Ting tong! Ting tong!
Loceng berbunyi dihadapan pintu apartment adam membingitkan telinga afwan. Malam-malam macam ni, siapa je yang datang? Tanpa membuang masa, afwan terus menyarungkan tudungnya. Takut jugak lelaki yang datang, mana tau atif yang datang?
Pintu dibuka. Alangkah terkejutnya afwan melihat susuk tubuh puan sri halisha yang sedang tersenyum lebar dihadapannya ini. Apa yang mummy buat malam-malam macam ni?
"Kenapa mummy datang sini? Ada masalah ke? Nak cari adam ke?" bertubi-tubi soalan dari afwan. Agak gementar hatinya melihat kedatangan ibu mertuanya.
"Saja datang, nak melawat menantu kesayangan mummy." seloroh puan sri halisha. Bibirnya mengulum senyuman indah. Afwan membalas senyuman puan sri halisha.
"Adam mana?"
"Dia keluar, dari tadi lagi tak balik-balik? Entah lah, mungkin jumpa kawan kut?" afwan membalas bersama senyuman nipis. Agak rasa bengang afwan dengan adam yang belum pulang. Semenjak adam berjumpa dengan eryna hari tu, afwan makin dilanda penyakit cemburu.
"Oh... ni tak nak ajak mummy masuk ke?" leher puan sri halisha dipanjangkan, sengaja ingin memandang hiasan dalaman rumah anaknya. Afwan tepuk dahi!
Macam mana aku boleh lupa? Kesian mummy huhu sorry mummy.
"Masuk lah mummy, mintak maaf buat mummy berdiri tegak dekat sini." afwan mengukirkan senyuman serba-salah.
Puan sri halisha mula melangkah masuk dan berjalan beriringan bersama afwan.
"Tak apa, sengaja mummy nak usik kamu." puan sri halisha melontarkan senyuman lebar. Gembira hatinya melihat afwan senang dengannya. Dia ke sini pun hanya sebab rindu pada afwan, sejak kes dia bergaduh dengan tan sri hisyam tengah hari tadi. Dia terus memandu ke apartment adam.
"Mummy duduk dulu. Afwan nak ke dapur, nak hidangkan makanan untuk mummy." selangkah afwan berjalan, kakinya terhenti apabila puan sri halisha menghalang.
"Eh! Tak apa. Mummy dah makan dekat rumah tadi, tak payah susah-susah." puan sri halisha menolak lembut. Afwan angguk kepala bersama senyuman lagi.
Mana lah puan sri halisha tak sayangkan afwan. Bila berjumpa aje, mesti dibagi senyuman. Lepas tu selalu melayan dia dengan baik? Haih! Apa lagi yang tak cukup di mata tan sri hisyam sampai dipaksa adam menyuruh berkahwin dengan eryna?
"Mari sini duduk sebelah mummy." puan sri halisha menepuk sofa empuk disebelahnya. Mengajak menantunya duduk di situ.
Afwan akur.
"Rindu mummy dekat afwan." wajah menantu kesayangannya ditatap dengan penuh kasih sayang. Sesungguhnya, dia bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan seorang menantu yang lemah-lembut, sopan-santun, berbudi bahasa, menutup aurat, menjaga kehormatan diri dan menjaga syurga suami.
Kalau eryna? Hmm entah boleh jaga ke tidak? Nak tutup peha pun tak pandai? Macam tu ke ciri-ciri menantu suami aku? Haih memang buta mata betul suami aku tu.
"Mummy ni, baru tiga hari afwan tinggalkan mummy dah rindu balik?" afwan ketawa kecil. Kadang-kadang dia sangat bersyukur kerana diciptakan menjadi menantu kepada puan sri halisha. Mula-mula, dia fikirkan puan sri halisha garang? Tapi sangkaannya salah! Rupa-rupanya puan sri halisha lemah-lembut orangnya.
"Bagi mummy, tiga hari tu macam tiga tahun tau!" balas puan sri halisha sambil menunjuk jari nombor tiga. Dia tersengih seperti kerang busuk. Melawak dengan menantu sendiri tak apa kan.
Afwan ketawa besar. Haih lucu pulak afwan melihat ibu mertuanya. Tidak pernah sangka dia akan mendapat ibu mertua yang sporting, lagi-lagi yang menyanyangi diri dia.

YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomanceKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...