"Borak apa dengan opah?" kelihatan adam sedang berdiri dihadapan pintu bilik air. Dia perhati sahaja afwan bergossip dengan opah, melalui corong telefon. Apa lah yang diorang borak ni?
Jangan mengata aku sudah?
Afwan angkat kepala, memandang adam yang sedang berpeluk tubuh dengan wajah tenang. Naik terbentang luas biji mata afwan melihat tubuh adam yang hanya lengkap dengan tuala separa pinggang. Dah lah tak pakai baju! Wuish!
Tambah pulak dengan manik-manik air mandi yang mengalir laju di atas dada bidangnya. Pergh, dengan rambut terjuntai di atas dahi? Menggoda habis!
"Puas dah tenung saya?" adam tergelak kecil, seraya berjalan menghampiri almari baju. Dia perasan yang afwan dari tadi memerhati tubuhnya. Macam nak telan pun ada hehe.
Tersentak afwan, sebelum bibirnya mencebik.
"Saya terkejut, bukan teringin nak tengok tubuh awak tu! Dah lah sengaja tayang body awak tu, ingat saya tergoda?" balas afwan sinis.
Dia ingat aku kebulur sangat ke? Tapi, kalau untuk orang lain memang aku tak bagi. Suami aku kut, memang tak lah!Adam hanya ketawa kecil.
"Awak borak apa dengan opah tadi?" soalan kembali menyoal.
"Borak-borak kosong je." balas afwan, dengan anak mata cuba dikawal. Mana taknya, adam memakai baju dihadapannya?
"Yelah tu, entah-entah mengutuk saya?" duga adam, selamba.
"Ish! Tak baik fitnah lah. Tak... sebenarnya adhan nak kahwin." jelas afwan. Terus terbayang wajah manis adhan, ada iras-iras arwah idhan. Well, kembar kan? Mestilah ada iras.
Kening adam sedikit terjongket. Dia berpusing memandang afwan, yang sedang dibelakangnya.
"Adhan mana satu ni?" adam menanya. Dia lupa pulak mana satu adhan? Tapi macam pernah dengar je nama tu?
"Ala, yang pernah menaruh hati dekat saya tu?" mulut afwan memuncung. Sengaja mahu mengusik adam. Tapi takkanlah adam tak kenal siapa adhan tu?
"Oh! So, apa kena-mengena dengan awak? Awak pengantin perempuan tu ke?" balas adam, sinis. Dia baru teringat, yang afwan ada seseorang kawan dari kampung yang menaruh hati dekat isterinya. Ceh, yeye je nak kahwin? Entah-entah ada niat buruk nak culik isteri aku?
Afwan menjeling. Ke situ pulak dia?
"Ish apa lah awak ni? Kan saya dah jadi isteri awak? Merepek tu kalau tak tahap kronik memang tak sah eh?"
Adam hampiri afwan, selepas selesai memakai baju. Dia labuhkan punggung dihadapan afwan.
"Sebab saya cemburu, bila awak bahas isu adhan." tutur adam, selamba. Yes! Aku cemburu, aku kan suami afwan. So aku berhak ada perasaan cemburu, buat apa nak malu dengan perasaan kita?
Afwan ketawa lepas.
Adam menjeling tajam. Mula lah dia tu, gelak tak ingat dunia!
"Dah, tak payah nak gelak sangat."
"HAHAHAHAHAHAHAHA! Awak? Cemburu? HAHAHAHAHAHAHAHAHA!"
Adam mengacip gigi. Lawak ke?
"Okay-okay, saya tak gelak dah." tawa afwan terhenti, saat dia mula perasan wajah adam yang sudah masam mencuka.
"Dah lah, saya nak pergi masak kejap. Awak lapar kan?" afwan angkat punggung. Namun langkahnya terhenti, apabila afwan mencengkam lembut tangan afwan.
"Tak payah lah masak."
"Aik? Tadi kata lapar? Ni tiba-tiba, suruh saya tak payah masak? Awak ni betul ke tak?" afwan mengerut kening. Pelik dengan perangai adam?
YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomansaKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...