Bab 39

10.9K 531 31
                                    

Drama korea yang berlangsung ketika ini benar-benar membuat afwan fokus. Sudah berminggu-minggu dia tidak menatap televisyen, hanya menatap perangai tak semenggah adam sahaja. Kadang-kadang, afwan berasa pelik dengan tindak-tanduk suaminya. Semenjak dia meluahkan perasaannya, adam terus tidak melayan afwan dengan manja. Hm, menyesal pulak dia.

Tapi salah ke dia nak berterus-terang soal hati dan perasaan? Sekurang-kurangnya dia tak menipu pada adam. Tapi adam, adam tak pernah cintakan aku? Hm, tak apa lah afwan. Ada hikmah disebaliknya

Terasa angin menyapa disebelahnya. Afwan menoleh sekilas, ternyata sangkaan afwan tepat. Siapa lagi kalau bukan adam. Dia sedang berpeluk tubuh dengan kaki di silangkan.

Matanya tepat memandang kaca televisyen. Langsung dia tidak memusingkan kepalanya untuk memandang afwan.

"Cerita apa ni?" wajahnya serius, suaranya tegang. Datang dah penyakit angin monsun dia tu!

"Thirty but seventeen." jawab afwan, bersahaja. Dia jugak acah-acah tak mau tengok adam. Matanya fokus pada kaca televisyen.

"Korea?" tanya adam lagi.

"Haah korea." balas afwan. Mestilah korea, takkan india pulak? Buta ke?

Seminit mereka berdiam diri. Masing-masing menunjuk wajah tegang. Tetapi adam menahan diri. Dia tidak keruan apabila wangian dari tubuh badan afwan menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya.

Sabar adam.

Tiba-tiba, mata afwan terbuka luas apabila drama korea tersebut membuat scene berciuman. Euwww! Tak geli ke? Aku yang tengok ni pun dah geli.

Adam yang fokus kepada televisyen, menoleh kepada afwan. Dia menahan ketawa melihat afwan yang sedang mencemik muka, comel!

Tanpa aba-aba, afwan mengambil remote control dan menekan channel yang lain. Dengan selambanya adam merampas remote control kembali dan menekan channel drama korea yang tadi. Terkesima afwan melihat perilaku adam yang sememangnya nak kena hempuk dengan kuali!

"Kenapa dengan awak ni? Tau tak saya geli tengok babak cium tadi?" afwan bercekak pinggang. Matanya tajam memandang adam. Reaksi wajah adam sekadar selamba.

Dia tidak membalas kata-kata afwan, dia hanya diam dan menujuk wajah kerasnya. Afwan mendengus perlahan.

"Bagi balik remote tu." afwan hulur tangan, tanda inginkan remote yang berada di genggaman adam. Adam menyorok di belakangnya dan tidak membalas percakapan afwan, matanya fokus pada kaca televisyen.

Makin geram afwan melihat tindak balas dari adam. Dia ingat aku ni tunggul kayu ke? Huluran tangan afwan ditinggal sepi, adam langsung tidak kembalikan remote control kepadanya.

Afwan menahan rasa. Dia kembali menarik tangannya dan bersandar pada kerusi empuk dengan wajah cemberut. Kembang kempis hidungnya menahan marah. Adam gelak dalam hati, dia dapat rasakan yang afwan sedang menunjuk wajah geram.

Ah, comelnya!

Tangan afwan di silang pada dada. Mata coklatnya pulak terpaksa memandang kaca televisyen. Aku lebih rela tengok tv daripada tengok muka adam ni! Kacau daun je!

"Nak remote, kena kiss dulu." adam bersuara tiba-tiba. Sengaja dia lontarkan ayat itu pada afwan.

Naik terkeluar biji mata afwan mendengarnya. Betul kan apa yang dia dengar? Dia tak pekak kan? Adam ni perangai sejenis macam mana eh? Kejap elok, kejap dingin, kejap baik, kejap manja, kejap argh! Benci.

"Gila!" balas afwan tanpa memandang wajah adam. Adam memang sengaja menguji hatinya.
"Ah, saya memang gila. Gilakan awak." suara adam makin mendekat pada telinga afwan. Sengaja dia melemparkan suara romantis sebelum dia kembali bersandar.

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now