Ayna dah lama tak taip soo nak spammm comment manyak manyak oleh?
Dan happy birthday aynarose!
****
3 tahun kemudian,
Areena membaringkan tubuhnya di atas katil. Rayyan yang sedang mengemas barang itu dipandang penuh minat. Mummy dan Daddy sponsor tiket flight dan percutian bulan madu untuk mereka berdua ke Bali. Siapa je tak seronok? Malam selepas Mummy bagitahu Areena terus kemas baju untuk percutian bulan madu. Petikan jari menghapuskan lamunan Areena.
"Termenung apa tu?" Soal Rayyan. Areena menjeling lalu bangun dari baringan.
"Tengah berangan macam mana keindahan Bali nanti. Ee seronoknyaa!" Ujar Areena dengan penuh teruja. Rayyan tersenyum manis lalu pinggang ramping milik Areena dipeluk olehnya. Dagunya direhatkan di atas bahu Areena.
"Ala sabarlah sayang, esok dah nak tolak. Aum." Ujar Rayyan dekat di cuping telinga Areena. Areena memandang bulu roma yang menegak itu. Pergh takut.
"Eee mesti otak asyik fikir benda bukan-bukan kan?!" Areena mencubit perut Rayyan yang berketul itu. Sekarang Rayyan hanya memakai seluar pendek je. Sengaja nak tayang body hot. Kau ada?
"Of course la. Abang terbayang bahagian atas katil je." Rayyan mencuit hidung Areena. Areena membuat wajah geli. Kalau melayan perangai Rayyan, sampai ke esok tak habis perangai mengatal dia.
"Gatal."
"Gatal dengan awak je sayang." Pipi gebu Areena dicium lembut. Areena tersengih. Hubungan dia selepas habis belajar bertambah baik. Dan Rayyan pun bertambah manja serta gatal.
Tapi takpe, Areena suka!
"Kalau melayan karenah awak. Sampai esok kita terbabas atas katil tau." Ujar Areena. Jari Rayyan disatukan dengan jari runcing miliknya. Lalu dicium lama. Rayyan tersengih melihat karenah isterinya. Comel.
"Okay okay janji tak nakal tapi nak tanya.." Rayyan mengemaskan pelukan Areena. Areena mengerut dahi.
"Tanya apa?"
"Nak anak made in Malaysia ke made in Bali?" Soal Rayyan nakal. Cuping telinga Areena digigit lembut sehingga Areena geli. Selimut yang berada di kaki ditarik untuk menutup tubuh mereka berdua. Jari Rayyan mencari suis lampu yang berada di meja sebelah lalu ditutup. Suasana bilik itu serta merta gelap.
"Made in dua-dua boleh tak?"
Areena yang tersedar dari lena terus bangun dari baringan. Senyuman masih mekar dibibirnya. Tengahari nanti dia akan naik flight. Dan itu bermakna dia akan bercuti bulan madu bersama suami yang tersayang.
Areena melompat ke atas katil yang empuk itu, sengaja dia ingin mengacau Rayyan yang masih terbuai mimpi. Rayyan mencelik mata, jarinya menonyoh matanya. Dia memandang ke sisinya. Ternampak badan isterinya yang seronok melompat di atas katil sehingga membuatkan dia tersedar.
"Sayang, jangan lompatlah."
Areena berhenti melompat, dia mencebik bibir lalu badan sasa Rayyan dipeluk.
"Bangunlah awak. Kita nak pergi honeymoon nanti."
Rayyan mengerutkan dahinya, jam bulat di dinding dipandang sekilas.
"Sayang, baru pukul 8 pagi. Abang nak tidur." Rayyan memejamkan matanya. Dia baru aje tidur balik lepas subuh. Ingatkan bolehlah nak tidur sekejap sebelum naik kapal terbang.
ANDA SEDANG MEMBACA
She's mine (C)
Genç KurguTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...
