"Ya Allah! Afwan, bila sampai?" terkejut puan sri halisha melihat menantu perempuannya dihadapan dia sekarang.
Afwan tergelak nipis .
"Baru je sampai." balas afwan.
"Datang dengan siapa?" soal puan sri halisha. Naik hairan dia melihat afwan hanya keseorangan diri di ruang tamu. Takkan nak drive kereta sampai ke sini? Bukan ke si afwan ni tak pandai drive?
"Riz jemput afwan, kebetulan riz nak ambik barang dia dekat sini. And afwan pun tumpang lah dia, dia ada dekat atas tu. Ambik barang kut?" afwan menjawab.
"Adam tau ke pasal ni?" soal puan sri halisha.
Afwan senyum nipis.
"Tak, sebenarnya afwan bukan tak nak bagitahu. Hm, bateri fon afwan habis. Tengah cas dekat apartment adam, lepas tu kredit semua habis. So, boleh tak kalau afwan pinjam fon mummy?" afwan gigit bibir. Terasa isteri durhaka pulak?
Puan sri halisha senyum.
"Boleh, kejap. Mummy ambilkan." puan sri halisha beredar. Dalam beberapa minit, puan sri halisha sudah berada di hadapan afwan.
Puan sri halisha menghulurkan telefon bimbitnya kepada afwan. Afwan mengambil, dan meminta diri ke luar rumah untuk menelefon adam.
Nombor telefon adam di cari. Kemudian dia menekan nombor tersebut, sebelum dilekatkan pada gegendang telinganya.
"Assalammualaikum awak."
"Ya, walaikumsalam? Kenapa awak call?"
"Saya ada dekat rumah mummy sekarang ni."
"Hah? Buat apa dekat situ?"
Adam bermain dengan pen hitamnya.
"Saya bosan dekat rumah. Tapi awak jangan risau, saya okay. Dan pasal kenderaan, riz tumpangkan saya."
"Riz? Sayang, kenapa tak call saya je suruh ambik awak?"
Ada nada-nada cemburu di situ. Yes! Even riz sepupu aku pun, aku tetap cemburu.
"Bateri fon saya habis. Awak tak perlu risau lah, saya okay je kat sini."
"Hm, okay."
Afwan tersenyum nipis.
"Saya letak dulu okay."
"Kejap!"
Baru sahaja afwan mahu menjauhkan telefon bimbitnya, terdengar suara panggilan dari adam. Telefon kembali dilekatkan.
"Ye?"
"I love you."
Ucap adam lembut.
Afwan gigit bibir.
"I love you too."
Balas afwan sebelum otaknya kembali teringat peristiwa semalam.
Panggilan ditamatkan.
ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴
"Fika kerja ke mummy?" soal afwan saat dia dan puan sri halisha berada di dapur. Tubuh badan puan sri halisha dilihat melalui belakang.
Walaupun fika tak suka dengan aku, tapi aku tetap menyoal tentang dia. Aku tak nak dianggap kakak ipar yang tak berguna.
Puan sri halisha yang ralit memotong bawang merah dikalih sedikit memandang afwan.
"Ha'ah, dia shift sampai petang." balas puan sri halisha. Kemudian dia kembali memotong bawang merah dan bawang putih. Niat dia mahu memasak sup kaki ayam, alang-alang tu boleh lah makan malam bersama afwan sekali.
"Afwan, duduk sini sampai malam ye?" puan sri halisha meminta.
YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomanceKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...