Bab 52

11.5K 372 9
                                    

Adam membuka pintu biliknya, dia membawa dulang makanan. Tiba-tiba sahaja isterinya tidak sihat. Ini antara sebab kes semalam. Kesian afwan, sebab aku dia menderita.

Perlahan-lahan adam menghampiri afwan dan berlabuh punggung disebelah gadis itu. Afwan yang sedang baring di atas katil itu dipandang sayu.

Pucat? Ya sangat pucat wajah isterinya. Balik sahaja semalam, terus afwan dilanda demam. Kesiannya!

"Sayang, makan jom." pelawa adam lembut. Nasib baik lah dia pandai masak bubur, kalau tak berejam jugak nak fikir masak apa untuk isterinya?

Afwan menggeleng kepala dengan mata yang terkatup kemas. Dia langsung tak ingin memandang wajah adam, dia tidur pun membelakangi suaminya. Aku tak kuat! Aku takut!

"Janganlah macam ni. Nanti demam awak makin bertambah. Jangan buat saya risau okay?" adam cuba memujuk afwan.

"Saya tak selera." balas afwan dengan suara serak basah.

Adam menghela nafas berat. Rindu afwan kepada puan sri halisha sangat-sangat menjadi tempias kepada dirinya. Sedih dia melihat isterinya dihina semalam.

Ya Allah, aku berdosa!

"Kalau awak tak selera. Saya keluar dulu, kalau awak lapar panggil saya okay?" ujarnya. Walaupun perit, dia kuatkan jugak hatinya.

Afwan tidak membalas. Hanya berbunyi tangisan kecil sahaja. Tanpa sedar airmata adam jugak keluar, dia mengesat sedikit sebelum dia melangkah keluar.

Sempat afwan memandang daun pintu yang sudah tertutup kemas dari adam. Dia menarik air hingus yang bermain di celah lubang hidungnya, banyak sangat menangis kut?

"Maafkan saya adam."

ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴

"Mummy, makan lah. Kalau mummy tak makan, makin lama mummy duduk kat hospital. Nanti bertambah risau hati fika tau." afikah mencuba memujuk hati puan sri halisha. Penat dia memaksa puan sri halisha makan, namun hanya balasan gelangan kepala sahaja yang diberi puan sri halisha.

"Mummy tak nak." balas puan sri halisha. Masih begitu.

Afikah berdecit sebelum tangannya meletak mangkuk berisi bubur di atas meja kecil bersebelahan katil hospital.

Dia kembali menatap wajah kendur mummy-nya. Padangan yang amat tajam.

"Mummy, cuba lah dengar cakap fika! Apa yang susah sangat?!" afikah mula naik berang.

"Fika..." eryna menegur.

"Apa?!" afikah memandang eryna dengan mata yang bagaikan helang. Naik tinggi seoktaf suarnya. Namun reaksi puan sri halisha tetap tenang sambil termenung jauh.

"Cuba kau cakap baik-baik, tak elok kau tengking mummy kau macam tu. Sini mangkuk tu." eryna menghulurkan tangan meminta mangkuk bubur.

Afikah menghela nafas panjang. Okay fine!

Tanpa sebarang tindakan, afikah mengambil mangkuk bubur yang berada di atas meja tadi. Lalu menghulurkan kepada eryna yang setia memandangnya.

Mangkuk bubur bertukar tangan. Eryna membaiki kedudukannya, dan bersiap-sedia mahu menyuap bubur ayam kepada puan sri halisha.

"Aunty, mari sini. Eryna suapkan nak?" eryna menayang senyuman manis. Perlahan-lahan puan sri halisha memandang wajah manis eryna.

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now