Bab 23

11.2K 325 13
                                    

Afwan menegakkan tubuhnya, bagi mencuba untuk berdiri tegak. Di cuba berjalan perlahan-lahan, di kawasan ruang tamu. Makcik ida sudah mengurut kakinya pagi tadi, jadi dia belajar untuk berjalan supaya tak menyusahkan adam lagi! Dah bosan asyik duduk je, bila jalan sikit di larang mummy dan adam! Semuanya tak boleh? Tapi kan, kenapa semenjak dua menjak ni, daddy adam macam dingin dengan aku? Aku ada buat salah dekat dia ke?

Afwan kembali duduk apabila sedar dia terlalu mendesak kakinya untuk berjalan. Karang daripada elok jadi tak elok! Tak pasal-pasal kena maki hamun dengan adam, wuish mintak dijauhkan lah.

"Woi perempuan!" afikah muncul lalu menghenyakkan punggung di kerusi empuk solo. Dipandang tajam wajah afwan, naik menyampah dia apabila melihat afwan bersenang-lenang di ruangan tamu. Ingat ini rumah dia ke?!

Naik biru wajah afwan mendengar panggilan maut dari afikah. Sudah lah tak ada adab! Amboi, dia ingat dia sedang bertegur dengan kawan ke? Afwan menghadiahkan senyuman nipis kepada afikah meskipun dia sudah agak yang afikah takkan sikit pun membalas senyumannya.

"Fika dah makan?" soal afwan lembut.

"Kenapa? Kau nak suap aku?" tersenyum sinis afikah memandang wajah kendur afwan.

"Kau dengar sini perempuan." ditilik wajah afwan dengan dalam. Afwan sekadar diamkan suara dan hanya membalas pandangan afikah.

"Kau jangan harap aku akan berlemah-lembut dengan kau. Sebab aku tahu, kau bukan dari keluarga yang elok. Cuba lah kau tengok diri kau, layak ke kau jejak kaki di sini? Layak ke kau jadi isteri adam? Entah dari mana adam rembat kau pastu jadikan isteri dia pulak? Eh, aku ni dah lama pendam dengan kau tau. Tak kisah lah kau ni kakak ipar aku ke, apa ke? Yang pasti kau bukan kakak ipar yang aku inginkan! Bagi aku, kau perampas adam dari eryna! Perempuan tak tahu malu!" herdik afikah tanpa perasaan. Sikit pun dia tiada belas kasihan pada afwan. Bagi dia perempuan malang ni lah yang hancurkan keluarga!

Cuba lah faham, elok mummy manja dengan aku, bermesra dengan aku. Tup tup, bermanja mesra dengan perempuan ni! And then, adam elok je dengan eryna. Kemudian putus? Bila eryna nak getback balik, datang perempuan ni yang dari mana entah! Dan lepastu dijadikan isteri adam? Dunia ni dah terbalik ke apa?

Tergamam afwan dengan sikap bengis afikah. Baru hari ni dia nampak sikap yang terpendam afikah, remuk hati afwan dengan layanan afikah. Hina sangat ke dia di mata afikah? Oh! Jadi selama ni dia mahukan eryna menjadi kakak iparnya? Wah! Aku perampas, tak sangka aku dituduh perampas. Sampai begini sekali afikah membenci aku.

Terjatuh airmata afwan saat hatinya tak dapat ditahan lagi. Dia sedar, dia tak layak dengan apa yang dia dapat. Dia tahu, kekurangan dia di mana. Dia tahu, adam tak layak untuknya. Dia hanya pemangsa!

"And aku akan pastikan, hubungan kau dengan adam tak lama. Nak tahu sebab apa?" afikah gelak sinis. Afwan hanya memberi respon senyap.

"Sebab, adam just cintakan eryna. Not you! Perempuan gila!" terus punggungnya dibangkit kasar. Dan menjurus ke arah dapur, dirinya tengah hangat! Dia perlukan air!

Hilang sahaja susuk tubuh afikah, afwan meraung kecil. Dia tak kuat! Dia betul-betul sedih dengan ungkapan dari afikah, dia tak sangka. Selama ni afikah berniat mahu menghancurkan hubungannya dengan adam. Dia tak boleh lepaskan adam, sebab... dia dah jatuh cinta pada suaminya sendiri.

'Ya Allah, dugaan apa yang kau bagi lagi ya Allah?' desis hati afwan sambil menekup mulut. Tidak mahu menangis kuat, takut menganggu mummy yang sedang menyiram pokok-pokok bunga di luar rumah. Nanti tak pasal-pasal di soal siasat!

Lalu, afwan kuat kan hati. Dia mengesat airmata. Dia tahu, tuhan ujinya sebab dia kuat! Kalau kau cintakan adam, kau buat benda yang sepatutunya!

ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now