Dress cantik elok dipakai oleh Areena. Wajah Areena yang pucat kini sudah berseri-seri disebabkan makeup yang berjenama. Lipstick Kylie di ambil oleh Mak Andam lalu dipakai di bibir mungil Areena. Blusher juga dipakai bagi menampakkan kemerah-merahan pipi Areena.
"Done, You cantik hari ni Tengku." puji Mak Andam sambil tangannya lincah mengemas barang makeup yang berterabur. Manakala Areena memberikan senyuman nipis kepada Mak Andam "Thanks," terjengul wajah Tengku Arsyira di muka pintu sempat hati kecilnya memuji kecantikkan Areena yang mewarisi dirinya.
"Cantik," Areena memberikan senyuman manis bak bunga. "Pengantin lelaki dah sampai. Meh turun," tangan Areena dipaut sempat Mama berbisik memberi kata semangat untuk menghilangkan debaran di hati Areena.
Masa yang dinantikan oleh dua pihak sudah tiba. Kaki Areena perlahan menuruni tangga dengan berhati-hati. Dress kahwinnya yang labuh di pegang oleh sepupu baiknya Lessya supaya tidak menyusahkan pengantin perempuan berjalan. Semua sanak saudara sudah hadir di ruang tamu luas itu. Areena terlihat seorang jejaka segak berpakaian baju melayu berwarna putih yang sedang duduk berhadapan dengan tok kadi.
"Tengku Rayyan Ammar bin Tengku Ridhuan,"
"Saya," jawab Rayyan dengan tenang walaupun debaran di hati tidak dapat dikata.
"Aku nikahkan dikau dengan Tengku Areena Arisya binti Tengku Amiruddin dengan mas kahwin sebanyak RM 50 ribu ringgit tunai,"
"Aku terima nikahnya Tengku Areena Arisya binti Tengku Amiruddin dengan mas kahwin sebanyak RM 50 ribu ringgit tunai," Dengan sekali lafaz kini Areena menjadi isteri sah buat Tengku Rayyan Ammar. Setitik demi setitik air mata Areena mengalir di pipi.
"Sah?" soal Tok Kadi.
"Sah,"
Mama yang berada di sebelah Areena memeluk Areena dengan erat bagai tidak mahu lepas. Air mata yang mengalir di pipi mama dilap lembut oleh jari Areena.
"Kenapa ni mama?" Areena memandang mama dengan pandangan redup. Manakala Tengku Arsyira mengelengkan kepalanya.
"Mama tak sangka anak mama yang degil dah sah jadi isteri orang," Walaupun sisa tangisan masih ada di bibirnya mama tetap mengukir senyuman. Hidung Areena dicuit lembut oleh Mama. Areena tergelak kecil."Mana ada Reen degil,"
"Ya la Reen tak degil," Selepas mereka berdua membuat drama tidak berbayar. Kini bermulalah sesi menyarungkan cincin yang ditunggu-tunggu oleh tetamu.
Peluh yang mengalir di dahi, di lap lembut. Hatinya debar apabila melihat wajah lembut Areena. Cantik. Areena tersangatlah cantik sampai Rayyan terpegun melihat kecantikkannya. Perlahan-lahan cincin mutiara yang cantik itu disarung di jari manis Areena. Cahaya-cahaya kamera leka menangkap gambar mereka berdua bagaikan mereka berada di dunia mereka sahaja.
Areena pula menundukkan wajahnya, pipi yang putih sudah merah seperti tomato apabila tangan Rayyan menyarungkan cincin dijarinya. Kini giliran dia pulak menyarungkan cincin di jari Rayyan yang sedikit kasar.
Tangan dihulurkan kepada Areena. Areena yang tersentak memandang Rayyan lalu lambat-lambat tangannya menyarungkan cincin di jari Rayyan.
"Reen, salam suami kamu tu," suara mama mengarahnya untuk bersalam lalu tangan Rayyan diambil dan dicium dengan penuh syahdu. Lama dia mencium tangan Rayyan untuk jurukamera menangkap gambar mereka. Kini giliran Rayyan mencium dahi Areena.
"Izinkan aku cium kau," bisik Rayyan lembut lalu bibir Rayyan sudah berada di dahi Areena. Areena yang terkejut dengan pantas memegang tangan Rayyan dengan erat. Mungkin tidak sedar akan perkara itu tapi Rayyan membalas balik pegangan tersebut.
YOU ARE READING
She's mine (C)
أدب المراهقينTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...