"Asal kau nak jumpa aku?" lantas afikah menyoal.
"Aku nak tanya kau. Kau kenal benjamin?" soal adam dengan wajah sinis. Afwan memandang adam seolah-olah ingin tahu jawapan sebetulnya.
Apa kaitan fika dengan benjamin? Diorang ada rancangan ke?
Atau mungkin, fika yang bagi alamat apartment adam kepada benjamin? Itu sebab benjamin cuba nak merogol aku kerana ingin membalas dendam. Dan semuanya rancangan fika? Ya Allah... tergamaknya fika buat aku macam tu?
Afikah menggaru batang hidungnya. Hatinya tidak berasa enak mendengar soalan dari abangnya. Takkan dah kantoi kut?
"Siapa benjamin? Mana aku kenal?" afikah menayang riak wajah tenang. Manakala puan sri halisha dan tan sri hisyam sekadar memerhati gerak-geri anak-anaknya.
Adam gelak pura-pura. Dia rasa nak ketuk je kepala adik dia tu biar lebam sampai seminggu. Buat-buat bodoh selalu!
Patut lah tak laku!
"Oh tak kenal? Habis macam mana benjamin tahu alamat apartment aku? Ke dia ahli nujum?" sindir adam sengaja. Ditenung wajah adik perempuannya.
Sayang, muka cantik tapi akal singkat. Kerja sebagai doktor, tapi nak hancurkan kebahgiaan abang sendiri. Tak ke bodoh namanya tu?
Afikah mengigit bibir. Dia menoleh memandang puan sri halisha meminta pertolongan.
Puan sri halisha sekadar membalas pandangan itu. Dia pun tak kenal siapa benjamin?
"Siapa benjamin ni? Kan fika dah cakap tak kenal? Yang kamu nak marah-marah adik kamu ni kenapa? Sudahlah tak ada adab datang rumah malam-malam macam ni. Eh afwan! Macam ni ke kau ajar suami kau?" wajah menantunya dipandang. Afikah sudah tersenyum lebar kerana puan sri halisha membelanya.
Terkebil-kebil afwan menoleh memandang puan sri halisha. Dia hanya membuat riak wajah takut.
Tak bercakap pun kena sembur. Hmmm..
"Mummy, adam nak bercakap dengan fika. Bukan dengan mummy. Kalau mummy tak tahu apa-apa, mummy diam! Mummy bukan ambik tahu pun pasal apa yang jadi dekat isteri adam." balas adam yang jugak membela isterinya.
"Apa yang jadi dekat dia hah?" sengaja puan sri halisha menanya. Lagipun dia nak tahu jugak apa yang membuatkan anaknya tiba-tiba mari ke rumahnya?
"Afwan hampir dirogol oleh seorang lelaki yang bernama benjamin. Isteri adam disentuh mummy! Maruah afwan adalah maruah adam jugak. Dan kejadian ni ada kaitan dengan anak perempuan mummy tu!" hambur adam. Entah mengapa hatinya sebak dan tanpa sedari mengalirkan airmata.
Puan sri halisha terpempan. Afikah sudah gelisah..
Manakala afwan tertunduk lemah. Maruahnya dipijak dari dulu sampai sekarang. Ini semuanya angkara irman! Ya lelaki durjana itu!
"Isteri kau tu pelacur! Memang patut pun kena rogol kan?!" afikah kehilangan ideal. Hanya kata-kata itu yang keluar dari mulut afikah.
Afwan tergamam. Ya Allah ujian apakah lagi yang kau ingin berikan? Kelopak mata afwan sudah dipenuhi cecair jernih, lalu mengalir perlahan-lahan. Sangat menyakiti hatinya, kata-kata afikah seolah-olah dipanah duri sembilu.
Tanpa aba-aba adam hampiri afikah dan memberikan tamparan hebat pada adiknya.
Pang!!!
Afikah terkesima. Wajahnya sudah ke kiri menahan kepedihan yang hinggap pada pipinya.
Terketar-ketar tangan adam apabila sentuhan tamparannya hinggap pada pipi kanan afikah. Tan sri hisyam terus meluru ke arah adam dan menolak dada anak lelakinya.
YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomanceKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...