Bab 25

11.5K 332 4
                                    

8:40 minit malam...

Tok! Tok! Tok!

Afwan tersedar saat pintu biliknya diketuk dari luar. Siapa lagi kalau bukan crushnya? Adam! Afwan cuba memaniskan senyumannya, lalu dia menurun dari katil dan menapak ke arah pintu. Lekas tombol pintu dibukak, anak mata memandang wajah adam dengan hairan. Dia nak apa ketuk pintu aku ni?

"Ye, awak nak apa?" soal afwan lembut.

"Kau lapar tak?" adam tidak membalas pertanyaan afwan, malah dia menyoal soalan kepada afwan. Afwan mengerut kening sambil bertembung mata bersama suaminya. Haih! Adam. Malam-malam pun awak kacak! Sengaja menguji kesabaran saya lah ni?!

"Kenapa? Awak lapar ke?"

"Ha'ah, aku tak makan dari petang tadi. So, boleh tak kalau kita keluar makan?" pinta adam. Berharap afwan menerima pelawaan-nya.

"Kat dapur tak ada barang basah ke?" tanya afwan pelik. Sampai nak ajak makan luar bagai?

"Macam lah kau tak tahu aku ni macam mana? Aku dulu hidup bujang, so tak ada masa aku nak keluar beli barang basah and then nak masak bagai. Kalau setakat maggie tu ada lah! Takkan lah aku nak makan maggie pulak? Tak kenyang aku!" bebel adam sambil menjeling wajah afwan. Polos afwan memberi reaksi wajah.

"Okay, saya pergi siap dulu."

"Cepat sikit!" arah adam. Dia betul-betul lapar ni. Perut dia dari tadi lagi kosong meminta diisi.

Afwan angguk selepas menutup daun pintu. Lalu dia menukar pakaian dengan segera. Tak nak lah si adam tu membebel!

ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴

Kereta berjenama audi A8 milik adam, berhenti di hadapan restoran mewah. Dia menarik handbrake, sebelum wajahnya memandang ke sisi kiri. Afwan dipandang pelik.

"Kenapa dengan kau ni?" soal adam hairan. Afwan ni memang tak pernah tengok restoran ke apa? Atau sejenis jakun?

Afwan tersentak, saat adam menegurnya. Dibalas pandangan suaminya.

"Kita nak makan dekat sini ke?" tanya afwan.

"Yelah! Dekat mana lagi? Dah-dah turun, aku lapar ni. Jangan banyak cakap! Karang aku makan kau baru tau!" ujar adam berbaur ugutan. Afwan mencebik bibir apabila suaminya sudah keluar dari perut kereta. Kemudian dia membuka pintu dan melangkah keluar.

Dia mengekori adam dari belakang. Tiba-tiba dahinya terlanggar tubuh belakang adam apabila adam berhentikan langkahnya. Aduh! Sakit dahi aku!

"Awak ni kenapa? Sakit tau tak dahi saya!" digosok-gosok dahi licinnya. Anak mata memandang adam dengan wajah cemberut!

"Lain kali jalan tu tepi aku! Jangan belakang aku! Kau tu isteri aku, karang jadi apa-apa aku jugak susah. Ugh!" bebel adam sebelum tangannya memaut jari-jari runcing isterinya. Terkelu lidah afwan jadinya, melihat perilaku adam yang agak bimbang dengan dirinya.

Mereka berjalan beriringan menuju ke arah restoran. Perilaku adam sebentar tadi memang mengejutkan dirinya! Tak sangka dalam diam-diam adam jugak risau tentang dirinya. Tersenyum girang afwan melihat kerisauan adam terhaadapnya.

Selepas mereka sudah memasuki ke dalam perut restoran. Afwan dan adam terus memilih tempat di bahagian hadapan. Kerusi ditarik, lalu dilabuhkan punggungnya di permukaan kerusi tersebut. Begitu jugak afwan yang mengambil tempat dihadapan adam. Meliar mata afwan memandang kawasan restoran yang tampak mewah sekali! Nak makan je pun, perlu ke bawak dia ke tempat mewah seperti ini? Menghabiskan duit sahaja!

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now