Adam mengetuk meja makan, sambil-sambil menunggu kehadiran eryna. Sudah lewat 15 minit dia menunggu eryna, tapi batang hidung dia pun tak nampak? Melilau matanya mencari kelibat eryna, sesekali dia menyedut air berperisa jus oren.
Meninggalkan afwan lama-lama dirumah, betul-betul buat dia risau. Sudahlah afwan sorang-sorang di apartment, entah apa lah dia buat? Semenjak adam menjadi angau dengan afwan, dia merasakan ada sesuatu yang bermain di hatinya. Tetapi kerana ego, dia terpaksa membuang perasaan itu. Mana boleh dia angau pada orang yang dia tak cintai. Hah! Merepek!
Sekian lama adam menunggu eryna, akhirnya kehadiran eryna pun sudah tiba. Dari jauh lagi adam sudah mengecilkan biji matanya bagi mengecam susuk tubuh wanita itu. Eryna lengkap berpakaian skirt labuh dengan mengenakan blouse serta.... err tudung? Sejak bila eryna pandai pakai tudung ni?
Eryna senyum lebar saat dua mata itu tepat memandang jejaka kacak dihadapannya. Dia mula mengambil tepat bahagian hadapan, dan pantas menarik kerusi sebelum punggung comelnya dilekat pada permukaan kerusi tersebut.
"Sorry adam, i lambat. Trafic jam." eryna meminta maaf terhadap kesalahannya yang buat adam tertunggu-tunggu. Dia betul-betul dilanda kesesakan lalu lintas.
Adam senyum nipis bagi memahami keadaan eryna. Dia tak kisah pun eryna lambat, cuma yang dia risau kalau isterinya menunggu kepulangan dia. Tapi tak kut, buat apa afwan nak tunggu kepulangan dia? Bukan ada kena-mengena pun?
Mata adam masih memandang raut wajah gadis itu. Sungguh cantik di matanya apabila eryna mengenakan hijab berbentuk bawal berwarna kelabu berkilat. Sumpah! Hatinya berdebar laju.
"You dah oder makanan?" melilau mata eryna mencari kelibat waiter.
"Belum, i tunggu you." jawab adam bersahaja. Eryna angguk.
"Waiter!" eryna melaung memanggil pelayan pemuda yang sedang sibuk berborak. Tanpa menunggu, pelayan pemuda itu pantas menghampiri eryna dan adam.
"Yes?" dia melihat eryna.
"I nak hazelnut and spaghetti carbonara."
"And you adam?" mata dikalih memandang adam.
"Tak apa, i tak nak makan." jawab adam pantas. Dia tersenyum nipis. Sedikit berkerut di dahi eryna, mendengar jawapan dari adam. Sungguh dia tidak setuju dengan kata-kata adam.
Kata makan malam, kenapa tiba-tiba tak nak makan?
"So itu je ke?" pelayan tersebut menanya.
"Ha, itu je." eryna menjawab bersama senyuman pahit. Lekas pelayan itu mengorak langkah meninggalkan meja mereka.
Mata eryna kembali tertancap pada wajah bersih adam.
"Why you tak nak makan?" eryna tidak puas hati. Sia-sia jelah ajak dia keluar makan malam kalau jejaka kacak dihadapannya tak mahu memesan makanan? Macam tak romantik aje!
"I dah kenyang." balas adam tenang.
"Okay! Emm.. kenapa you tiba-tiba ajak i keluar ni? You ada masalah nak kongsi dengan i ke?" tidak mahu menunggu lagi, eryna terus menyoal.
1 saat.
2 saat.
3 saat.
4 saat.
And.
"Adam, what wrong with you?" eryna memetik jari bagi menyentakkan tubuh adam yang sedari tadi hanya diam. Ada yang tak kena pada wajah aku ke?
Terkebil-kebil mata adam memandang eryna. Tidak percaya yang dia boleh mengelamun sampai begini sekali? Buat seketika, adam berdehem bagi menghilangkan janggal-nya..

YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomantizmKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...