Bab 53

8.1K 700 161
                                    

Tolonglah rajinkan diri untuk vote :)

****

    Rayyan bangun dari baringan, matanya memandang tubuh isterinya yang sedang tidur dengan nyenyak. Rayyan menguap lalu dia merenggangkan badannya. Rambut yang kusut itu diabaikan sahaja. Kakinya ingin menuju ke dapur untuk menyediakan makanan untuk Areena.

Rayyan mendulangkan makanan untuk berbuka. Dia dengan Areena pada hari ini akan berbuka di dalam kamar tidur. Uwu, bukan beshe-beshe. Baki masa hanya tinggal 10 minit sebelum azan berkumandang untuk mereka berdua berbuka. Rayyan mengerakkan Areena, Areena yang merasa tidurnya terganggu mencelikkan matanya. Wajah Rayyan jelas berada di hadapannya.

Pipi Areena bertukar kemerah-merahan.

Kenapa dekat sangat si Rayyan ni? Rayyan yang melihat pipi Areena bertukar warna terus mencubit pipi tembam isterinya.

"Haih sayang, demam pun comel."

"Ish, kau ni pun asyik nak sakat aku je." Ujar Areena sambil bibirnya dicebik. Areena menyandarkan badannya di katil.

"Saja je nak suruh kau happy. Ni hah bangun basuh muka, berus gigi sebab nanti dah nak berbuka. Kita berbuka dekat sini jela eh." Ujar Rayyan sambil mengusap ubun-ubun Areena. Areena mengangguk. Kakinya yang lemah itu berjalan perlahan-lahan untuk menuju ke kamar mandi.

Selesai membilas muka, Areena terus duduk bersila di atas katil. Di atas katil mempunyai meja lipat kecil dan di atasnya meja itu ada makanan untuk berbuka. Nasi putih, telur dadar, ikan siakap tiga rasa dan tomyam. Areena menjilat bibirnya yang kering.

"Rayyan kau ke yang masak?"

"Iya aku kenapa? Tak caya suami kau boleh memasak?" Rayyan menjungkit keningnya. Areena mencebik bibir.

"Ya la aku percaya."

Azan sudah berkumandang, Rayyan mengetuai membaca doa berbuka puasa lalu mereka mendua menjamah kurma dulu sebelum makan nasi. Areena hanya memandang sepi dekat lauk yang enak dan lazat itu.

Haih nak makan tapi takde selera. Tapi nak makan.

Rayyan yang perasan akan karenah Areena terus menjentik dahi Areena.

"Auch, apa?" Soal Areena sambil mengusap dahinya.

"Taknak makan ke?"

Areena mengigit bibirnya.

"Nak makan tapi takde selera." Ujar Areena. Rayyan hanya mengangguk kepalanya lalu dia menyuruh Areena bersila di tepinya. Areena hanya akur sahaja arahan Rayyan.

"Aaaaa." Ujar Rayyan sambil menganga mulutnya, Areena yang melihat karenah Rayyan terus tergelak kecil sebelum mulutnya menganga seperti Rayyan. Tangan Rayyan menyuap nasi di dalam mulut Areena. Areena menguyah perlahan sebelum matanya bersinar-sinar memandang Rayyan.

"Why sayang?"

"Shedappp!" Ujar Areena kepada Rayyan dengan mulut yang penuh dengan nasi. Rayyan tergelak lalu mengelengkan kepalanya.

Comot,

"Haih sayang, demam demam ni memang manja eh? Makan pun comot." Jari Rayyan mengelap bibir Areena yang comot itu lalu jarinya itu dijilat.

She's mine (C)Where stories live. Discover now