Mata yang tertutup rapat kini dibuka perlahan-lahan. Sinaran cahaya putih berjaya menyilaukan mata bulat Areena. Tangan memegang palang katil untuk bangun dari baring di atas katil. Dengkuran halus jelas didengari oleh telinga miliknya.
"Rayyan, buat apa dekat sini?" soalnya dalam hati.
Gelas kaca yang berada di hujung meja dicapai. Tapi apakan daya apabila jari-jemarinya tidak kuat untuk mengangkat gelas tersebut. Lalu gelas itu terjatuh, serpihan kaca terabur di lantai.
Pranggg
Rayyan yang tidur lena tersedar apabila menyedari bunyi tersebut lalu cemas melihat Areena.
"Kau tak apa-apa?" soal Rayyan sambil mengeliat kecil wajah cemas masih terlakar di wajahnya.
"Ak-u tak apa-apa tapi gelas..." ujar Areena dengan suara yang bergetar. Mungkin terkejut.
"Kau jangan risau tentang gelas, boleh ganti. Tapi kau tak boleh ganti." ujar Rayyan mendatar. Orang risaukan dia, dia boleh risaukan gelas.
"Rayyan, aku dahaga..." ujar Areena apabila menyepi.
"Kau dahaga? sebab tu kau ambik gelas tadi?" soal Rayyan manakala tangannya lincah mengambil gelas baru lalu mengisi air.
"Ya, kau marah ke?" soal Areena huluran disambut manakala kakinya sudah elok bersila di atas katil. Rayyan yang duduk di kerusi memandangnya.
"Aku takkan pernah marah kau. Tapi asal tak kejut aku tadi? aku boleh tolong." kata-kata Rayyan bagaikan pisau yang tajam menyusuk ke jiwa Areena. Senyuman manis terukir buat tunang tercinta iaitu Rayyan.
"Aku kesian tengok kau letih, bila kau jaga aku?" soal Areena kepada Rayyan.
"Semalam, bila aku dapat tahu dari papa aku terus ke hospital." ujar Rayyan. Hanya tuhan saja yang tahu bahawa risaunya dia apabila mendapat panggilan dari ayah mentuanya.
"Semalam?" ulang Areena disertakan wajah terkejut.
"Ya, semalam kau pengsan sebab tak cukup air."
"Ooh,"
"Tapi lengan kau tu kenapa? melecur teruk aku tengok." soal Rayyan sambil matanya tajam melihat lengan Areena yang sudah dibalut.
"Kena air panas." jawab Areena.
"Siapa buat?" soal Rayyan wajah cuak Areena dipandang.
"Ni-" belum sempat ingin berkata nada dering IPhone X Rayyan berbunyi menandakan seseorang call.
Papa
"Areena, kau rest dulu okay. Aku nak jawab call." ujar Rayyan meminta diri. Areena yang bersila hanya mengangguk faham.
****
"Ada apa papa call?" soal Rayyan di talian.
"Papa nak suruh Rayyan ajak kawan Rayyan ke cafe dekat bawah." ujar Papa
"Kawan Rayyan?" soal Rayyan.
"Ya, Areena macam mana? dah sedar?" soal Papa.
"Alhamdullilah, dia dah sedar papa."
"Nanti kita jumpa ya Rayyan, Papa minta diri dulu. Assalamualaikum."
Group 4K dibuka. Mesej yang sudah mencecah 1000 diabaikan, mesti sebab aku ponteng semalam. Ketua pengawas ponteng confirm jadi berita meletop.
Rayyan
Korang, jom la pergi cafe dekat Hospital Queen Victoria.Irfan
Kau sakit ke Rayyan?
YOU ARE READING
She's mine (C)
Teen FictionTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...