"Encik, saya bersumpah saya hanya gadis mangsa untuk dijadikan pelacur. Saya tak pernah inginkan semua ni, tapi Allah campakkan saya ke tempat ni sebab dia nak uji saya. Jadi tolong lah encik jangan apa-apakan saya." ujar afwan penuh dengan kenyakinan. Adam terdiam, tidak jadi dia mahu meneruskan niatnya untuk menikmati tubuh afwan. Anak matanya merenung setiap segenap wajah afwan yang berada di tindih-nya. Wajah yang tenang baginya?
"Encik, tolong bangun dari tubuh saya?" afwan menegur. Tersentak Adam, tak sedar pulak yang dia lama menindih tubuh afwan dengan sekali merenung pulak tu! Malu pulak dia, jadi cepat-cepat dia bangun dari tubuh afwan dan berdiri di hadapan afwan. Afwan bangun dari baringannya dan duduk menghadap wajah Adam yang sedang berdiri di hadapannya.
"Kalau encik tak percayakan saya, suka hati encik lah. Tapi saya betul-betul nak keluar dari tempat ni, encik boleh tolong saya tak?"
"Tolong apa?" Adam menjawab.
"Encik bawak saya lari dari tempat ni. Lepas tu saya janji saya akan dengar cakap encik, saya tak tipu!" afwan mengangkat tangan gaya berikrar. Terbuntang luas biji mata Adam mendengar bicara afwan.
"Kau gila ke! Tak nak aku bawak balik pelacur." Adam membidas. Kata-kata Adam membuatkan afwan terdiam, dikatanya pelacur? Memang terasa dengan kata-kata Adam. Berapa kali dia nak bagitahu Adam yang dia bukan pelacur? Haih! Susah untuk orang mempercayai kita.
"Okay! Apa aku dapat kalau aku tolong kau?" Adam bersuara setelah afwan mendiamkan diri sebentar tadi. Mungkin dia tersalah cakap, sebab tu afwan diamkan diri? Afwan pandang Adam.
"Saya janji saya akan dengar cakap encik. Apa kata kalau kita kahwin?" bukan niat dia untuk menggoda Adam, bukan juga dia jatuh cinta dengan Adam. Tapi hati berkata, itu sahaja jalan terbaik untuk dia lari dari tempat ini. Adam terpempan?
"Saya janji, lepas saya jadi isteri encik saya akan dengar cakap encik. Saya tak kisah kalau encik anggap saya perempuan murah ke apa ke, janji saya dapat keluar dari tempat ni." sambung afwan. Adam menggaru kepala, sukar dia untuk membalas jawapan gadis kampung ini.
"Terdesak sangat ke?" Adam menyoal. Afwan hanya mengangguk kepala dengan wajah lemah. Dia memang terdesak sangat! Kemudian adam hampiri afwan dengan memberi senyuman sinis.
"Betul kau akan dengar cakap aku?"
Afwan angguk kepala . "Betul!"
"Kalau macam aku 'mengidam' tubuh kau? Kau bagi ke tak?" soal adam. Seraya membuatkan afwan hilang arah. Soalan yang berat bagi afwan, tapi kalau mereka dah sah? Itu bukan dosa dah namanya, itu pahala? Tapi..... mereka berkahwin bukan kerana cinta, tapi paksa?
"See? Kau tak boleh, so aku tak boleh..."
"Okay! Saya ikut semua arahan encik, dengan sekali permintaan encik yang tadi. " potong afwan, sekali membuatkan adam mengigit bibir. Dia ingatkan afwan tak dapat penuhi permintaan dia, tapi dia silap? Afwan gadis yang memang terdesak, kini adam pulak yang terdiam. Berfikir itu penting! Dia takut kalau mummy dan daddy dia dapat tahu yang dia berkahwin dengan seorang wanita yang datang dari tempat pelacur? Aduh! Apa yang patut dia jawab?
"Encik, kalau encik dapat tolong saya. Mungkin encik lah orang yang Allah hadirkan untuk saya. Saya berjanji saya akan dengar dan ikut cakap encik." afwan bersuara lagi, risau kalau Adam tak dapat menolongnya.
Adam gigit bibir.
"Okay! Aku akan bawak kau keluar dari tempat ni. I will buy you with chen lai." balas adam tenang. Airmata afwan membasahi pipinya, tak tahu sebab apa? Mungkin sebak kerana dirinya senang dijual dan senang dibeli. Afwan angguk kepala, memahami maksud kata-kata adam. Sekarang dia dapat keluar dari sini, mintak-mintak tiada apa-apa yang berlaku selepas ini.
YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomanceKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...