Bab 6

18.7K 566 26
                                    

"Masuk lah," adam mengajak. Sampai sahaja di apartment milik adam, afwan terasa macam berat mahu melangkah masuk. Besarnya apartment dia? Dia ni orang kaya ke? Afwan pandang adam.

"Nanti aku akan bagitahu semua tentang aku dekat kau. Masuk dulu, nanti orang nampak." wajah tegas adam membalas pandangan afwan. Tahu dengan pandangan afwan yang seperti was-was dengannya. Afwan sekadar mengangguk faham. Lalu afwan melangkah masuk dengan wajah tenang, masuk sahaja afwan ke dalam perut apartment milik adam, afwan terpempan? Wau! Besarnya, jakun sekejap afwan dibuatnya. Hiasan-hiasan bunga pasu yang bercorak abstrak, serta cat rumah yang berwarna biru laut ditambah pulak gantungan gambar laut tambah pulak perabot-perabot mewah! Tak lupa jugak, televisyen bersaiz besar dan bentuk leper yang berjenama mahal. Sungguh membuatkan afwan terpegun melihatnya.

Adam ni anak orang kaya ke? Bisik hati kecil afwan sambil memandang adam sekilas. Dia dan adam bagaikan langit dengan bumi, ya Allah! Dia jodoh aku ke?

"Bilik kau ada dekat depan, jom aku tunjukkan!" adam melangkah melepasi ruang tamu. Afwan membuntunti adam dari belakang, sesekali wajah memandang sekeliling ruang tamu, masih tak puas melihatnya!

Sampai sahaja di tempat ingin diberi tahu adam, langkah afwan terhenti. Anak matanya memandang adam. Kemudian adam membuka daun pintu berwarna putih cerah, terdapat sebuah bilik mewah berkatil queen tambah pulak cadar berwarna pink menyala. Tidak lupa jugak, tandas yang sememangnya ada di dalam bilik tersebut. Afwan hanya memerhati dari luar.

"Ni bilik kau." adam pandang afwan. Afwan kerutkan kening sebelum beriak terkejut.

"Hah?!"

"Kau ni dah kenapa? Sawan?" sindir Adam selamba. Tak tahu ke apa maksud 'bilik'? Haih jangan main-main, otak dah senget ke apa? Tapi perilaku afwan, membuat adam geli hati. Dia tahu afwan terkejut melihat apartment nya. Datang pun dari kampung kan, mesti lah jakun tu ada?

Afwan geleng kepala.

"Tak, bilik ni macam tak sesuai je dengan saya. Besar sangat?" afwan rendah diri. Memang tak sesuai! Bilik ni lebih dua kali ganda cantik dari bilik dia di kampung tu? Tak ada ke bilik kecik-kecik ke? Kan sesuai dengan diri dia ni.

"Habis tu kau nak bilik macam mana? Ke kau nak aku campak kau dalam stor?" bicara adam selamba. Pantas afwan menggeleng kepala.

"Tak! Tak! Jangan lah macam tu, maksud saya macam bilik kecik-kecik ke, yang memang sesuai untuk saya?" afwan tayang wajah selenga.

"Tak ada. Aartment aku harga bukan dua tiga ringgit tau, so bilik dia pun bukan kecik-kecik yang kau mintak tadi tu. Aku dah bagi ni terima jelah! Banyak cekadak pulak?" adam menjeling. Afwan angguk kepala dengan wajah biasa. Terpaksa lah dia terima sahaja kata-kata adam, walaupun menjengkelkan?

Afwan memasuki ke dalam biliknya, tetapi langkahnya terhenti saat adam memanggilnya semula. Ish! Dia ni suka lah main-main.

"Ada apa encik eh maksud ada apa adam?" afwan mengetuk kepalanya. Haih! Sudah berapa kali tegur, jangan panggil dia 'encik' aduh kau ni afwan!

"Kau datang kl ni, ada bawak baju?"

Afwan menggeleng kepala. Semasa dia diculik oleh irman, dia memang tak ada bawak baju. Dia pun tak ada masa nak pikir pasal baju, sebab dia waktu tu ada masalah besar. Takkanlah dia nak bawak baju sekali hah lepas tu culik dia. Macam bangang je kan? Adam ni pun tak ada pemikiran ke apa?

"Datang sehelai sepinggang?" soal adam lagi.

Afwan angguk kepala.

"Kejap! Tunggu sini." adam beri arahan. Dia menapak menuju ke satu bilik yang jauh dari bilik afwan. Afwan berdiri menunggu kedatangan adam semula. Setelah beberapa minit, adam kembali dengan membawa dua helai baju kurung yang tampak mahal. Kalah baju kurung dia!

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now