Bab 13

13.8K 408 36
                                    

[ MEDIA - HAWA AFWAN ]

"Hawa."

Tersentak afwan mendengar teguran dari opah. Terus dia angkat kepala, saat itu jugak lah dia bertentang mata bersama adam. Terkejut lah apa lagi! Bila masa dia datang dekat aku?

"Hulur tangan tu, adam nak sarung cincin tu kat hang." arah opah sambil mencuit bahu afwan sedikit. Lambat-lambat afwan menghulurkan tangannya, matanya setia memandang wajah adam yang tampak tegas.

Dia ikhlas ke dengan aku?

Kemudian adam segera menyarungkan cincin itu kepada jari manis afwan, matanya langsung tidak memandang wajah afwan, dia setia dengan perbuatannya. Manakala afwan membiarkan adam menyentuh kulit tangannya, selepas itu giliran afwan pulak untuk menyalam tangan adam, afwan tak cakap banyak. Dia pantas menyalam tangan adam dan sekaligus mencium kulit tangan adam.

Dahinya menyentuh kulit tangan adam. Waktu itu adam merasa dirinya kosong, mampukah dia bahagiakan wanita ini? Dia rasa tak! Dia takkan mampu, aku mintak maaf afwan.

Manakala opah sentiasa senyum. Senyum untuk afwan, kerana dia tahu cucunya berkawin bukan atas cinta, tapi diibaratkan memang dah jodoh. Selesai bersalam, afwan angkat kepala. Secara tak langsungnya, anak mata afwan dan adam bertembung berapa minit. Harap-harap tak ada berlakunya ciumam dahi?

"Adam, cium lah dahi hawa tu?" prekkk sangkaannya salah! Tiba-tiba sahaja mak sedara afwan iaitu maksu nina menyampuk. Berdebar jantung adam mendengarnya, wuish! Nak ke afwan terima ciuman aku ni?

Terkebil-kebil afwan melihat maksu nina. Ya Allah maksu! Apa ni????

"Boleh cium ke?" soalan dari adam membuatkan yang lain tergelak. Soalan bodoh nombor satu di dunia ini~

"Boleh lah! Apa yang dak bolehnya? Hang oqang luaq ka adam?" keluar terus loghat kedah maksu nina. Adam tersenyum pura-pura, dia kekok bila dengan family afwan? Mungkin sebab tak biasa lagi?

Lagipun waktu maksu nina mendapat tahu yang anak sedaranya ingin berkahwin, terkejut jugak lah. Tapi lama-lama, dia menjadi okay dengan adam. Baginya tak kekok pun, dah jadi anak sedaranya jugak kan?

"Tak apa lah maksu, kitaorang nak simpan ciuman ni untuk first night kitaorang." tiba-tiba afwan mencelah. Sebenarnya niat dia nak tolong adam, dia tahu adam tak sudi nak mencium dia. Lagipun adam tak pernah cintakan dia, siapa je nak cium orang yang pernah jijak di tempat kotor.

Maksu nina terus tersengih gatal. Manakala adam sedikit terkesima mendengar kata-kata dari afwan.

Biar betul?! Ke dia main-main je ni?

"Amboi!! Hampa berdua ni dah tak sabaq ka?" soal maksu sambil menolak lembut bahu afwan. Niat ingin mengusik sahaja.

Afwan tersenyum nipis.

"Lebih kurang lah?" jawab afwan selamba..

Dan mereka terus tergelak terbahak-bahak. Menggatal kau eh afwan!

ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴

Malam itu..

Selesai sahaja majlis akad nikah, afwan terus memasuki ke dalam biliknya untuk menukar pakaian serta membersihkan dirinya. Malam itu afwan keluar dari bilik untuk menolong opah dan maksu memasak. Sebaik sahaja afwan melintas dari ruang tamu, terpana seketika adam melihat afwan tidak bertudung. Kali ini dia betul-betul terpana dengan kecantikan afwan, memang lah afwan pernah tertunjuk rambutnya pada adam waktu kes buah kelapa jatuh, tapi kali ini lain macam auranya.

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now