Pukul 4:14 minit petang, afwan membawa air berisi coffee untuk adam yang sedang berada di pondok kecil berhadapan rumah kampungnya. Dia meletak dulang air di sisi adam, kemudian dia menghenyak punggung disebelah adam.
Wajah adam dipandang apabila dia perasan yang adam sedang merenungnya.
"Pagi tadi aku dah minum tea o, lepas tu kau bagi aku coffee pulak? Kau memang nak bagi aku kembung perut ke macam mana ni?" adam membidas. Sudahlah dia tidak selalu minum air manis-manis, dia lebih banyakkan minum air masak daripada air manis.
"Kan dah petang? Jadi saya bawakan lah awak air coffee. Ke awak nak air lain? Saya boleh tukar." afwan mula mahu mengambil air coffee tersebut, tetapi dihalang adam.
"Tak payah, aku tak nak susahkan kau sangat. Aku cuma tak selalu minum air manis sangat." bagitahu adam. Afwan sekadar mengangguk faham.
"Tak apa lah, kalau macam tu biar saya yang minum."
"Eh tak payah!" adam larang.
Pulak dah?
"Alang-alang kau dah bawak, biar aku jelah minum. Lagipun kan air ni untuk aku, kau tak payah susah-susah buat untuk aku dah. Kalau aku nak, aku bagitahu kau." terang adam kepada afwan. Lagi sekali afwan mengangguk seperti burung belatuk. Kadang cerewet jugak si adam ni.
Haih sabar jelah!
Keadaan menjadi sunyi seketika. Dalam beberapa saat, adam kembali memandang afwan. Sebenarnya ada soalan dari dia, tapi dia takut untuk bertanya. Takut kalau di cop menyibuk!
"Afwan."
"Ye?" afwan membalas pandangan adam. Anak mata mereka bertembung tepat, afwan beranikan diri untuk memandang anak mata adam. Sebenarnya hatinya berdebar-debar kalau selalu dekat dengan adam, bukan sebab cinta? Mungkin sebab tak selesa?
"Adhan tu siapa?" ini lah soalan yang adam ingin tanya. Disebabkan pagi tadi, nama ini selalu terngiang-ngiang di telinga adam. Dia ada lah jugak curi-curi dengar perbualan antara opah dan afwan.
Afwan angkat kening. Sejak bila adam kenal nama tu? Mana dia tahu?
"Okay! Disebabkan muka kau macam cekodok, aku bagitahu. Sorry! Pagi tadi aku terdengar perbualan kau dengan opah. Sebab tu aku nak tahu adhan tu siapa? Sebab aku dapat tahu yang adhan tu simpan hati untuk kau kan?" kata adam. Bukan kerana cemburu, tetapi ingin tahu. Siapa lelaki itu, tu je! Takkan tak boleh kut?
"Ouh, adhan tu......"
"Assalamualaikum!" adhan datang.
Sekaligus membuatkan afwan dan adam berpaling ke arahnya. Belum sempat afwan mahu menghabiskan kata-katanya, adhan sudah hadir.
"Walaikumsalam!" balas afwan dan adam serentak. Adam kerut kening, ini lelaki yang hampir buat dia terlanggar hari tu kan? Macam mana... ouh! Okay aku dah faham.
"Adhan buat apa datang sini? Cari opah ke? Opah tak ada dia pergi..." belum sempat afwan mahu menghabiskan ayatnya, adhan memotong.
"Tak! Adhan mai caqi hawa." balas adhan dengan loghat kedahnya. Kadang-kadang, bahasa kedah adhan ni boleh buat afwan tidak faham, mungkin sebab terlalu pekat?
Adam pandang afwan.
"Adhan cari hawa? Kenapa?" kening afwan terangkat sedikit. Biarpun dia tahu kenapa adhan cari dia, sengaja buat-buat tak tahu.
"Adhan nak tau hal yang sebenaq." balas adhan. Sesekali wajah kacak adam dipandang, tak ada lah hensem mana? Hensem aku lagi puih!
"Boleh tak kalau lain kali kita borak pasal ni? Adhan datang waktu yang tak tepat." bukan niat mahu menghalau? Tapi tak nampak ke sebelah dia ni ada adam?
YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomanceKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...