Kejadian tersebut makin berlegar-legar di dalam otaknya. Afikah makin menjadi curious untuk tahu apa hubungan mereka? Dia merasa afwan ada sembunyikan sesuatu dari keluarganya. Tapi apa eh?
Aku kena selidik dan kena cari lelaki semalam tu. Kalau tak, sampai bila-bila pun aku tak tahu rahsia diorang? No! Aku kena tahu jugak. Aku tak boleh bagi kebahagiaan dekat perempuan tu. Aku tahu lah apa nak buat nanti.
Kau tunggu jela hawa afwan.
"Ehem!" dr shafina berdehem selepas dia membuka pintu bilik kerja afikah. Wanita itu dari tadi termenung sampaikan kehadiran dia pun afikah tak perasan.
Afikah menoleh memandang shafina, terkebil-kebil dia mencari anak mata gadis itu. Shafina ialah gadis berkaca mata, dan jugak berhijab. Dia merupakan kawan rapat kepada afikah sejak di bangku sekolah lagi, mereka belajar bersama-sama sehingga mengambil jurusan yang sama.
"Termenung apa tu cik kak?" shafina tersengih.
Afikah berdecit perlahan. Dia ingat siapa lah tadi? Dah lah masuk tak ketuk pintu!"Kau buat apa ni? Tiba-tiba masuk bilik aku?" soal afikah malas.
Shafina mengerling sekilas jam ditangannya, sebelum kembali memandang wajah afikah.
"Kau tengok jam dekat tangan kau tu. Dah pukul berapa sekarang?" kening shafina terangkat-angkat.
Dengan perasaan malas, afikah menoleh memandang jam di pergelangan tangannya. Haih! Dah pukul 2:00 petang.
"Waktu lunch kan? So tunggu apa lagi dr afikah? Jom lah. Dr hakeem pun ada tau." tersengih-sengih shafina apabila menyebut nama hakeem.
Afikah juling mata ke atas.
"Ada aku tanya?" jawab afikah sinis. Dia mengangkat punggung seraya mengemas meja kerjanya, sebelum menghampiri shafina. Shafina ketawa terkekeh-kekeh.
Shafina memang suka mengusik kawannya bersama hakeem. Bak kata dia, afikah sesuai dengan hakeem. Tapi tula, afikah ni berlagak! Jual mahal! Doktor tu punya lah hensem dia tak nak? Kalau aku lah kan, dah lama aku sapu tu huhu.
Doktor yang menjadi kegilaan ramai wanita di dalam hospital ni. Kecuali yang dah berkahwin.
"Ala, aku tau kau suka bila dr hakeem ada sekali kan?" mereka mula menyusun langkah ke hadapan. Ingin menuju ke kantin hospital.
Afikah menjeling.
"Merepek lah kau ni. Sejak bila aku suka?" afikah berdalih. Ok, bohong. Semestinya aku suka. Aku suka bila dia ada sekali, aku suka bila aku terserempak dengan dia. Tapi sejak kejadian kelmari, aku dengan hakeem jadi lain lah. Hmm rindu aku pada dia.
Eh? Ignore it fika.
"Ala, mengaku jelah?" shafina menolak bahu afikah perlahan. Sambil-sambil tersengih seperti kerang busuk.
"Dah.. diam!"
"Yeee kau suka dia kan?"
"No!"
"Ye!"
"No fina."
"Yes fika.."
"Argh lantak kau lah!" afikah terus berjalan laju meninggalkan shafina yang sudah gelak terkekek-kekek dari belakang. Afikah menjeling tajam.
ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴
Ting tong !
Kedengaran loceng berbunyi di luar apartment milik adam. Afwan segera menjurus ke arah pintu utama, siapa pulak datang ni? Setahu aku, kalau adam dia akan guna kad akses. Ah lantak lah, kalau penjenayah dia takkan dapat masuk sebab apartment di sini menggunakan guard, supaya takkan ada berlaku kes-kes seperti mencuri, merogol atau apa-apa je.

YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomanceKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...