Dulang dibawa dengan perlahan. Kakinya menuju ke meja yang berada di ruang tetamu. Lalu tangannya meletakkan dulang di atas meja.
"Jemput minum," ujarnya sambil menundukkan wajahnya. Punggungnya dihenyak ke atas sofa yang berada di tepi papa.
"Rayyan, minum la" jemput papa
"Baik pa," tangannya mengambil cawan tersebut. Dia meniup dulu sebelum menghirup air teh.
"Rayyan dah beli barang sekolah?" Papa menyoal Rayyan. Rayyan yang sedang menghirup air teh tersedak.
"Eh, kau tak apa-apa?" soal Ashraf yang berada di sisi Rayyan. Belakang badannya ditepuk perlahan.
"Err, aku okay dah." ujar Rayyan. Tisu yang berada di meja diambil lalu mengelap mulutnya.
"Rayyan, papa tanya soalan biasa pun tersedak?" soal Papa kepada Rayyan.
"Rayyan cuma terkejut je..." ujar Rayyan lalu memandang wajah Tengku Amiruddin.
"Papa ingatkan apa lah tadi sampai macam tu."
****
Kereta BMW M5 sudah memasuki perkarangan rumah milik Daddy dan Mummy. Keretanya elok diparkir di garaj yang tersedia. Enjin dimatikan lalu pintu kereta dibuka. Kakinya berjalan menuju ke pintu rumah.
"Mummy, Rayyan dah balik," laung Rayyan sambil tangannya mengetuk pintu rumah berkali-kali.
Terjengul wajah Tengku Aisyah yang masih muda walaupun umur sudah 50-an.
"Salam mana?" Mummy menyoal Rayyan. Pintu rumah dibuka luas untuk kehadiran anak sulongnya.
"Hehe, Assalamualaikum cinta," ujar Rayyan serta flying kiss diberi.
"Waalaikumusalam, ha jom masuk." ajak Mummy, senyuman manis tidak lengkang berada dibibirnya.
Rayyan dan Mummy menuju ke sofa yang berada di hadapan televisyen.
"Mummy," panggil Rayyan perlahan.
"Ya, Ayyan?"
"Apa yang Mummy suka tentang Areena?" soal Rayyan terhadap Mummy. Kepalanya diletakkan ke atas peha Tengku Aisyah.
"Dia cantik"
"Lagi?" soal Rayyan. Kepalanya masih setia berada di atas peha milik Tengku Aisyah.
"She have a nice personality"
"Maksud Mummy?" soal Rayyan. Dahinya berkerut selepas mendengar jawapan Tengku Aisyah.
"You'll know later about her, dear." ujar Mummy lalu meninggalkan Rayyan bersendirian di situ.
'Ayyan, tak faham maksud Mummy. Apa yang dia sembunyikan?' omel hati Rayyan sambil memandang Mummy dari jauh.
AreenaGemuks🐼
"Tengah buat apa tu?" - Rayyan
"Buat bodoh, asal?" - Areena
"Ish, dia ni main loyar buruk pulak dengan aku." omel Rayyan
"Macam mana nak buat?" - Rayyan
"Nak tahu ke?" - Areena
"Of course, nak!" - Rayyan
"Kau perlu mesej Tengku Rayyan Ammar automatik buat bodoh" - Areena
"Kau nak kata aku bodoh ke?" - Rayyan
"Kalau ada depan aku ni dah lama phone aku terbang dekat dahi dia." omel Rayyan sendirian.

ANDA SEDANG MEMBACA
She's mine (C)
Teen FictionTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...