Ayna ulang sekali lagi bagi yang nak masuk group sementara ayna, link group ada di bio.
Lepastu ayna minta maaf kalau cerita ni mengecewakan korang atau bagi korang cerita ni cliche. Haih cerita ni imagine ayna last minute tau. Ayna tak sangka pun boleh jadi ramai yang baca ke apa. Sorry.
Okay jom sambung :) takmau sendu sendu.
****
Areena mengelap air mata yang mengalir di pipi dengan kasar. Di dalam hati pula beribu-ribu kutukan yang diberi kepada Rayyan. Dah tak kesah dah syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Sekarang suami dia yang buat dosa dekat dia. Areena menyedut hingus, hidungnya kemerahan dan sedikit berair. Hari ini dia rasa dia tiada mood untuk masuk kelas. Dengan wajah yang seperti hantu ni. Mesti rakannya akan bertanya kenapa dengan dirinya. Areena menepuk wajahnya berkali-kali untuk menyegarkan muka. Dia malas nak susahkan rakannya.
Seseorang menarik tudung Areena dari belakang sehingga kepala Areena terdongak ke atas.
"Shit siapa ni?" Disebabkan mood dia tidak beberapa baik. Terus gerangan yang menarik tudungnya itu dimaki tanpa belas kasihan. Siapa suruh tarik tudung?!
Tudung ni sensitif tau.
"Garang betul kau ni. Naik bulu roma aku." Aryan sudah berada di sebelah Areena sambil mengangkat lengan. Dan memang betul bulu roma Aryan menegak. Areena menjeling tajam. Dia merengus.
"Kau nak apa?"
"Nak kau." Kepala Aryan dipukul kasar oleh Areena. Aryan mengadu sakit sambil mengusap kepalanya itu. Ni perempuan ke apa ni?
"Baik kau serius sebelum aku humban kau dalam kandang singa." Areena berkata serius. Jarinya membaiki tudung sekolah yang senget akibat Aryan.
"Relax la weh. Apahal kau garang semacam ni?" Soalan Aryan diabaikan oleh Areena. Selepas sahaja dia mendapat penampar dari Rayyan. Terus dia tiada mood. Nangis? Tadi pun dia dah penat menangis. Takde faedah.
Aryan memandang bawah sebelum dia memandang Areena. Botol plastik yang terisi air itu diberi kepada Areena. Dia mahu legakan hati Areena sebelum Areena mengamuk. Areena menjungkit kening sebelum dia mengambil huluran itu lalu dia meneguk air dengan rakus.
Lepas menangis, dahaga dia lain macam.
"Kau okay?" Kini mereka berdua sudah berada di padang sekolah yang luas. Areena mengenggam rumput dan tarik sehingga rumput itu tercabut.
"Okay je."
"Aku tahu kau tak okay." Areena memandang Aryan.
"Kalau tahu kenapa tanya soalan bodoh?" Ujar Areena sinis. Dia menongkat dagunya di lutut. Manakala lengannya memegang kaki.
Aryan tersengih sehingga menampakkan gigi. Ye tak ye juga eh?
"Sengaja tanya."
Areena menjulingkan matanya ke atas.
"Areena apahal muka kau masam mencuka macam mak limah?" Soal Aryan tanpa berlapik. Areena sudah mengerutkan dahinya. Aku punyalah lawa macam bidadari dia bagitahu aku mak limah?
YOU ARE READING
She's mine (C)
Teen FictionTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...