Bab 40

13.7K 527 9
                                    

Hari ni, afwan niat untuk mahu memasak makanan malam untuk adam. Tapi bahan-bahan tak ada pulak? Jadi, afwan buat keputusan untuk datang ke pasaraya tesco. Sempat lah dia memberi pesanan mesej kepada adam, mengatakan dia keluar membeli barang basah. Bab keluar tu, dia naik teksi. Hah takkan lah dia nak drive kereta pulak? Mana lah dia pandai drive kereta ni. Tapi 30 minit jugak lah dia kena membebel dengan adam, kata naik uber lah, tunggu saya balik lah, dan macam-macam lagi.

Ish memang tak lah! Cukup sahaja lah aku naik teksi, takkan semua pemandu teksi jahat? Ish ish ish!

Troli di bawa masuk. Senyuman lebar terukir di bibirnya, dia menyusun langkah ke arah barangan-barangan basah. Sejak kes minggu lalu, dia dan adam makin akrab. Kadang-kadang afwan nak mandi pun, adam nak ikut sekali. Mengada kan!

Sejak dia dan adam dalam hubungan yang baik, tiap hari jugak afwan mengucap perkataan cinta pada suaminya. Sesungguhnya dia sangat bertuah memiliki adam, hadiah yang tak terkata buatnya. Namun siapa sangka, adam jugak mencintainya? Alhamdulillah, hubungan dia dan adam semakin baik.

Afwan memilih ayam-ayam yang segar, dan sempat jugaklah afwan menyuruh pekerja di situ memotong ayam-ayam tersebut. Senanglah dekat rumah nanti dia campak ayam tu terus, tak ada susah-susah nak potong apa lah, leceh je!

Sedang sibuk dia menunggu pekerja di situ untuk memotong ayamnya, dia dikejut dengan seseorang yang cukup dia kenali. Dia tersenyum lebar saat orang yang dia cintai datang dengan meniup lembut di cuping telinganya.

"Adam!" afwan gelak kecil. Dia sendiri terkejut dengan kedatangan adam, entah sejak bila adam muncul pun dia tak tau?

Adam sengih kambing.

"Awak tak bagitahu pun nak datang sini? Mengada kan?" afwan menjeling seraya tersengih gembira. Lengan suaminya dicubit perlahan, adam ketawa besar.

"Janganlah cubit, sakit tau." adam menarik tangan afwan dan dibawa ke dalam genggamannya. Wajah bersih afwan ditatap teliti.

Macam mana lah dia tak risau dekat Ofis? Sudahlah, isterinya pergi sorang-sorang. Memang tak lah dia bagi isterinya keluar tanpa adanya dia. Jadi, dia buat keputusan untuk datang ke tesco. Alang-alang tu, dia buat suprise untuk afwan atas kehadiran dia yang tak dijemput tu.

"Sayang, awak beli apa hari ni?" adam menyoal. Sejak hubungan dia dan afwan semakin baik, sejak tu jugak dia biasakan lidah untuk memanggil isterinya dalam panggilan sayang. Dua minggu jugak lah afwan susah untuk terima dengan panggilan tu, walaupun dalam hati dah gembira habis.

"Saya teringin nak masak ayam gulai kuning, macam mummy masak hari tu. Lepas tu, saya nak masak lauk kegemaran awak." balas afwan senang. Sesekali anak matanya mengerling sekilas ke arah pekerja yang memotong ayamnya.

Adam sekadar mengangguk kepala. Dia pun senang mendengarnya. Itulah antara sebabnya, kenapa dia cintakan afwan. Gadis itu pandai memasak, pandai urus rumah, pandai ambil hatinya. Haih beruntungnya aku ada isteri macam dia. Ini kalau aku lepas, memang aku bodoh seumur hidup!

"Kenapa awak datang sini?" afwan menyoal, sekadar berbasa-basi. Wajah kacak suaminya dipandang ke sisi.

"Rindu," balas adam bersama senyuman nakal.

Mengada! Dekat pasaraya pun nak menggatal. Nasib baik lah sayang,

"Awak ni, makin lama makin mengada kan? Dah kenapa rindu? Saya pergi beli barang basah, bukan pergi balik kampung." balas afwan mengangkat kening.

"Ala, hati saya ni risau sangat dengan awak. Kalau boleh nak berkepit je dengan awak." mulut adam di muncungkan. Dia membuat gaya budak-budak.

Satu cubitan perit di perut adam, membuatnya menjerit kecil. Pergh! Boleh tahan cubitan isteri aku ni?

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now