Bab 38

11K 389 25
                                    

Datin arina mula naik pening melihat anak sulungnya mundar-mandir dari tadi. Ruangan tamu dipenuhi jeritan kuat eryna, sudah masuk kali ke sepuluh eryna menelefon adam. Namun satu pun tidak terjawab, mesej lagi lah tidak di reply? Memang naik hantu eryna jadinya.

Datin arina mendekati anak sulungnya. Haih nasib baik lah puteri bongsunya tiada di sini, kalau ada jugak mesti penat dia melayan dua karenah anaknya. 

"Ini dah kenapa ke hulur ke hilir ni? Dah macam orang hilang akal mama tengok." datin arina mengerut dahi. Wajah cantik anaknya dipandang pelik.

Eryna menoleh sekilas memandang wajah tua ibunya.

"Adam ni lah! Suka sangat off telefon. Dia ingat eryna ni kayu ke?" wajah eryna mencuka. Terus dihempas punggungnya di atas kerusi empuk dengan kasar. Dadanya berombak kasar menahan marah, mahu sahaja dia telan adam sekarang ni.

Datin arina mencebik. Ini yang dia tak suka dengan perangai anaknya. Suka sangat berharap pada sesuatu yang tak pasti! Sudah-sudahlah lah menaruh harapan pada adam, bukannya berfaedah pun!

"Cukup-cukuplah tu kamu ganggu adam. Mama tak suka! Tolong lah jaga maruah diri kamu eryna. Daripada kamu terhegeh-hegeh dekat adam, baik kamu kahwin je dengan hadi!" hambur datin arina. Nama anak kawan karibnya di sebut selamba. Eryna mendengus geram.

Entah kenapa lah mama susah sangat nak sukakan adam? Dia mana pernah sokong hubungan aku dengan adam, acuh tak acuh je? Padahal aku tengok, adam baik je? Kata mama, dia tak sudi berbesan dengan keluarga datin sri halisha. Aku pernah tanya kenapa? Tapi mama hanya menjawab tak perlu ambik tau. So aku diam sampai sekarang.

"Mama pun tau kan yang eryna cintakan adam separuh mati. And hadi just my friend. Dia kawan baik eryna, buat apa eryna nak kahwin dengan dia?" jawab eryna menyampah. Mama suka sangat satukan aku dengan hadi. Katanya, aku dengan hadi sesuai. Tapi aku tengok, celah mana pun tak sesuai! Geli ada lah!

Bayangkan, kau kahwin dengan kawan baik sendiri. Satu rumah dengan dia, sebilik dengan dia dan sekatil pun dengan dia. Argh memang tak lah aku boleh hadap semua tu!

"Separuh mati? Kalau separuh mati, kenapa kamu tinggalkan dia dulu? And, even hadi just your friend. Tak bermakna korang boleh berjodoh? Belum cuba belum tau." datin arina melayangkan wajah sinis. Eryna sudah menghela nafas rimas. Sakit hati dia mendengar kata-kata dan cucukan dari mamanya.

Sampai bila-bila pun dia takkan kahwin dengan hadi. Tak kahwin dengan adam pun dia tak kisah, tapi jangan dengan hadi. Dia sanggup kahwin dengan orang lain! Sebab bagi aku, hadi hanya special sebagai kawan!

And sebab dia tinggalkan adam, bukan hanya dia suka-suka. Tapi dia bersebab, dia tak nak berkahwin dengan adam tanpa restu dari orang tua. Tapi dia silap, dia buat keputusan yang terburu-buru. Padahal, kita boleh ubah sesuatu perkara yang boleh menjadi baik.

"Eryna penat, nak masuk bilik." eryna bangkit dari sofa, dia mula mengatur langkah pertama. Namun dua langkah darinya terhenti saat datin arina memanggil.

"Mama tak nak, eryna berhubung dengan adam lagi. Dia suami orang! Dalam keturunan mama, tak ada lagi yang sejenis kaki perampas! And make sure, eryna tak ikut cadangan bodoh papa." dingin suara datin arina memberi arahan. Dia memberi arahan pun, sebab dia ingin eryna tahu yang dia serius dalam hal ini.

Eryna mengerling sekilas wajah datin arina sebelum mengatur langkah semula. Hatinya remuk mendengar amaran mamanya, sampai macam tu sekali mama?

Salah ke eryna mahu mengecapi kebahagiaan eryna sendiri? Eryna bukan perampas mama, eryna cuma nak kembalikan adam untuk eryna seperti dulu. Eryna tak pernah rampas adam, bukan ke afwan yang rampas dulu?

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now