia akan dapat berjumpa dengan suaminya.

"Boleh cuma, pesakit kena rehat secukupnya. Kalau tak ada apa-apa, saya mintak diri dulu ye." doktor pemuda itu tersenyum selepas melihat anggukan dari afwan dan atif. Perginya kelibat doktor yang merawat adam, lekas afwan bergegas ke kamar adam. Manakala atif memberi ruang untuk afwan, dia hanya menunggu di luar bilik.

Pintu dikuak dari luar dengan perlahan-lahan, afwan melangkah setapak demi setapak. Niat tak mahu mengganggu lena suaminya, alang-alang suaminya tidur membelakanginya. Jadi langkahnya diperlahankan. Terbit rasa kesian di hati afwan melihat adam tidur dengan lena, mesti dia rasa sakit sangat! Sebab itu rasa kantuknya hadir.

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now