Bab 32

10.6K 332 19
                                    

Semenjak hakeem meluahkan perasaannya kepada afikah, dia berasa pelik melihat perilaku gadis itu. Setiap kali bertembung bersama, ada aje gadis itu mengelak. Nak pergi tandas lah, nak balik lah, nak sambung buat kerja lah. Bermacam-macam lah afikah mencipta alasan. Tapi apakan daya, hakeem tau sebenarnya yang afikah susah untuk terima dia.

Untuk menarik perhatian afikah, memang susah. Kadang, hati kena kuat untuk mendapatkan gadis itu. Bukan dia tak tau, afikah jenis dingin, jenis gadis kasar, atau lebih kepada sombong.

Disebabkan layanan afikah acuh tak acuh padanya, hakeem membuat keputusan untuk tidak mengacau lagi hal gadis itu. Bukan mengalah atau berputus asa, tapi kalau orang dah tak mau, buat apa dikejar lagi? Dia pun ada hati dan perasaan.

Hakeem ketuk pintu bilik afikah dengan perasaan debar. Dia ke sini pun hanya ingin mengambil fail pesakit bernama noreen ainur, kata nurse ika fail pesakit nooren ainur berada di tangan afikah. Jadi, dia terpaksa datang dan kuatkan hati untuk bertembung mata bersama afikah buat kali ketiga.

Afikah yang sedang ralit menulis sesuatu di kertas kerjanya, terbantut apabila kedengaran ketukan pintu diluar biliknya. Tak semena-mena afikah menyuruh masuk.

Saat figura manusia yang sudah pun memasuki ke dalam biliknya, membuat afikah tercengang bagaikan patung yang tidak bergerak. Dr. Hakeem!

"Ehem!" hakeem berdehem, setelah menyedari renungan afikah kepadanya. Afikah tersentak dengan mata terkebil-kebil.

"Yes? Ada apa yang boleh saya bantu?" afikah bersuara dengan wajah cuba di manis kan, walaupun dalam hati bagai nak rak ingin tahu kenapa hakeem sudah banyak diamkan diri dengannya.

Marah ke merajuk?

Hakeem hampiri afikah.

"Mana dr letak fail pesakit noreen ainur? Saya nak tengok, sebab hari ni saya ada temu janji dengan pesakit bersama noreen ainur." jawab hakeem tanpa membuang masa. Dia sengaja membuat wajah sombong.

Anak mata afikah setia memandang bebola mata pemuda itu. Dalam hatinya gembira apabila dapat ketemu dengan hakeem lagi, walaupun dia tahu yang dia sebenarnya ego!

Haih, dua beradik sama je! Ego tak bertempat. Dah suka tu balas jelah, ini nak sembunyi-sembunyi lagi. Karang melepas hah baru tau!

"Ah kejap, saya rasa saya letak dekat..."

"Tak apa, saya cari sendiri. Dr bagitahu je dekat mana dr letak." potong hakeem apabila matanya perhati gerak-geri afikah yang seperti ingin bangun dari kerusi empuk. Afikah kembali duduk.

Sejujurnya, dia kecewa dengan layanan hakeem yang sekarang. Kenapa dia tiba-tiba dingin? Dia marah aku ke sebab layan dia acuh tak acuh, atau abaikan luahan dia yang kelmarin lepas?

"Dekat laci tu kut?" afikah memuncungkan bibir mulutnya ke arah laci yang berdekatan situ. Tanpa berlengah lagi, hakeem pantas angkat kaki ke arah laci tersebut.

Di bukak laci yang sememangnya khas untuk fail-fail pesakit. Afikah yang dari belakang hakeem, memanjangkan lehernya untuk mengintai-intai pergerakan hakeem. Sesekali bibirnya mencebik.

Eleh! Nak sombong pulak dengan aku?

Siap sahaja hakeem mencari fail tersebut, hakeem angkat wajah dan berpaling memandang afikah yang sedari tadi hanya diamkan diri.

"Saya mintak diri dulu dr." pamit hakeem sopan. Afikah angguk kepala sebelum matanya memandang kelibat hakeem yang sudah hilang di matanya.

Perlahan-lahan dia mengeluh buat sekian kalinya. Awak merajuk ke dr. Hakeem?

ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴

Adam mengeluh buat sekian kalinya dihadapan tan sri hisyam. Sungguh dia tidak dapat menerima kata-kata tan sri hisyam. Berat untuk dia katakan ya walaupun dia masih sayangkan gadis itu. Cuma cinta yang belum hadir buat masa ni?

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now