Bab 16

13.3K 409 10
                                    

Pagi itu...

Afwan tidak banyak bercakap dengan adam, dia sekadar mendiamkan diri semenjak kejadian semalam. Dia bukan apa, dia cuma terkilan sahaja. Tak pernah-pernah dia terkilan dengan adam, baru semalam dia dapat rasa apa itu erti 'terkilan'? Mungkin sebab dia dah start sayangkan adam. Tapi tak bermakna pun bagi adam kalau dia sayangkan suaminya. Adam pun pesan kepada dia, kalau depan keluarganya tolong berlakon. Tolong panggil adam sebagai 'abang'. Tolong tunjuk kemesraan mereka pada keluarga adam. Tak cukup lagi dengan penipuan mereka, banyak mereka sembunyikan daripada keluarga adam.  Itu yang buatkan afwan risau, kalau rahsianya terbongkar lagi teruk! Jadi seeloknya dia memberitahu hal yang sebenar, tak ada lah menjadi kacau bilau. Tapi adam pulak yang tak nak! Hm..

Afwan ralit membaiki tali leher adam, anak matanya fokus dengan perbuatannya. Langsung tak nak memandang adam. Hari ini, adam dimasukkan kerja. Kata tan sri hisyam daddy kepada adam, memberitahu yang ramai pekerja menanyakan tentang adam. Dan ramai client ingin berjumpa dengan adam. Projek-projek kerja mereka pun, adam tak selesaikan lagi. Tapi nasib baik daddy adam yang menguruskan semuanya.

"Kenapa tak nak pandang aku?" tanya adam tanpa sedar. Ya Allah mulut aku ni kenapa? Mesti afwan ingat aku ni ketagih nak tengok muka dia.

"Dah siap. Saya turun bawah dulu." afwan membuang habuk-habuk di bahu adam dengan mengibas di baju kemeja adam berwarna biru pekat. Dia memberikan senyuman nipis sebelum melangkah pergi, tak dapat nak membalas pertanyaan adam.

Adam melihat kelibat afwan yang semakin jauh darinya. Lalu dia mengeluh perlahan, mesti dia terasa dengan kata-kata aku semalam kan?

ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴

Di meja makan..

"Afwan, kenapa makan sikit je?" tanya puan sri halisha yang baru sedari menantunya hanya menambah sedikit sahaja mee goreng. Afwan angkat wajah memandang muka bersih mak mertuanya. Hanya mummy adam, daddy adam, serta adam dan dia sahaja di meja makan. Afikah mungkin sudah keluar dari rumah? Katanya ada emergency di hospital. Oh lupa! Adik perempuan si adam tu doktor pakar tulang, wah! Kecik-kecik orangnya pun ada kerjaya tersendiri. Bukan macam aku, budak kampung penjual nasi lemak! Hahaha..

Senyuman nipis ditayang.

"Afwan tak ada selera sangat lah hari ni." balas afwan perlahan. Kedengaran seperti berbunyi mengeluh garau ditelinga afwan. Adam lah tu!

"Lah..... mengandung ke?!" terjegil biji mata puan sri halisha mengucapkan kata-kata indah itu.

Terkejut beruk afwan mendengarnya. Manakala adam pulak terbatuk-batuk saat menelan nasi goreng udang buatan dari makcik ida. Tak pernah pulak dia nak menyentuh isterinya.

"Ish awak ni sha, diorang baru je kahwin. Apa yang mengandungnya?" celah tan sri hisyam bagi memecah kekok antara afwan dan adam. Puan sri halisha mencebik manja.

"Mana lah tahu menantu saya ni mengandung. Teringin jugak nak timang cucu kan?" wajah puan sri halisha menjadi redup. Inginkan cucu tapi masih tak dapat-dapat. Nak harapkan si afikah tu kahwin awal, memang tak lah!

Afwan tersenyum sumbing. Malu dengan kata-kata mummy adam, baru je diorang berkahwin sudah mintak cucu? Lagipun, takkan nak nya adam menyentuhnya. Datang dari tempat kotor siapa je nak sentuh kan?

"Mummy, kami berdua belum bersedia lagi nak ada cahaya mata. Sebab kami pun baru berkahwin, takkan dah gelojoh kan?" adam membalas sambil mengerling sekilas ke arah isterinya yang mendiamkan diri. Puan sri halisha mencebik.

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now