Afwan menghayati lagu-lagu yang dinyanyikan oleh riz. Penuh makna baginya, lagu yang sememangnya dia tuju kepada Adam. Dia harap jodoh dia dan Adam akan kesampaian.
"Ehem!" seseorang berdehem.
Afwan dan riz terus memandang ke arah pemilik suara tersebut. Afwan sedikit terkejut melihat Adam sudah ada di depan matanya. Masa bila lah dia ada dekat sini? Dah habis berborak dengan daddy ke apa?
"Seronok nampak? Boleh aku join?" Adam angkat kening lagak memerli riz. Riz tersenyum nipis.
"Boleh je, tapi kau jangan lah fikir lain. Wahai abang Adam yang ku sayang, isteri kau ni nak dengar aku main gitar. So sepupu kau yang hensem ni tolong lah mainkan gitar untuk dia." seloroh riz yang sempat mengerling afwan disebelahnya.
Afwan menahan gelak.
Kemudian, Adam terus menghenyak punggung disebelah isterinya dengan selamba. Sempat wajah afwan dikerling tak puas hati. Amboi, aku dekat dalam bukan main cari dia. Dia dekat luar elok je gelak ketawa dengan si malaun ni!
"Tak apa lah, jangan kau sentuh bini aku sudah. Tak pasal-pasal muka kau yang tak hensem tu berlubang disebabkan penumbuk aku ni haa." satu gengaman penumbuk di angkat.
Riz mencebik. Halah kedekut pahit betul abang sepupu aku ni.
"Awak ni, tak perlu lah sampai nak tumbuk muka riz ni. Dia tak salah pun, kami cuma nak berborak sambil dengar lagu je." afwan menggeleng kepala. Cemburu tu kalau tak sampai ke langit memang tak sah!
Riz mengangkat kening sambil tersenyum gembira. Gembira sebab afwan menyebelahinya.
Adam menjeling.
"Yelah....." meleret balasan dari Adam. Tanda-tanda yang dia masih belum puas hati. Ei ! Aku suami dia kot? Si malaun ni jugak dia bela?
Sakit hati betul !
"Awak borak apa dengan daddy?" wajah afwan berubah lain. Dalam hatinya sudah membuak-buak ingin tahu apa yang Adam dan tan sri hisyam borakkan.
Wajah Adam jugak berubah keruh. Dia garu hidung bagi hilangkan rasa gelisahnya yang sudah berbuku di dalam hati. Secara tak langsungnya, benak fikirannya terus teringatkan kata-kata tan sri hisyam sebentar tadi.
"Tak ada apa lah. Borak kosong je." balas Adam bagi menyedapkan hati kecil isterinya. Dia menggosok ubun-ubun kepala afwan.
Afwan memberi reaksi tawar. Dia tahu, Adam rahsia sesuatu perkara darinya. Sudah terang lagi bersuluh yang tan sri hisyam memang tak sukakannya, jadi tak hairan lah ada perkara penting yang tan sri hisyam mahu bercakap dengan suaminya?
Mesti daddy ada cakap pasal aku. Hmm, bila lah daddy nak terbuku hati nak terima aku?
"Korang tidur sini ke?" riz mencelah setelah sedari hanya diamkan diri. Afwan dan Adam berpaling memandang riz.
"Ha'ah tidur sini." balas Adam seraya mengerling sekilas ke arah afwan. Wanita itu beriak biasa.
"Okay lah, aku masuk dalam dulu." riz meminta diri.
ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴
1:00 pagi (malam)
Afwan menguap sambil mengenyeh biji matanya. Tiba-tiba sahaja lubang tekaknya haus meminta air. Waktu macam ni lah kau nak air lah apa lah. Menyusahkan aku je!
Afwan mengeluh sambil mengikat rambutnya yang bergaya toncang. Dia mengerling sekilas ke arah Adam yang sudah lena dibuai mimpi. Dia tersenyum simpul, tanpa teragak-agak tangannya naik menyentuh pipi lembut Adam. Lalu dibelai sayang.
YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomanceKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...