Bab 35

11.4K 687 4
                                    

Adam membuka pintu apartment, dan kakinya melangkah sebaik sahaja memasuki ke dalam perut apartment. Dia berjalan melintasi ruang tamu, tetapi kakinya tiba-tiba terhenti saat dua mata itu memandang ke arah sofa yang bertentangan dengan televisyen. Dahinya berlapis-lapis melihat susuk tubuh afwan yang sedang terbaring dengan memejamkan kedua matanya.

Gadis itu tampak lena di situ. Tanpa sebarang tindakan, adam menyusun langkah menghampiri ruang tamu. Perlahan-lahan dia dekati isterinya, namun matanya tepat terhenti pada hidung mancung afwan. Tidak lama pula, matanya naik memandang dua biji mata afwan yang lena dipejam. Sehingga lah matanya turun ke bibir mungil isterinya.

Kini, jantungnya berdegup pantas apabila matanya meneliti setiap wajah bersih isterinya. Dia menelan air liur. Sungguh hatinya tertarik dengan kecantikan afwan. Nafsu lelakinya makin mendadak, ingin sahaja dia menerpa ke atas tubuh afwan yang ramping di atas sofa empuk.

Adam, behave.

"Oi! Bangun lah!" adam menggoncang lengan afwan sedikit. Sengaja dia kuatkan suaranya bagi menghilangkan rasa getaran pada hatinya. Apa hal lah tidur kat luar ni? Menyusahkan aku je!

Tiada respon dari afwan. Hanya bunyi dengkuran kecil sahaja. Jelas terasa hembusan nafas afwan menyinggah pada wajahnya, ya-allah afwan! Kau memang nak menguji kesabaran aku ke?

"Bangun lah afwan..." hujung baju lengan afwan ditarik sedikit. Afwan bergerak sikit ke kanan, serta-merta tangan afwan jatuh pada peha adam. Dap! Bagaikan ada batu yang menghempap dadanya.

Ya-allah budak ni memang nak kena sekel ke apa?

"Em, idhan. Idhan. Jangan tinggalkan saya." afwan sepertinya mengigau. Panggilan nama dari afwan membuatkan adam menjadi kaku sebentar.

Siapa idhan?

"Afwan! Bangun lah!" tempik adam. Dia menjadi berdebar apabila afwan menyebut nama seseorang lelaki.

Perlahan-lahan mata afwan terbuka. Terus afwan terbangun dari tidur, terkejut dia apabila kedudukan adam terlalu rapatnya dengannya. Naik terjegil biji matanya memandang wajah tegang adam.

"Bila awak balik?" afwan menyoal terkejut. Takkan waktu dia tidur, adam dah ada depan mata dia? Sejak puan sri halisha pulang sebentar tadi, dia terus terlena di atas sofa. Matanya menjadi berat dek terlalu mengantuk, dan sebab itulah dia terlentang atas sofa. Niat dia pun mahu menunggu kepulangan adam.

Ya Allah malunya aku!

"Baru je tadi." adam menjawab selamba. Walaupun wajahnya di selamba kan, panggilan nama dari afwan masih membuat dia tertanya-tanya. Siapa idhan?

Terbuntang luas biji mata afwan. Argh malunya aku!

"Asal awak tak gerak saya?" afwan menjeling geram. Ish sengaja lah tu nak kenakan aku!

"Aku dah gerak, tapi kau tak bangun. Kau sibuk layan mengigau kau. Idhan, idhan, jangan tinggalkan saya~" bibir adam sengaja mengajuk percakapan afwan. Mengherot-herot bibirnya.

Kembang kempis hidung afwan menahan marah. Ish kurang asam keping betul! Dah lah balik lewat lepas tu ejek-ejek aku. Mummy!!!! Tengok adam ni!!!

"Awak dah makan?" afwan mengubah topik meskipun hatinya masih geram dengan tindakan adam.

Dalam diam adam tersenyum dalam hati. Sikap caring afwan tidak pernah putus di bibir gadis itu. Kadang-kadang adam pernah jugak tanya diri sendiri, salah ke aku cintakan gadis macam afwan?

"Dah tadi, dengan atif." jawab adam tenang. Pakaian kerja ofisnya masih tersarung pada tubuh tegapnya. Memang dia sengaja tak nak pulang rumah awal-awal, sebab dia tau mummy dia akan datang ke situ.

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now