Bab 13

10.7K 524 6
                                    

"Eh, baby?"

Mata milik Areena tajam memandang gerangan yang memanggil tunangnya gelaran 'baby'.

"Kau nak apa Thiya?" soal Rayyan kasar. Muka jerawat yang ditutupi foundation dijeling sekilas.

"Eh you ni, i kan girlfriend you." ujar Thiya matanya menilik wajah Rayyan. Areena dijelingnya.

"Thiya, kau sedar sikit diri tu." ujar Rayyan.

"Eh, sepatutnya you kata dekat betina tepi you tu bukan i." ujar Thiya sambil menilik kuku.

"Mulut kau ni memang tak boleh celupar lagi ke?" jerkah Areena. Pipi miliknya merah disebabkan kemarahan yang membuak-buak kepada sepupunya Thiya.

"Boleh, kau nak lagi ke?" sinis Thiya menyoal.

"Sayang, sayang pergi beli ais krim dulu okay nanti baby pergi. Sekarang ni baby nak selesaikan masalah dengan perempuan ni." ujar Rayyan lembut. Areena terkaku mendengar ayat yang terkeluar dari mulut milik Rayyan. Manakala Thiya merengus kasar disebabkan layanan Rayyan dengan sepupunya lembut tapi dia kasar.

"Ya okay..." Areena menjawab. Nada suara dikawal supaya tiada kegagapan. Lalu Areena pergi menuju ke Baskin Robins yang berada di hujung sana. Selepas ketiadaan Areena, Rayyan memandang tajam Thiya lalu menarik Thiya menuju stor yang sunyi.

Tengkuk milik Thiya dicekik kuat. Mata hazel miliknya tajam menikam mata milik Thiya.

"Sakit la Rayyan." ujar Thiya.

"Betina macam kau memang patut dapat macam ni!" tengking Rayyan. "Sekali lagi kau kacau Areena muka kau yang hodoh ni aku buat hodoh sekali lagi." Rayyan memberi amaran kepada Thiya. Thiya mengangguk kepalanya berkali-kali.

Tangan milik Rayyan yang mencekik tengkuk Thiya dilepaskan. Lalu Rayyan meninggalkan Thiya keseorangan yang ketakutan. Kakinya melangkah menuju ke Baskin Robins. Tiba di depan kedai matanya melilau mencari kelibat Areena. Lalu matanya melihat sekujur tubuh yang melalak ais krim dengan wajah yang comot. Senyuman nipis diukir 'Comel.'

"Macam budak-budak." ujar Rayyan setelah tiba menuju ke meja yang diduduki oleh Areena.

"Apa?" Areena menyoal Rayyan. Mulutnya penuh dengan jenis-jenis ais krim.

"Kau la." Rayyan menjawab soalan Areena kerusi yang berada di depan Areena diduduki olehnya lalu tisu yang disediakan diambil. Mulut Areena yang comot dengan sisa ais krim di lap dengan perlahan-lahan. Areena yang berselera memakan ais krim terus terkaku apabila mulutnya di lap oleh Rayyan. Perasaan malu bercampur baur di dalam hati. Areena mengigit bibir bawahnya.

Rayyan yang melihat Areena yang malu tersenyum nipis. "Kau ni dah besar panjang tapi makan comot macam budak 5 tahun." omel Rayyan dapat didengari Areena.

"Ergh, aku boleh buat sendiri la." ujar Areena tisu yang berada elok ditangan Rayyan dirampas lalu mengelap mulutnya.

"Tak payah buat sendiri, aku dah lap kan." Rayyan mengambil aiskrim milik Areena. Sudu yang dipegang oleh Areena di rampas. Dengan slumbernya dia menyuapkan ais krim ke dalam mulutnya.

"Beli sendiri la. Yang kau makan ais krim aku kenapa?" soal Areena disertakan wajah yang cemberut.

"Sharing is caring." jawab Rayyan slumber, beberapa suapan ais krim sudah selamat dimasukkan ke dalam mulutnya. 'Sedap, lagi-lagi yang Areena.' omel hatinya

"Eeeii, bencilah!"

"Aku belanja kan? Nanti aku beli balik banyak-banyak." ujar Rayyan tisu di ambil lalu mengelap mulutnya yang comot disebabkan sisa ais krim.

"Ye lah," Areena mengalah sisa ais krim yang masih tinggal di dalam bekas tersebut di ambil lalu di makan dengan selera. 'Sudu ni Rayyan guna?' omel hati Areena dengan seribu tanda tanya.

Selepas selesai makan. Mereka menuju ke parkir kereta.

"Sila masuk tuan puteri," gurau Rayyan.

"Terima kasih, tolong bawak ye." jawab Areena serta gelak kecil.

"Ye la puteri,"

"Minggu depan sekolah" ujar Rayyan tiba-tiba. Areena memandang Rayyan.

"Hm, kau sekolah lain kan?" Areena menyoal Rayyan tangannya sibuk bermain instagram.

"Ya, asal? Kau takut rindu aku ke?" tanya Rayyan balik. Senyuman sinis diukir di wajahnya.

Dahi milik Areena berkerut selepas mendengar kata-kata Rayyan. "Memang tak la." ujar Areena kepala digeleng ke kanan dan ke kiri berkali-kali.

"Eleh, tak nak mengaku? Rayyan menyoal tangannya elok berada di stereng kereta lalu membelok ke kanan untuk menuju ke Rumah keluarga Areena.

"Bukan tak nak mengaku tapi memang aku tak rindu kau." jawab Areena.

"Ye lah, siapa je nak rindu aku ni?" soal Rayyan sendiri lalu mulutnya mencebik. Areena yang melihat Rayyan mengigit bibir bawah.

"Kucing" jawab Areena slumber.

"Kau nak balas dendam ke ni?" Rayyan menyoal Areena kereta miliknya elok memasuki perkarangan banglo milik keluarga Areena.

"Mana ada."

Handbreak di tarik ke atas. Lalu badannya berpusing menghadap Areena berada di tepi.

"Tak nak keluar ke mak cik?" Rayyan menyoal Areena.

"Kau tak nak jumpa mama ke?" Areena menyoal Rayyan. Soalan yang di tanya oleh Rayyan di abaikan.

"Ye la aku jumpa." ujar Rayyan. Enjin dimatikan lalu tali pinggang yang elok berada ni badan di cabut.

Areena tersenyum manis lalu pintu kereta dibuka. Manakala Rayyan yang berada di kereta ditinggal olehnya.

"Eh mak cik ni, jemput la tunang kau ni." Rayyan berkata sendirian. Matanya tidak lepas memandang sekujur tubuh milik Areena yang sedang berjalan menuju ke pintu.

****

"Assalamualaikum," laung Areena disebalik pintu. Tangannya diketuk berkali-kali.

"Waalaikumussalam," jawab seseorang disebalik pintu.

"Mama, rindu!" ujar Areena lalu dia memeluk tubuh mama dengan erat.

"Areena, lepaslah kesian ke mama tak cukup nafas sebab kau gemuk sangat." ujar Rayyan.

Pelukan dilepaskan lalu matanya tajam menikam wajah kacak milik Rayyan.

"Mama aku, ikut aku lah!" ujar Areena

"Nanti jadi mama aku jugak." jawab Rayyan lalu memberi salam kepada Mama. Salam? kene empuk dengan batang penyapu milik Areena nanti.

"Cukup-cukup jom la masuk, sampai bila tak masuk kalau macam ni." sampuk mama. Lalu menjemput mereka untuk masuk ke dalam rumah.

"Best dating dengan Rayyan?" mama menyoal Areena apabila mereka berdua sudah berada di dapur. Manakala Rayyan berada di depan dengan Papa, Ashraf dan Ashrif.

"Man-a ad-a dating." kata Areena gagap. Mama yang sedang membancuh air teh tersenyum nipis.

Kalau tak dating kenapa gagap? Betul tak?

"Ye la tu, Rayyan sendiri kata dating." ujar Mama lalu mengarah Areena supaya menyediakan cawan.

"Rayyan saja la tu." jawab Areena menyedapkan hati. Tangannya lincah mengelap cawan lalu disusun elok ke atas dulang.

"Ikut la Reen tapi tak apa. Mama tak marah pun sebab Reen pun perlu sesuaikan diri dengan Rayyan nanti nak kahwin dah." bebel Mama panjang lalu air teh yang sudah dibancuh dituangkan ke dalam cawan.

"Ye, Reen tahu."

"Kalau tahu tak apa, Ni angkat letak dekat depan." ujar mama. Areena mengangkat dulang lalu menuju ke ruang tamu.

tbc

Happy Eid Mubarak readerss!

She's mine (C)Where stories live. Discover now