Kelas 5 Diamond yang bising seperti pasar tani kini senyap sepi akibat 4 gadis dingin yang memasuki kelas tanpa mengetuk pintu mahupun memberi salam.
"Kelas ni tak bosan ke asyik bising je?" sinis soalan diberi oleh Areena kepada pelajar 5 Diamond. Mata Areena tajam melihat Bella yang sibuk memakai lipstick dibibirnya. Bibir dah merah, nak pakai lagi.
"Jawablah Areena tanya tu." jerkah Ainna sedikit. Manakala Irfan yang sedang meneguk air tersedak apabila terdengar jerkahan dari Ainna.
Garang.
Kini seluruh pelajar 5 Diamond melihat Irfan dengan pandangan "Kau apahal tersedak?".
"Baru aku tahu kelas ni bisu." Areena berjalan menuju ke mejanya. Buku kecil diambil lalu menulis sepatah dua kata.
Waktu sejarah diajar oleh cikgu Rashid. Cikgu paling bosan pada abad ini. Jam dilihat sekilas, bila nak habis masa cikgu Rashid ni. Tapak tangan Areena meraup kasar wajahnya. Ya allah, mengantuknya aku. Lalu dengan semangat yang masih ada dia mengangkat tangan kanannya. Cikgu Rashid yang tekun mengajar serta-merta menghentikan kata-katanya yang boleh membuat seluruh pelajar 5 Diamond mengantuk tak sedarkan diri.
"Ada apa Areena?" Cikgu Rashid berkata sempat dia melihat pelajar-pelajar yang lena terbuai mimpi. Nafas dihela lemah. Susah jadi Cikgu sejarah. Banyak dugaan.
"Saya nak pergi tandas," Areena bangun apabila mendapat anggukan oleh Cikgu Rashid. Matanya sempat menghadap Rayyan yang tidur berlapikkan buku sejarah. Eei, tak takut ke air liur meleleh lekat dekat buku tu? tunang siapa la tu?
Tunang aku. Dia tanya dia jawab. Itulah Areena.
Tandas yang berada di hujung bangunan dituju. Kenapa la tandas selalu dekat hujung? asal tak ada dalam kelas. Kan senang? betul tak? Apabila sampai di muka pintu tandas. Bau yang tidak selesa dihidu oleh Areena.
"Ya allah, ni tandas perempuan ke lelaki? busuk gila," bebel Areena di dalam hati. Sempat juga dia mengutuk makcik cleaner yang tidak membersihkan tandas sekolah.
Selesai membuang air kecil, dia melihat jam di tangan kanannya. Tinggal 5 minit lagi masa cikgu Rashid. Aci tak dia merayau dekat bangunan sekolah? Malas masuk kelas.
Jalan punya jalan. Kini kakinya sudah berada di makmal lama iaitu makmal dimana dia mendengar lagu moonlight bersama Rayyan.
Fikir sweet? kongsi earphone.
Sengihan di bibir terlakar. Imbasan bersama Rayyan terlayar di minda. Dia dah angau dengan Rayyan ke macam mana ni?
Oh no no no.
Cepat-cepat Areena mengusir perasaannya. Masih awal untuk dia mencintai Rayyan. Mana mungkin Rayyan mencintai dia. Perit juga untuk lupakan kenangan lama dia bersama lelaki tak guna tu.
Suara garau menyampuk lamunan Areena. Areena terus mengangkat kepalanya untuk melihat gerangan yang menegurnya.
"Woi" Areena melihat lalu menjulingkan kedua-dua biji matanya.
"Apa?"
"Ponteng ke?" soal suara garau tersebut. Tanpa segan silu dia duduk di bangku bersebelahan Areena. Areena yang tersedar membulatkan mata. Eei, aku tahulah kau tunang aku tapi kalau kena tangkap khalwat macam mana?
"Eh, siapa suruh kau duduk?" Areena menyoal sambil tangan runcingnya menghalau Rayyan. Rayyan menayangkan wajah kosong. "Aku suruh diri sendiri," ujar Rayyan. Areena menjulingkan biji matanya. Mahu juling matanya asyik diputar akibat perangai sewel si Rayyan.
YOU ARE READING
She's mine (C)
Teen FictionTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...