Bab 27

10K 510 11
                                    

"Lambat betul Rayyan ni pergi tandas. Kau tak nak tengok dia ke?" Soal Areena kepada Irfan.

"Reen, kau ingat Rayyan perempuan ke sampai nak pergi tengok dekat dalam tandas?" Ujar Irfan.

"Tak salah kan kalau tengok kawan sendiri? Tak takut ke si Rayyan tu pengsan dalam tandas?" Berdas-das soalan yang diacukan oleh Areena.

Belum sempat Irfan ingin membalas kata-kata Areena. Bunyi deringan telefon Areena berbunyi menandakan seseorang menelefon Areena. Nama Mama terpapar di skrin telefon Areena.

Areena mengangkat panggilan itu.

"Assalamualaikum Reen,"

"Waalaikumusalam mama," Jawab Areena disebalik telefon miliknya.

"Nanti Reen jangan balik rumah mama tau,"

Berkerut dahi Areena selepas mendengar kata-kata mama. Nak halau aku ke mama ni?

"Mama nak halau Reen ke?" Ujar Areena sambil mencebik bibir walaupun dia tahu mama tak akan melihat wajahnya.

"Mana ada sayang, mama bukan halau Reen. Rayyan tak bagitahu Reen ke yang Reen akan pindah rumah dia?"

"Rumah Mummy?"

"Bukan rumah mummy tapi rumah Rayyan."

"Aargh, tapi baju Reen macam mana? Reen tak kemas lagi baju."

"Reen jangan risau tentang itu sebab Rayyan dah suruh mama kemas tadi dan pakaian Reen dan barang-barang Reen dah ada dekat rumah Rayyan maksud mama rumah Reen."

"Selepas itu, kenapa mama tak nak Reen balik rumah mama?"

"Mama dengan Papa nak balik kampung,"

"What? Reen nak ikut juga."

"Tak boleh, kalau nak ikut pergi dengan Rayyan. Rayyan tu tak ada kampung mungkin dia suka kalau Reen ajak balik rumah tok ayah dekat Kelantan."

"Alaa, ye la nanti Reen pujuk si Rayyan tu. Okaylah mama Reen busy. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam,"

Setelah panggilan sudah tamat, telefon bimbit milik Areena disimpan balik ke dalam beg. Areena mengeluh kecil. Pandangannya beralih ke arah Rayyan yang mengetuk pintu kelas.

"Lama betul kau melepas Rayyan, makan apa?" Soal Irfan. Rayyan yang menarik kerusi untuk duduk itu memandang Irfan dengan kening yang berkerut.

"Agak-agak la Irfan, aku merayau tadi. Bosan." Ujar Rayyan memberi jawapan. Irfan menganggukkan kepalanya. Rayyan yang perasan seseorang memerhatinya itu terus mengalihkan pandangan ke arah Areena.

"Apa tengok-tengok?" Soal Rayyan menyentak lamunan Areena.

"Ish, aku tak tengok kau la. Perasan."

"Selepastu kau tengok siapa?"

"Aku tengok bulu hidung kau terkeluar." Ujar Areena sambil jarinya menunjuk hidung Rayyan. Rayyan terus menutup hidungnya. Terlentus ketawa milik Areena yang sudah lama ditahan apabila melihat wajah Rayyan.

"Kau tipu aku kan Reen!?" Soal Rayyan manakala Areena masih ketawa sehingga mengeluar air mata di tubir mata miliknya.

"Sorry, aku tak tahan dan itu balasan bila kau tak bagitahu aku tentang pindah," Ujar Areena berbisik di telinga Rayyan.

She's mine (C)Where stories live. Discover now