Hi everything? Rindu ayna tak? Kalau tak rindu takpe.
Ayna tahu ada je yang tak tengok so- ayna letak dekat youtube semata-mata nak letak dekat wattpad ergh.
****
Kepala yang terasa pening itu dipicit oleh jarinya. Areena menuju ke kamar mandi untuk membilas mukanya yang baru sahaja bangun dari tidur. Tak kan nak mencari Rayyan tanpa membersih muka? Cuba bayangkan ada taik mata?
Astaghfirullah, malu amat sih.
Selesai membilas muka dia terus mengambil berus gigi dan ubat gigi. Alang-alang basuh muka kita gosoklah gigi sebab nanti nak jumpa buah hati juga. Areena tersenyum sendiri.
Susah betul jatuh cinta dengan suami ni.
Kepala Areena terjengul di luar bilik tidurnya, dia mencari kelibat Rayyan tetapi tak ada. Mana pula suami dia pergi ni? Tak lain tak bukan mesti bilik game yang direka khas dari Areena kepada Rayyan. Walaupun Rayyan tak minta bilik tu cuma dia dah lama teringin mahu bagi suami dia bilik game kalau si suami minat game dan si Rayyan pula minat sangat dengan game sampai tidur lewat malam.
Bila fikir banyak kali, kepala dia semakin pening. Perasaan dia kepada Rayyan semakin membuak-buak dengan layanan istimewa oleh Rayyan dan perhatian yang secukupnya. Cuba kalau suatu hari nanti Rayyan tinggalkan dia? Atau Rayyan lebihkan orang lain dari dia.
Areena mengeluh.
Sejujurnya dia tak dapat bayangkan kalau Rayyan tinggalkan dia ataupun mempunyai gadis yang istimewa. Jealous? Semestinya dia sebagai isteri akan jealous. Areena mengigit bibir. Air mata mula bertakung.
Mesti sebab demam ni cepat sangat terasa hati.
Husnudzon Reen, tak mungkin Rayyan ada perempuan lain bukan? Tak mungkin Rayyan tak memberi perhatian dekat dia suatu hari nanti bukan?
Tapi kalau ada pun. Aku perlu tak tinggalkan dia?
Areena mengurut kepalanya, badannya bersandar lemah di dinding disebabkan memikirkan benda karut yang membuatkan hatinya sakit bagaikan tertusuk dengan duri.
Dan untuk harini, Areena nekad kalau Rayyan mempunyai perempuan lain dan lebih mempercayai perempuan tu dari dia. Dia sanggup tinggalkan Rayyan disebabkan dia sayang pada Rayyan.
Hanya sebab sayang.
Bukan semata-mata pentingkan diri. Tapi kalau hati ini tiba-tiba tawar hati. Areena diam sebelum mengangkat kepalanya memandang siling. Air mata yang gugur di pipi dikesat lembut.
Walaupun dia sayang Rayyan tapi dalam masa yang sama dia juga mudah tawar hati dengan Rayyan. Sebab? Mungkin lelaki itu selalu sakiti hati Areena dalam diam.
Areena menarik nafas sebelum bibirnya mengorek senyuman manis. Areena, kau kena kuatkan hati. Jangan fikir benda bukan-bukan.
Rayyan sayang kau.
Areena berhenti berfikir benda yang tak mungkin akan berlaku. Heh, pasti ke tak berlaku. Areena tersenyum sebelum dia mengeleng kepalanya. Pintu bilik game diketuk sebelum suara Rayyan berkata dari dalam.

ANDA SEDANG MEMBACA
She's mine (C)
Teen FictionTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...