Bab 31

8.7K 556 16
                                    

Areena yang sedang membuat kerja sekolah itu ditegur oleh Ainna. Dia mengangkat wajah lalu menjungkit kening.

"Kenapa?"

"Kau tahu tak ada budak lelaki yang bakal masuk kelas kita nanti?" soal Ainna berbisik di telinga Areena lalu punggungnya dihenyak di kerusi.

"Aku tak tahu dan malas ambil tahu." datar suara Areena berkata manakala Ainna sudah membuat wajah cemberut.

Kehadiran Cikgu Wana membuatkan seluruh pelajar 5 Diamond senyap. Cikgu Wana tersenyum manis memandang pelajar-pelajarnya.

"Assalamualaikum, harini kita ada kawan baru. Mempersilakan masuk dan kenalkan diri kamu." ujar Cikgu Wana.

Lelaki itu perlahan-lahan berjalan dengan penuh gaya. Manakala senyuman di bibir ialah senyuman sinis yang mampu memukau pelajar perempuan kecuali Areena dan BG.

Nafas Areena sudah berhenti bagaikan tiada udara disekeliling dirinya. Matanya membulat seakan tidak percaya apa yang dilihat olehnya. Turut diikuti dengan BG yang sudah terkaku melihat jejaka tersebut.

Debaran di hati Areena tak usah dikata lagi. Ianya bukan debaran cinta tetapi kemarahan. Marah melihat wajah jejaka tersebut yang sedang tersenyum sinis. Dan Areena tahu senyuman sinis itu untuk dirinya. Rayyan yang melihat jejaka itu mengerutkan dahi. Wajah jejaka itu dilihat lama.

'Dekat mana aku nampak wajah mamat ni eh?' soal hati Rayyan manakala Areena sudah berdebar sakan.

"Assalamualaikum korang, nama aku Asfan Syafzwan..." matanya memandang wajah Areena.

"Dan aku harap korang boleh berkawan dengan aku..." sinis senyuman yang diberi olehnya kepada Areena.

Areena menghembus nafasnya lalu dia juga membalas senyuman sinis milik Asfan.

"Okay Asfan, kamu boleh duduk tepi Qairil. Qairil angkat tangan." ujar Cikgu Wana lalu Qairil mengangkat tangannya.

Selepas habis sesi memperkenalkan diri yang dilakukan oleh Asfan. Semua pelajar perempuan berkumpul di meja Asfan untuk mengenalkan diri. Manakala Areena dan BG sudah berkumpul di meja untuk berbincang. .

"Kenapa dia datang balik?" soal Ainna mendatar. Areena diam untuk berfikir.

"Balas dendam?" soal Hanis. Areena mengangkat wajahnya memandang mereka bertiga. Batrisya sudah mengerutkan kening.

"Kenapa nak balas dendam? dia yang salah bukan Areena."

"Korang lupa ke buat buat lupa?"

"Lupa apa Ainna?"

"Asfan tu psiko." ujar Areena mendatar manakala wajah Batrisya sudah tersenyum sinis.

"Aku rasa dia nak dapatkan kau lagilah.."

"Aku tahu sebab haritu aku ada terserempak dengan dia." ujar Areena. Hanis menolak bahu Areena.

"Asal kau tak bagitahu kitaorang?"

"Aku tak rasa benda tu penting Ikha.. tapi sekarang ni dia dah berani munculkan diri." ujar Areena mendatar.

"Tak apa. Kita buat rancangan untuk tewaskan dia kali ni."

Rayyan dan rakannya yang sedang berkumpul itu melihat Areena dan BG.

"Korang rasa BG tengah cakap tentang apa?" soal Farhan. Matanya melihat wajah wajah BG yang sudah berubah.

"Entahlah, aku tengok muka Ainna pun takut. Asal lain sangat?" ujar Irfan.

She's mine (C)Where stories live. Discover now