Pintu bilik yang diduduki afwan terbuka luas, secara mengejut. Afwan memandang gerangan siapakah yang sesuka hati bukak pintu dengan secara mengejut. Seorang lelaki hampiri afwan.
"Asal kau tak tukar baju lagi?" soal Kamal tegas. Afwan menjeling, dia takkan tukar selagi pakaian tu bukan menutup aurat. Kau nak aku jejak neraka ke hah? Bisik hati afwan, sesuka hati menyuruhnya menukar pakaian.
"Aku takkan tukar lah!" balas afwan. Kamal tersenyum sinis, memang keras kepala lah perempuan gila ni!
"Baik kau tukar sekarang. Kalau tak aku rogol kau!" ugut Kamal. Tapi ugutan itu bukan lah penghalang afwan untuk membalas.
"Kau ingat aku takut ke dengan ugutan kau? Aku nak balik! Aku tak nak duduk sini!" afwan membentak. Tidak betah dia duduk ditempat busuk seperti ini. Sudahlah arah kiblat pun dia tak tahu, kain sembahyang lagi lah tak ada! Ya Allah ampunkan dosa aku kerana tidak mengikut perintah mu buat masa ni.
"Kau ni dari semalam lagi buat aku hilang sabar. Kau memang nak kena kan?!" tubuh afwan ditolak hingga afwan terbaring di atas tilam. Lalu dengan ada peluangnya, Kamal menindih tubuh afwan dengan menghalang pergerakan afwan. Afwan meronta-ronta, mulutnya tidak henti berkata-kata. Airmatanya pula sudah berkaca, takut terjadi apa-apa pada dirinya.
"Lepaskan aku lah!" jerit afwan kuat. Tiba-tiba?
"Kamal! Lepaskan dia!" benjamin masuk. Dia segera menghalang perbuatan lelaki durjana itu. Hampir-hampir sahaja kamal mahu mencium leher afwan walaupun masih ditutupi tudung bawal.
"Kau gila ke nak rogol dia! Kalau chen lai tahu kau nak rogol dia, kau nak tanggung ke bodoh!" tengking benjamin. Afwan menjauhi lelaki berdua itu. Takut sangat, perbuatan kamal hampir mencabut nyawanya.
"Dia cabar aku lah bodoh! Takkan aku senang-senang nak bagi dia pijak maruah aku?"
"Maruah kepala otak kau! Kau tak payah nak jaga maruah kau, kalau kau sendiri pun terima hasutan syaitan. Dan kau fikir sekarang ni, halal kerja kau sekarang?" sinis sekali soalan dari benjamin. Kamal mendengus!
"Kau pun sama lah! Acah nak ceramah aku." kamal mengatur langkah meninggalkan afwan dan benjamin selepas membalas percakapan benjamin. Benjamin sekadar diam, pandangannya segera teralih pada afwan yang sedang memeluk tubuh. Wajah seperti ketakutan sahaja.
"Lain kali jangan cabar dia. Kau tak tahu perangai sebenar dia macam mana? Bila dah kena mula lah muka macam haram jadah. Padan dengan muka kau!" benjamin menjeling. Cukup membuat afwan tersentap, tak padan dengan tuan! Muka sahaja hensem tapi mulut macam haram jadah jugak!
"Dah! Mari sini, tak payah takut. Baju ni kau tak payah pakai, susah sangat nak dengar cakap orang kan? Hah so, lepas ni ada customer nak datang. And kau layan dia dengan baik, kalau kau buat perangai aku serah kau pada chen lai. Baru tahu langit tu tinggi ke rendah." ujar benjamin sebelum mengorak langkah meninggalkan bilik tersebut. Tubir mata afwan kembali berkaca.
Opah.... rintih afwan dalam hati. Macam tak percaya sahaja dirinya di jual? Ya Allah!
ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴
"Kau jangan dekat! Jangan dekat!" afwan memegang satu pasu bunga yang terletak di meja kecil sambil menunjuk-nunjuk ke wajah lelaki yang cuba ingin 'menyentuhnya'. Barang itu menjadi penghalang supaya lelaki yang ingin menyentuhnya terbantut.
"Jangan lah main kasar-kasar, kita main pelan-pelan ye sayang." lembut bunyinya, tapi geli bagi afwan. Dia semakin hampiri afwan, sehingga afwan terhenti di dinding.
"Kalau kau dekat, aku bunuh kau!" amaran afwan. Lelaki itu gelak, belum pernah dia terjumpa seorang pelacur yang cuba membunuhnya. Tapi yang dia pelik, kenapa perempuan ini agak liar. Selalunya kalau dia melanggan wanita-wanita disini, semua melayannya dengan baik. Tapi perempuan ni lain macam...
"Hey! Kenapa ni, letak pasu tu sayang." lelaki itu masih berlembut, sehingga dia menarik pinggang afwan dan membuatkan afwan terjatuh di atas dadanya. Lelaki itu memeluk-meluk tubuh afwan, dan membuatkan afwan meronta-ronta. Pasu bunga masih ditangannya, lalu dengan peluang yang ada, pasu bunga dihempuk atas kepala lelaki tersebut.
Afwan tergamam selepas lelaki itu meleraikan pelukannya, darah yang mengalir ke atas kepala lelaki itu membuatkan afwan hilang kata-kata. Lelaki itu meronta-ronta memegang kepalanya, ia teramat lah sakit!
"Bodoh! Berani kau pukul aku!" lelaki itu merenung anak mata afwan dengan tajam. Apabila dia mahu mencuba memukul afwan, tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar. Lelaki itu terbantut.
"Kenapa ni!" afwan dan lelaki itu memandang ke arah benjamin serta kamal yang sedang merenung tajam. Afwan menjatuhkan pasu ke lantai, tangannya ada darah? Dia semakin hilang arah.
"Perempuan bodoh ni cuba nak bunuh aku!" tengking lelaki tersebut. Kamal menggenggam penumbuk, memang dia betul-betul sakit hati dengan wanita gila tika ini.
"Afwan! Kan aku dah cakap, jangan buat hal lah taik!" benjamin meluru ke arah afwan. Manakala kamal menolong lelaki itu. Benjamin terus menarik rambut afwan sehingga afwan terdampar di atas katil. Afwan meraung kesakitan.
"Lain kali jangan buat hal lah bodoh!" benjamin menampar-nampar pipi putih afwan. Afwan tidak dapat menahan lagi, terus dia menjerit.
"Ya Allah!!!!!" kerana kesakitan itu kuat, dia menyebut nama Allah. Kerana nama itu sahaja yang boleh tolongnya tika ini. Bagaikan ada yang menyuruh benjamin menghentikan pukulan itu. Benjamin memandang wajah afwan yang sudah menangis teresak-esak.
"Kau...." niat benjamin ingin memujuk afwan kembali. Tetapi afwan terus menghalang.
"Jangan dekat! Keluar! Keluar!!!!!" afwan seperti hilang arah, dia sudah tidak tahan lagi dengan penderitaan ini. Selepas satu-satu bala yang datang. Benjamin menelan air liur, dia rasa lain bila dengan afwan. Dia rasa kesian?
"Afwan aku....."
"Keluar!!!!!!" jerit afwan. Dia betul-betul benci dengan lelaki yang bernama benjamin. Sungguh dia terasa macam hidup di neraka. Ya Allah!! Dengan tiada pilihan, benjamin keluar dengan perasaan bercampur baur. Sempat dia kerling afwan sebelum melangkah keluar.
Keluar sahaja benjamin dari bilik, wajah kamal m

YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomanceKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...