Bab 54

12.3K 386 13
                                    

"Macam yang saya katakan, eryna hanya mampu bergantung kepada ubat. Sel-sel kanser dia mula merebak ke paru-paru dia. Kami cuba untuk menyelamatkan dia tapi kami terlambat." pedih dan perit untuk afikah mengatakan hal ini. Wajah kendur datin arina dipandang sayu.

"Takkan tak dapat nak diselamatkan?" tanya datin arina, seolah-olah berharap kepada afikah.

"Inshaallah, kalau diberi izin Allah kita doa banyak-banyak supaya penyakit eryna hilang serta-merta. Kami hanya doktor yang mampu merancang, tapi yang menentukan segalanya adalah Allah. Kita bawakan bersabar ye." ujarnya bersama senyuman kelat.

Datin arina mula memegang tangan afikah dan mengenggamnya dengan kemas. Anak mata afikah dipandang dalam-dalam.

"Eryna, tolong aunty satu perkara."

"Tolong apa?"

"Tolong bagi eryna bahagia buat sementara ni. Dia perlukan adam, hanya adam je yang boleh bahagiakan dia. Aunty tak nak nanti, dia tak sempat nak mengecapi bahagia yang dia idamkan." rayu datin arina.

Afikah diam seketika. Betul apa yang datin arina cakapkan, eryna sepatutnya berhak bahagia.

"Hal itu saya akan uruskan. Lagipun, saya memang nak kahwinkan eryna dengan adam buat masa terdekat ni." jawab afikah tanpa merasa apa-apa.

Datin arina kerut kening.

"Isteri adam macam mana?"

"Diorang akan bercerai dengan secepat mungkin. Lagipun perempuan tu cuma nak duit adam je." balas afikah dengan wajah bertukar geram.

"Lah yeke?" datin arina mula berfikir. Setahu dia, eryna pernah cakap yang isteri adam sangat baik. Tapi bila keluar dari mulut afikah, rasa macam tak percaya je?

Afikah sekadar menganggukkan kepalanya. Lihat sahaja, berapa lama kau nak bertahan wahai afwan..

ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴

"Apa cita ni weh? Aku dah bagitahu latar belakang afwan, tapi satu habuk pun aku tak dapat habuan? Kau ni tipu aku ke?!" naik tinggi seoktaf suara benjamin menengking afikah.

Afikah melihat sekeliling orang yang sedang memandang ke arahnya. Malu pulak jadinya bila benjamin menengkingnya di khalayak orang ramai.

Ish tenuk betul perangai! Dah lah dalam restoran!

Afikah menoleh memandang benjamin dengan pandangan tajam.

"You boleh sabar tak? You ingat senang ke i nak perangkap afwan? You senang lah, kerja you terus ngap si afwan tu. Tapi i yang rancang semuanya, you apa tahu?! Tak reti sabar!" bidas afikah dengan suara masih di perlahan.

Benjamin mengetap gigi.

"Kau ingat eh, kalau aku tak dapat afwan. Kau pun takkan dapat capai cita-cita kau." amaran benjamin dengan menunding jari ke arah wajah bujur afikah.

"Okay fine!" afikah terus menyelongkar beg tangannya.

Sehelai kertas dihulur ke arah benjamin. Benjamin kerut kening

"What?" tanya benjamin pelik.

"This is address." balas afikah.

"Address? Address what?"

Afikah mengeluh kasar. Haih lembab!

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now