Mungkin ini yang terakhir <3 semoga membaca dengan tenang walaupun agak boring dan agak panjang sebab kalini kali pertama ayna taip sampai 4 ribu.
Thankyou yang membaca, vote dan comment. Ayna tersangatlah terharu.
****
Radio lagu raya dipasang bagi meriahkan bilik tidur itu, Areena sudah duduk di meja solek lebih kurang 2 jam untuk menyiapkan diri. Foundation, mascara, lipstick, blusher, highlight dan lain-lain semua dipakai di wajahnya yang memang sudah cantik. Tambah lagi dengan makeup wajah Areena dua kali ganda lebih cantik sampaikan Rayyan cair. Rayyan yang memakai baju melayu biru tua cuba untuk mengkacing bajunya tapi terhalang oleh tangan kecil milik Areena.
"Nak cuba juga macam drama selalu buat." Ujar Areena. Kerusi kecil dinaik olehnya untuk membuat dia tinggi sedikit. Rayyan memeluk pinggang isterinya supaya tidak jatuh.
Lagu Raya yang berkumandang cukup membuatkan hati mereka bergembira. Nanti diorang akan pergi rumah Mummy dan Daddy dulu. Malam nanti baru mereka akan pergi ke rumah Papa dan Mama sempena majlis perkahwinan Along yang bakal dilangsungkan pada hari raya kedua. Tak sangka dia kahwin dulu dari Abangnya. Lain dengan Rayyan yang memang anak sulong.
"Cantiknya isteri aku harini." Tegur Rayyan. Matanya galak memandang wajah isterinya dari dekat. Lebih cantik apabila memandang dengan jarak yang macam ni.
"Tak payah kata. Memang aku dah tahu aku cantik." Harini mengangkat bakul sendiri. Jarinya mengkancing baju melayu Rayyan. Tak sangka tahun ini ialah tahun pertama diorang beraya bersama. Malu.
Rayyan tersengih lalu jarinya mencuit hidung Areena.
"Kau memang tak sah eh kalau tak puji diri sendiri?"
"Puji diri sendiri adalah tabiat." Areena berkata. Memang betul pun tabiat dia suka memuji diri sendiri tapi lebih kepada dengan kawan dan orang yang tersayang. Kalau dengan orang lain dia tak akan puji diri sendiri sebab perasaan rendah diri dengan wajah sendiri lebih kuat apabila melihat orang luar.
Walaupun secara betulnya, dia lebih cantik.
Rayyan mengelengkan kepalanya. Pinggang Areena dikemaskan. Areena hanya membiarkan sahaja Rayyan memeluk dia. Dia lebih suka adalah. Terasa lebih disayangi.
"Tadaaa dah siapp." Ujar Areena sambil tersengih. Dada Rayyan ditepuk halus.
"Hensemnyaa suami sayaa nii." Sengaja Areena membuat suara gedik sebegitu. Rayyan tergelak sebelum dia mengucup pipi gebu Areena.
"Janganlah comel sangat sayang."
"Rasa macam nak gigit je pipi ni."
Areena sudah tersipu malu. Malu bila Rayyan bagitahu nak gigit dia. Selesai mereka bersiap, Areena kini sudah cantik memakai baju mini kurung berwarna biru tua dan corak berbunga yang sangat menarik perhatian. Tudung pula berwarna biru muda dan dia memakai shawl untuk menutup pipi besar miliknya.
Sesi bermaaf-maafan bermula. Rayyan duduk di sofa yang lembut itu. Areena pula duduk tersipu di tepi Rayyan. Tangannya dihulur untuk bersalam. Rayyan memberi tangannya lalu Areena terus mengucup lembut.
"Maafkan aku kalau aku degil, tak dengar kata, buat kau terasa hati sepanjang aku jadi isteri kau. Maaf kerana aku tak sempurna seperti isteri lain." Areena berkata. Bibirnya mencebik menahan tangisan yang tak lama lagi terkeluar. Rayyan yang memandang air mata yang bertakung di mata isteri tersenyum.
"Kau tak sama macam isteri orang lain sebab kau isteri aku. Aku maafkan kau, kau tak pernah buat salah. Aku je selalu lukakan kau. Aku minta maaf selama aku jadi suami kau. Aku ego dengan kau, aku selalu buat kau menangis. Maafkan aku sayang. I'm really sorry." Ujar Rayyan. Tangan Areena digenggam. Air mata Areena sudah mahu menitik lalu Rayyan mengucup dua belah mata Areena yang berair tu.

ANDA SEDANG MEMBACA
She's mine (C)
Teen FictionTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...