Luggage yang berada di bonet kereta di ambil. Areena hanya berdiri menunggu Rayyan yang mengambil luggage miliknya. Hatinya melonjak gembira akibat tak sabar nak jumpa Mama. Nak dekat sebulan dia tak jumpa mama. Kembar? dekat sekolah pun tak pernah terserempak. Di sudut hati, dia sangat merindui Papa dan Mama dan juga dua ketul itu.
"Assalamualaikum," Areena melaungkan salam sambil mengetuk pintu rumah berkali-kali. Terjengul wajah Mama sambil menjawab salam. Areena yang berada di pintu terus memeluk Mama erat. Rayyan hanya mengelengkan kepalanya melihat karenah Areena.
"Reen dah kenapa?"
"Rindu Mama, Ashraf dan Ashrif mana?" soal Areena sambil menyalam Mama. Pipi Mama juga dikucup sekilas. Rayyan turut menyalam Mama.
"Ashraf dan Ashrif masih tidur." ujar Mama sambil mengajak Rayyan untuk masuk ke dalam rumah. Areena sudah membulat mata.
"Dah pukul 12 tengahari! masih belum bangun? nak kena dua ketul ni. Mama, Reen nak kejut diorang jap." ujar Areena lalu dia memasuki lif. Mama hanya mengelengkan kepalanya apabila melihat Areena. Rayyan yang berada di depannya itu dipandang.
"Rayyan,"
"Ya mama?"
"Reen dah tahu tentang pagi esok?" soal Mama dengan penuh risau. Harapnya Areena tidak tahu tentang pagi esok. Rayyan memberikan senyuman manis.
"Reen tak tahu lagi mama." ujar Rayyan. Mama tersenyum lega.
"Thank you Rayyan. Tolong mama." ujar Mama. Rayyan hanya memberikan senyuman manis kepada mak mertuanya.
Areena membuka pintu itu perlahan-lahan. Matanya dipincingkan memandang dua ketul jejaka yang sedang lena tidur. Langsir yang tertutup itu diselak sehingga cahaya matahari menerangi bilik yang malap itu. Areena menuju ke katil itu lalu digelengkan kepalanya. Selimut tebal itu ditarik kasar. Areena menuju ke kamar mandi lalu baldi kosong itu dicapai dan diisi air sejuk.
Selepas sahaja baldi itu dipenuhi air, Areena menutup paip itu. Baldi yang dipenuhi air dibawa sehingga di sisi katil. Dalam kiraan.
1
2
3
Splash,
Terkejut Ashraf dan Ashrif apabila mereka terasa seperti cecair sejuk memasuki rongga hidung mereka dan ia membuatkan mereka tersedar. Wajah yang basah itu diraup. Ashraf memandang gelak tawa seseorang.
Dan bingo!
Areena.
"Kau dalangnya?!" datar suara Ashraf manakala Areena gelak sehingga perutnya terasa senak.
"Ha'ah aku. Kenapa?" soal Areena kembali. Ashraf menjeling dia manakala Ashrif bersalam dengan dia.
"Aku ingatkan kau first day puasa memasak." perli Ashrif.Areena memicingkan matanya memandang Ashrif. Eei dia ni. Ada je buat aku geram.
"Eh eleh, kau jangan risau abang Rayyan kesayangan kau tu selalu puji masakan aku." ujar Areena dengan penuh bangga manakala Ashraf dan Ashrif memandang sesama sendiri.
"Betul ke bang?" soal Ashrif. Areena mengerutkan dahinya. Bang? eh dia Akak la.
"Betullah tu," jawab suara garau belakang Areena. Areena sudah terperanjat apabila tangan suara itu memegang lehernya.
Eyy dia ni depan adik pun menggatal je kerja.
"Ooh tapi si Reen memasak ni memang sedap je cuma satu je tak.." ujar Ashraf dengan ayat tergantung.

ANDA SEDANG MEMBACA
She's mine (C)
Genç KurguTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...