Bab 41

11.4K 429 67
                                    

"Adam!" eryna hempas pintu bilik kerja adam tanpa meminta izin pun. Dia melangkah menghampiri adam dengan wajah bengisnya, hidungnya kembang kempis menahan marah. Wajah adam pandang tajam.

Nasib baik, setiausaha adam tiada ditempat mejanya. Senanglah dia redah masuk tanpa meminta izin.

Adam memegang dadanya, hampir sahaja luluh jantungnya mendengar jeritan nyaring daripada eryna. Dia mendongak memandang eryna yang sedang berdiri di hadapannya, dia melihat eryna sedang memandangnya dengan pandangan tajam.

Dah kenapa eryna ni?

"You ni memang dah tak ada adat ke eryna? You ingat i buat pintu tu guna daun ke? Suka hati je you nak main hempas-hempas? Dah lah tak ada adat, ingat Ofis bapak you ke?" bidas adam selamba. Dia menjeling wajah eryna.

Nafas eryna naik turun naik. Ei! Dah lah tak angkat call aku, chat pun tak reply. Lepas tu suka hati dia je nak bidas aku!

"I dah tak kisah you nak bidas i ke apa ke, yang i kisah sekarang ni, kenapa you tak angkat call i?! Kenapa you tak reply chat i?! You buat i macam tunggul kayu adam!!!!"terjerit-jerit eryna memarahi adam. Dia dah tak kisah kalau dia di anggap kurang ajar, dia cuma mahukan perhatian? Takkan itupun susah?!

Terkejut jugaklah, adam melihat 'perangai meroyan' eryna ni? Tiba-tiba je mengamuk?

"Tak penting pun untuk i, angkat call you and reply chat you. Please eryna, mulut tu jangan sesuka hati nak tengking i. You kena ingat, siapa yang you tengking sekarang ni? I'm CMO (chief marketing officer) , dan merangkap anak kepada CEO syarikat l'oreal holdings. You sebagai anak kepada dato' Amir pemilik syarikat maju jaya sdn bhd, jaga tingkah laku. Jangan sampai i saman you!" tutur adam tegas.

Dada eryna berombak kuat, sakit hati dia dilayan seperti ini. Apa salah aku?! Kenapa dia layan aku macam patung?! Salah ke aku nak pertahankan hubungan aku dengan dia, salah ke aku nak tebus balik kesalahan aku?

"I tak kisah you anak CEO ke, you ada pangkat CMO ke? Yang i perlu sekarang ni, you adam! I want you!" kembang kempis hidung eryna. Anak matanya tajam memandang adam, amarahnya terhadap adam makin meningkat.

Begitu jugak adam, membalas pandangan dengan mata bagaikan helang. Dia rasa, eryna ni perlu di sekolahkan? Dia tak tau ke aku ni dah ada isteri kat rumah? Eryna ni ada penyakit sindrom down ke apa?

"Please keluar dari bilik i." dingin suara adam melontarkan kata-katanya. Dia rasa, eryna ni dah gila kut? Mengamok macam orang tak waras je?

"No!" laju eryna membalas. Dia berpeluk tubuh.

Adam pandang wajah eryna yang lengkap bertudung. Ceh, buat apa pakai tudung kalau perangai macam syaiton nirojinn?

"Kenapa you ni degil sangat hah? I kata keluar, keluar lah!" suara adam meninggi. Sakit hati dengan kelakuan eryna yang selalu suka ikut kehendak dia.

"I kata tak nak!"

Adam mengeluh seketika. Seumur hidup dia, tak pernah ingin berniat kasar pada perempuan, tapi eryna ni macam mintak sangat?

Adam meraup mukanya. Penat dengan perangai degil eryna, ikutkan hati dia mahu je dia halau eryna secara kasar. Tapi disebabkan eryna ni anak kepada dato' amir yang sememangnya mempunyai syarikat paling kaya-raya, jadi dia batalkan niat dia. Tak pasal-pasal nanti aku kena tuduh mengasari perempuan?

"Adam...." tiba-tiba suara eryna berubah sayu. Dia agak tersentuh melihat adam yang dari tadi diam, dia hampiri adam dan berdiri betul-betul di hadapan adam. Mata coklat milik adam ditenung dengan penuh kasih sayang.

"I still love you. I rindukan panggilan dari you, i rindukan belaian you, i rindukan senyuman you, i... i tak mampu untuk lupakan you." cinta dan ketulusan hatinya sememangnya hanya untuk adam. Memang dulu dia tinggalkan adam, tapi tak bermakna yang hati dia tak mencintai adam. Dia sangat-sangat sayangkan jejaka kacak dihadapan dia ini.

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now