Maafkan saya kalau bab ni panjang :3 saya enggak tahu.
Btw ayna lupa yang guru pemeriksa dari sekolah lain hshshs abaikan jela ya byebye.
****
Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Areena memandang dirinya sebalik pantulan cermin. Bibirnya mengukir senyuman manis. Dia sudah memakai baju sekolah serta tudung bawal. Areena keluar dari bilik, jarinya menutup suis lampu.
"Reen, meh sini makan dulu." Ajak Mama. Areena tersenyum sambil mengangguk kepala padahal hatinya sudah berdebar apabila harini dia akan menjawab kertas peperiksaan yang besar. Areena menarik kerusi lalu punggungnya dilabuhkan di atas kerusi tersebut. Pinggan yang diberi oleh Mama dicapai.
"Mama Reen takut." Ujar Areena dengan suara gagap. Dia sangat takut sekarang ni. Takut tak boleh jawab, takut dia tak boleh banggakan Mama dan Papa. Semua takut. Mama tersengih melihat Areena.
"Janganlah risau sayang. Mama tahu Reen boleh buat. Kan Papa kan?"
Papa mengangguk kepalanya atas setuju dengan ayat isterinya. Tapak tangannya diletakkan di atas kepala Areena.
"Papa tahu Reen boleh jawab. Good luck dear."
Areena mencebik bibir. Ee, ni nak nangis ni. Sudu yang dipenuhi nasi dipandang lalu disuap ke dalam mulutnya.
"Terima kasih Papa dan Mama. Doakan Reen tau. Dan Reen nak minta maaf kalau Reen ada buat Mama dan Papa terasa. Reen tak sedar." Ujar Areena sambil tangannya memegang lengan Papa dan Mama.
Papa dan Mama berpandangan.
"Reen tak pernah buat salah dengan Papa dan Mama." Ujar Mama lembut. Areena tersenyum.
"Papa dan Mama selalu sebut nama Reen dalam doa." Ujar Papa pula.
"Tapi kalau boleh Reen minta maaflah dengan Rayyan. Rayyan suami Reen. Dan Reen tahu kan.."
"Syurga Reen dibawah tapak kaki suami. Reen tahu Mama." Sampuk Areena. Nantilah dekat sekolah dia curi masa untuk jumpa suaminya yang tercinta. Aaa rindunya muka Rayyan, senyuman Rayyan, kenakalan Rayyan. Semua tentang Rayyan amat dirindui oleh dirinya.
Beberapa minit kemudian, Areena mencium pipi Papa dan Mama. Tangan berkedut mereka berdua juga disalam dengan penuh kasih sayang.
"Mama, Papa Reen pergi dulu tau."
"Good luck sayang."
Areena menarik nafas sedalam-dalam yang boleh. Keretanya sudah dikelilingi dengan junior dari tingkatan 1 sehingga 4. Areena terus mengeluarkan diri daripada kereta. Beg galas yang berada di tempat duduk pemandu diambil.
"Kak Reen good luck Han tahu kak Reen boleh jawab."
"Kak Reen ambillah bunga ni Kak Reen. Riz beli untuk kak Reen."
"Good luck kak Reen. Maryam doakan kak Reen dapat jawab. Doa banyak-banyak."
"Kak Reen ambillah coklat dari Anis."
YOU ARE READING
She's mine (C)
Teen FictionTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...