Pandangan Areena kian kabur akibat tubir matanya sudah dipenuhi air mata apabila dia melihat Rayyan bersama Jessica iaitu musuhnya tersendiri. Areena bangun dari kerusi. Bunyi kerusi Areena dapat menarik perhatian seluruh pelajar 5 Diamond. Areena berlari menuju ke tandas diikuti dengan Ainna.
"Reen," laung Ainna lalu dia memandang Batrisya dan Hanis.
"Nanti aku cerita sebelum tu kau pergi tengok si Rayyan tu. Apa bendalah masalah dia yang tengah melayan si Jessica tu." ujar Ainna sambil menjuihkan bibirnya iaitu dituju oleh Rayyan. Ainna sudah keluar manakala Batrisya dan Hanis memandang sesama sendiri.
"Sekarang ni Reen lari sebab nampak Rayyan dan Jess? " soal Hanis.
"Dia cemburu kot... Rayyan tu suami dia kot siapa je tak cemburu macam kau dengan Farhan," bisik Batrisya. Hanis menolak kepala Batrisya.
"Aku pula yang kena."
"Haih, aku gurau je dan nanti kita tanya 4K asal dengan Rayyan tu? nak cari isteri kedua dari kaabah ke apa?" bebel Batrisya manakala Hanis tergelak kecil apabila mendengar isteri kedua dari kaabah.
"Eii aku tahulah isteri kedua dari kaabah tengah viral sekarang tapi janganlah kau tujukan ke Jessica. Nak pengsan aku tau dengan rambut perangnya."
"Tak jadi ke? oh lupa la pula sepatutnya kau?"
"Asal pula?" soal Hanis manakala keningnya berkerut.
"Sebab kau dan Farhan." ujar Batrisya lalu dia melepaskan ketawanya dengan kuat. Hanis sudah membuat wajah cemberut.
Kawan tak guna.
"Kau tu kenapa sampai sekarang single? asyik reject orang je." soal Hanis. Bukan dia tak tahu si Batrisya ni dah tolak 18 orang lelaki.
"Kau kena tahu Ikha aku tengah cari calon yang ke-19 Insha-Allah aura dia tu mampu buat aku terkaku sebab tak ada kekuatan nak tolak." ujar Batrisya dengan senyuman manakala keningnya terjungkit-junkit memandang Hanis.
"Kepala hotak dia tak ada kekuatan nak tolak." ujar Hanis sambil tergelak. Macamlah dia tak tahu ini ayat yang sedang viral sekarang.
"Cukuplah cakap tentang viral ni sekarang kita nak selesaikan masalah Areena dan Rayyan ni. Nanti balik kita jumpa 4K. Kau bagitahu la dekat Irfan." ujar Hanis lalu Batrisya menganggukkan kepalanya.
****
Areena membasuh wajahnya dengan air berkali-kali bagi menghilangkan wajah pucat dan mata sembab itu. Ainna yang berada di sisi Areena hanya mampu memerhati.
"Reen, kita duduk dekat makmal lama okay? dekat situ ada bunga tau. Bolehlah buat hatikau tenang sedikit kalau duduk sini tak elok." bebel Ainna.
Areena mengangukkan kepalanya. Sekarang otak dia dah penat berfikir dan dia juga letih akibat menangis kuat. Nasib baik nanti cikgu mesyuarat jadi bolehlah dia merayau sekejap tenangkan hati yang sedih ini.
Bangku yang selalu diduduki oleh dia dan Rayyan dipandang. Areena menghenyakkan punggungnya di atas bangku tersebut.
"Kau kenapa Reen?" soal Ainna walaupun dia sudah tahu sebab Areena menangis.
"Tak ada apa-apalah aku cuma penat dan mata aku masuk habuk."
Ainna memandang Areena lalu mengeluh. Dia mengerakkan badannya menghadap Areena.
YOU ARE READING
She's mine (C)
Teen FictionTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...