Kringg,
Jam loceng yang berada di atas meja sudah berbunyi nyaring. Areena menutup jam itu dalam keadaan mamai dan rambut yang kusut. Areena bangun lalu dia menuju ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Langsir dibuka luas. Dia merenggangkan badannya.
Areena keluar dari kamar mandi lalu dia mengeringkan rambutnya yang separa bahu itu. Disebabkan terlalu leka mengeringkan rambut Areena tidak sedar yang dua makhluk asing sudah memasuki kamarnya.
"Baaa." sergah dua makhluk tersebut. Areena melatah lalu dia menjeling adik kembarnya. Sempat dia memukul bahu adiknya.
Ashraf dan Ashrif mengadu sakit. Masya-Allah rasa nak tercabut bahu kerana Areena memukulnya.
"Sakit la bongok," ujar Ashraf lalu mengusap bahunya.
Areena gelak kecil apabila melihat wajah cemberut adiknya itu.
"Itu balasan korang sebab masuk bilik aku tak ketuk pintu."
Ashrif menunjal dahi Areena. Manakala Areena memegang dahinya.
"Kepala hotak dia, aku dan Ashraf ketuk pintu. Kau je pekak." ujar Ashrif dengan mulut puakanya. Areena menjeling adiknya itu.
"Cukuplah tu, ni ha Papa dan Mama suruh turun untuk breakfast diaorang kata nak bagitahu benda penting." Ashraf menyampuk lalu Areena mengangukkan kepalanya.
"Nanti aku turun. Sila keluar ya?" halau Areena.
Selesai dia menghalau adiknya, Areena menyikat rambut lalu di sanggul. Suis aircond ditutup dan dia menuju ke lif untuk turun ke bawah. Apa yang penting sangat yang Papa dan Mama ingin bagitahu dia.
****
"Good morning semua," ujar Areena lalu dia mencium pipi Papa dan Mama. Senyuman tidak lengkang diberi olehnya. Wajah adiknya itu dicubit kasar.
"Good Morning too sayang." ujar Mama iaitu Tengku Arsyira.
"Good Morning too Reen, duduk la yang berdiri tu dah kenapa?" soal Papa iaitu Tengku Amiruddin sambil menjungkit keningnya. Areena tersengih kerang busuk lalu dia duduk di kerusi bersebelahan Mama.
Mereka makan dengan senyap dan perlahan. Areena menarik nafas lalu dihembus.
"Papa dan Mama nak bagitahu apa dekat Reen?" soal Areena melihat Papa dan Mama. Papa tersedak lalu dia mencapai air.
"Malam ini kita ada dinner dengan kawan Papa."
"Reen kena ikut ke?"
"Ha'ah sayang. Semua ikut tak dikecualikan dengan Ashraf dan Ashrif." Areena mengangukkan kepalanya. Tapi dia pelik kenapa Papa sangat resah? ada benda yang nak jadi ke malam ni?
Malas hendak fikir. Areena hanya meneruskan makan sahaja.
Jam yang sudah menunjukkan pukul 6:00 petang dipandang oleh Areena. Dia menuju ke bilik pakaian untuk mencari dress yang sesuai dipakai malam ini. Entah kenapa hati tidak berhenti berdegup dengan laju. Areena seperti berdebar tetapi tidak tahu disebabkan apa. Dress biru muda dan shawl biru gelap yang bermanik menjadi pilihan Areena.
Cantik,
Areena duduk di birai katil lalu iPhone 8 plus miliknya dibuka mengunakkan fingerprint. Aplikasi Instagram menjadi pilihan Areena. Banyak notification masuk kerana Areena merupakan seorang Instafamous dan pengikutnya mencecah 1 juta. Dia hanya membaca saja komen peminatnya. Ada yang memuji kecantikkan dia dan ada juga yang mengecam dia. Netizen biasalah. Selepas sahaja membalas komen tersebut, Areena meletakkan telefon bimbitnya di atas meja lalu dia mencapai tuala yang disimpan kemas itu. Areena menuju ke kamar mandi untuk bersiap.

ANDA SEDANG MEMBACA
She's mine (C)
Teen FictionTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...