"Eh Rayyan jemputlah makan" ajak Mama apabila melihat Rayyan tidak menyentuh langsung makanan.
"Ha, ya Mama." ujar Rayyan.
"Eh Rayyan kenapa sikit sangat tu?" soal Papa pula. Areena hanya mampu menjeling sahaja.
Siapa anak kandung ni?
"Sikit? banyak la Papa" kata Rayyan memberikan alasan.
"Reen, letak lauk ke Rayyan tu" arah Papa.
"Er okay Papa, nah kau makan sikit biar gemuk," omel Areena sambil mencedokkan lauk ke pinggan Rayyan.
"Kau nak kata aku kurus kering la ni?" tanya Rayyan serta mata helang yang berwarna hazel itu.
"Gurau je la, kau ni dah elok dah okay." kata Areena.
"Asal kau tak kata aku kacak je bakal suami kau juga ni" sakat Rayyan.
"Er--rrr" Areena sudah diam membisu. Masa ni la mamat kerek nak sakat aku.
"Rayyan cukuplah tu sakat Reen dah merah pipi anak dara mama ni" sampuk mama
"Hehehe okay Mama." ujar Rayyan sambil tersengih kerang busuk.
"Reen sudah-sudah la pipi tu dah macam tomato aku tengok tau." ujar Ashraf sambil tersengih macam kerang busuk.
****
"Mama, Papa Rayyan balik dulu eh" ujar Rayyan.
"Ya, pandu kereta tu elok sikit dah malam ni." ujar mama memberi nasihat.
"Baik, Mama" jawab Rayyan.
"Kau bawak kereta tu jangan laju sangat nanti ada cik ponti dekat sebelah baru tahu." sakat Areena sambil membuat gaya.
Areena ni sehari tak cute, tak boleh ke?
"Mulut kau tu jangan celupar sangat. Nanti dia tidur sebelah kau.
"Eeei kau ni jangan la" rengek Areena.
"Okay fine dia tak tidur tepi kau okay sayang sebab dia pun takut tengok muka kau tu" kata Rayyan.
Dengar sahaja perkataan sayang dengan serta-merta pipi Areena merah. Kata orang blushing.
"Er ha-ha ok-ay." jawab Areena.
"Kau ni sweettalker la tengok akak dah blushing" sampuk Ashrif
"Kita ni sebagai lelaki kena la sweettalker lagi lagi dengan bakal tunang dan akan jadi bakal isteri" kata Rayyan
"Ohhh faham faham" Ashrif
"Shuh shuh pergi la balik tu dah lewat ni" halau Areena
"Dinda halau kanda ke? sampai hati dinda" sakat Rayyan
"Merapu la kau ni eii!" ujar Areena dengan geram yela blushing dah pipi
"Hehe k btw esok beli cincin tau aku ambik kau" ujar Rayyan
"Okay" balas Areena
****
Areena bersiap untuk keluar membeli cincin dengan Rayyan .
YOU ARE READING
She's mine (C)
Teen FictionTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...