Afwan berlari mendapatkan pintu utama. Waktu-waktu dia sedang memaksa lah ada tetamu nak datang? Siapa lah pulak kali ni yang datang? Tanpa sebarang masalah, afwan membuka daun pintu. Sebelum tu dia memakai tudung dahulu. Aurat kita kena jaga untuk diri dan untuk suami.
Terpempan wajahnya melihat figura manusia yang sedang merenungnya. Gadis berambut hitam pikat yang berdiri dihadapannya berpeluk tubuh.
Afwan berdehem mengawal reaksi wajahnya. Terkejut jugak dia melihat kedatangan afikah dengan secara tiba-tiba ni?
"Masuk lah fika." ajak afwan lembut. Afikah tak membalas. Malah dia melangkah masuk meningalkan afwan yang masih membatu di depan pintu.
Kenapa fika tiba-tiba datang ni?
Tanpa berlengah lagi, afwan menutup pintu dan melangkah ke arah ruang tamu. Dia melihat afikah sedang duduk dengan wajah dinginnya.
Afwan datang dekat.
"Awak nak air? Saya boleh buatkan untuk awak?" afwan menyoal yang masih berdiri di sebelah afikah.
"Aku tak nak." balas afikah ringkas.
Afwan akur. Tanpa sebarang soalan, afwan menghenyak punggung dihadapan afikah. Dia memandang wajah afikah dengan penuh seribu pertanyaan.
Afikah menoleh memandang afwan dengan tepat. Anak matanya mencari bebola mata afwan.
"Aku datang sini, nak jumpa kau." afikah mula bersuara.
Jantung afwan mula berdetak laju. Sesungguhnya minda afwan masih belum dapat mencerna kata-kata afikah.
"Jumpa saya? Untuk apa?" tanya afwan. Hatinya mula berasa tidak enak. Ya Allah janganlah kau datangkan dugaan lagi padaku, sesungguhnya aku tak dapat melawan walaupun sudah sehabis daya aku menempuhnya.
"Afwan... aku nak merayu pada kau. Aku tak tahu lagi nak cakap macam mana? Aku mintak sangat dengan kau, tolong lepaskan adam dan pergi tinggalkan dia. Aku nak dia bahagia dengan orang yang aku tentukan." anak mata menatap wajah afwan sedalam-dalamnya.
Bagi afwan, kata-kata afikah seolah-olah batu yang menghempap dadanya. Kenapa waktu-waktu macam afikah perlu merayu padanya? Dia benar-benar tak kuat untuk menghadapinya. Kalau dulu eryna pernah merayu padanya, dia boleh menahan lagi. Tapi kalau sekarang, afikah merayu padanya. Dia betul-betul tak dapat menghadapinya.
Meninggalkan adam bukan lah senang baginya. Adam adalah penguat cintanya. Salah ke dia nak mencari cinta untuk dirinya? Dia tak mintak banyak, cuma restui lah hubungan dia dan adam.
"Eryna, penghidap kanser tulang tahap empat. Hidup dia hanya bergantung kepada ubat. Dia nak bahagia dahulu sebelum dia menghadap ilahi. Aku nak dia bersama adam, kerana adam cinta pertamanya. Kau dah rampas kebahagiaan dia afwan, tolong bagi balik kebahgiaan dia. Aku merayu pada kau." sambung afikah yang mula mengeluarkan cecair jernih. Sebak hatinya untuk menyatakan hasratnya.
Dia akui, afwan memang orang yang baik. Dan dia tahu, afwan pasti akan mendengar luahannya. Dan jugak memberi peluang untuk melepaskan adam.
Terkesima afwan mendengar luahan afikah. Selama ini eryna menghidap kanser tulang tahap empat? Ya Allah kesiannya.
"Saya tak pernah rampas adam dari siapa-siapa pun? Saya dan adam ditakdirkan bersama. Saya cintakan adam semenjak dia hadir dalam hidup saya. Saya banyak berkorban demi dia, saya banyak tempuhi dugaan selama saya dengan dia. Saya tak sanggup lepaskan dia melainkan dia sendiri yang menjatuhkan talak untuk saya. Kalau dimata awak saya bukan perempuan sempurna bagi awak, saya mintak maaf. Inshaallah saya akan bincang ni dengan adam." jawab afwan panjang lebar. Setitis demi setitis airmatanya muka menurun berjela-jela.
YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomanceKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...