Bab 53

12.2K 390 21
                                    

Afwan menolak pinggan ke tepi. Dia tiada selera nak menghadap nasi sekarang. Dia betul-betul tak inginkan makanan. Yang hanya dia inginkan, adalah puan sri halisha.

Kenapa tinggi sangat sayang afwan pada mummy? Kenapa mummy?

Adam mengeluh.

"Kenapa tak nak makan? Awak tau tak, pagi tadi awak tak makan? Sudahlah awak jumpa mummy diam-diam. Tak mahu dah bagitahu saya." adam menggeleng kepala.

Afwan senyum nipis. Dia akui itu kesalahan dia.

"Maafkan saya. Saya tahu saya salah. Saya rindukan mummy sangat. Sebab tu saya pergi jumpa mummy, tapi..." afwan tersenyum palsu. Terus terbayang wajah afikah dan eryna.

Adam setia menanti bicara isterinya. Keningnya bercantum rapat.

"Tapi apa?"

"Eryna ada sekali. Dia tolong mummy keluar dari hospital." lambat-lambat afwan membalas. Pedih bagi dia.

Mungkin, eryna yang akan ganti tempat dia? Sebab itu dia sangat takut kehilangan adam. Sekali kita menipu, takkan ada peluang kedua untuk kita.

"Mummy dah boleh keluar hospital?" soal adam. Keningnya terangkat sedikit. Langsung dia tidak pedulikan tentang eryna.

Apa aku kisah?!

Afwan angguk kepala perlahan.

"Ha'ah, baru petang tadi mummy keluar. Mungkin mummy dah sihat?" tebak afwan dengan matanya merenung ke bawah. Termenung memikirkan bagaimana mahu memulihkan keadaan.

"Awak pun satu, mummy dah cakap dia tak nak jumpa siapa-siapa. Tapi awak degil, nak jugak jumpa mummy. Tengok, apa yang awak dapat? Satu hinaan sayang, saya tak nak tengok isteri saya dihina." omel adam bercampur sedih.

Afwan gigit bibir.

"Kalau awak nak jumpa mummy atau siapa-siapa pun, awak berhak bagitahu saya. Atau pun kita pergi sama-sama. Hadapi sama-sama, sebab hal ini pun berkait dengan saya. Dengar cakap saya ye?" pesan adam kepada afwan yang masih tidak bersuara.

Afwan sekadar angguk kepala dengan lemah.

"Dah, makan nasi tu. Lepas tu tidur." arah adam yang sempat mengerling pinggan yang berisi nasi putih berlaukkan ayam kari.

Perlahan-lahan tangan afwan menarik pinggan. Dipaksa jugak dirinya untuk makan malam, kalau tak adam tak habis-habis memaksanya.

ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴

Afwan memeluk kaki adam, ketika ini dia sangat takut. Takut dengan apa yang terjadi. Wajah berang adam ditenung sedalam-dalamnya.

"Awak, jangan tinggalkan saya. Tolong jangan tinggalkan saya." merayu afwan. Makin kuat tangisannya. Dia sangat takut untuk berpisah dengan adam.

"Kau tipu aku afwan! Kau sepatutnya diberi hinaan! Kau tak layak jadi isteri aku, aku kecewa dengan kau!" herdik adam.

"Sumpah! Saya dengan dia tiada apa-apa, dia cuba nak rogol saya adam. Percayalah adam, jangan buat saya macam ni? Saya tak nak awak lepaskan saya." mohon afwan yang masih memeluk kaki adam melalui bawah lantai.

Wajah afwan yang menangis merayu-rayu dibawah kakinya langsung tidak mengusik hatinya.

Makin tinggi ego lelakinya! Diri dia terasa tercabar dengan kelakuan afwan.

"Kau dengar sini. Hawa afwan binti abdullah ahmad. Aku ceraikan kau dengan talak satu!"

"Adammmmm!!!!!!" terus afwan tersedar di alam yang nyata. Berpeluh-peluh dahi dek mimpi ngeri yang hadir dalam tidurnya. Dia mengucap panjang, ya Allah mimpi apa tadi tu?

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now