Bab 60

21.7K 555 71
                                    

"Kenapa mummy nak jumpa adam?" wajah tegang puan sri halisha dia tatap. Tiba-tiba sahaja puan sri halisha mengajaknya ke restoran untuk berbincang sesuatu perkara padanya. 

Puan sri halisha menarik nafas lalu dihembus. Wajah segak anaknya direnung sehabis dalam. Hari ini, dia ingin menamatkan segala peperangan yang melanda keluarganya. Dia sangat malu pada teman-temannya. Dan dia mahu anaknya lepaskan afwan jugak.

"Mummy nak adam dengar cakap mummy. Ini adalah yang terbaik buat adam. Mummy nak adam lepaskan afwan melalui cara baik. Mummy nak tamatkan segala kisah afwan dan adam. Adam tak layak untuk dia, mummy malu! Malu sebab ada menantu berkerja sebagai pelacur. Mana mummy nak letak muka ni?" jujur puan sri halisha. Airmatanya mula bertakung menandakan empangan air mula pecah.

"Mummy nak adam, lupakan afwan. And kahwin dengan eryna. Mummy dah setuju adam kahwin dengan eryna." sambung puan sri halisha.

Adam buntu.

"Tolong mummy, lepaskan afwan. Tolong adam, jangan hampakan mummy. Mummy tak nak dia ada dalam keluarga mummy. Adam lupa ke yang adam dah beli dia sebanyak 50K? Mummy tahu cara kahwin adam dengan dia macam mana. Adam kahwin paksa dengan dia kan?"

"Tolong tamatkan segalanya adam. Anggap je adam dengan afwan tiada jodoh." sambung puan sri halisha. Anak mata adam di tatap penuh harapan.

Adam menahan rasa.

"Adam mintak diri dulu. Assalamualaikum." sempat tangan puan sri halisha dicium lembut sebelum dia melangkah keluar dari perut restoran.

Puan sri halisha mengesat airmatanya. Afwan maafkan mummy.

ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴

Adam melangkah masuk ke dalam perut apartment. Selepas berjumpa dengan puan sri halisha, dia membuat keputusan ingin pulang ke apartment. Yang lain semuanya namira uruskan. Lagipun otaknya serabut sangat-sangat.

Perlu ke aku ikut kehendak mummy? Mummy menangis depan aku bagitu sayu sekali. Kenapa aku menjadi sebak melihat mummy merayu-rayu sebegitu?

Memang dia mahu menjelaskan semua tentang penipuan dia pada puan sri halisha, tapi tak terluah. Banyak sangat dia perlu fikir. Urusan di Ofis pun dia belum selesaikan. Memanglah syarikatnya makin maju sekarang, cuma banyak batalkan meeting dan appoinment dengan client.

Adam menapak ke arah ruang tamu. Namum langkahnya terhenti apabila melihat afwan sedang termenung di atas sofa. Wajah afwan kini sudah berubah. Sangat-sangat selekeh dan tak terurus jadinya?

Perlahan-lahan adam menyusun langkah ke arah afwan. Dia melabuhkan punggung di sebelah afwan. Matanya pantas menangkap airmata afwan yang mula turun secara mengejut. Gadis itu masih termenungkan sesuatu?

Mesti tentang aku dan eryna. Patut ke aku lepaskan dia demi kebebasan pada dia? Dia pun dah penat dengan kehidupan aku?

"Awak, awak okay?" adam menyoal perlahan.

Afwan tidak tersentak, dia tahu kepulangan adam. Sengaja dia aje malas nak memandang. Lagipun hatinya pedih untuk menatap wajah lelaki itu. Namun disebabkan adam masih suaminya, dia tak nak menjadi isteri yang durhaka.

Pelan-pelan matanya memandang adam. Setitis airmatanya jatuh. Tapi, cepat dia menyapu agar kuat dihadapan adam. Semalam, puan sri halisha ada call dia. Mengatakan yang adam dah bersetuju mahu melepaskannya. Hatinya pedih untuk mendengarnya. Dia tak kuat.

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now