"Abang? Akak?" Soal Areena sambil matanya bergilir-gilir memandang gerangan yang berada di meja makan. Amirul tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya lalu pipi Areena dicubit.
"Gaya macam baru nampak hantu je." Ujar Amirul. Amira yang berada di tepi menganggukkan kepalanya.
"Memang baru nampak hantu pun, terkejut aku bila nampak abang Amirul dan akak Mira." Ujar Areena lalu tangan Amirul ditepis.
"Lambatnya kau kak Reen baru tahu dua ketul manusia ni nak balik." Sampuk suara seseorang. Areena sudah membulatkan mata dan wajah pertama yang dia tengok ialah suaminya.
Rayyan.
"Rayyan, awak tahu ke diorang nak balik harini?" Lembut Areena menyusun perkataan di depan Daddy dan Mama kalau belakang ibubapanya mesti rambut Rayyan ditarik- tarik baru puas hatinya.
Eei geram.
Rayyan meneguk air liur kesat, walaupun suara Areena lembut bak bunga tapi ia tahu isterinya tengah tahan marah. Tengoklah panahan mata si Areena itu boleh tembus hati insan bernama Tengku Rayyan Ammar.
"Sorry, ini semua rancangan abang Mir dan Kak Mira." Ujar Rayyan matanya tak lepas memandang wajah Areena yang memandangnya tajam.
Ya Allah, lembutkan hati isteriku.
"Oh okay." Sepatah Areena berkata lalu dia duduk bersebelahan dengan Rayyan. Marah? Semestinya dia sangat marah dekat Rayyan tetapi bila Rayyan bagitahu ini rancangan abang Mir dan kak Mira. Lembut pula hati dia.
Rayyan mencuit pinggang Areena, Areena menjungkitkan kening apabila memandang Rayyan.
"Tak marah ke?" Soal Rayyan berbisik. Areena mengeluh lalu tersenyum nipis. Kepalanya digeleng sedikit.
"Makan cepat nanti dah nak subuh." Bisik Areena tegas.
****
Areena menyandarkan kepalanya di katil, Rayyan yang baru sudah menunaikan solat zohor itu dipandang.
"Apa dia?"
Areena terus mengelengkan kepalanya berkali-kali. Wajah yang putih sudah menjadi kemerah-merahan. Rayyan melorekkan senyuman nipis.
"Nanti nak pergi bazar ramadhan tak?" Soal Rayyan setelah punggungnya dilabuhkan di atas sisi katil. Rambut Areena yang terjuntai di dahi diselitkan di telinga.
Cantik betul isteri aku.
Areena mengelipkan matanya berkali-kali. Degupan jantung berkencang dengan kuat. Matanya memandang wajah Rayyan. Mata hazel milik Rayyan bersambung dengan mata bundar milik Areena. Lama mereka bersama lalu dehemen seseorang didengari. Areena dan Rayyan berpandangan lalu dia memandang seseorang di pintu.
Abang Mirul!
"Ergh sorry ganggu tapi nanti nak pergi bazar tak?" Gagap Amirul bertanya. Wajah Areena dan Rayyan sudah pucat membiru. Areena berdehem lalu memandang Amirul.
"Boleh juga."
Amirul mengangguk lalu dia berlari anak meninggalkan mereka berdua di dalam bilik. Areena sudah menampar dahi. Apa benda la abang dia masuk bilik tak ketuk pintu.
Eei malu tahu tak?!
Rayyan memandang aneh apabila Areena menampar dahinya. Tangan Rayyan terus memegang dahi Areena.
YOU ARE READING
She's mine (C)
Teen FictionTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...