Suprised koranggg! Walaupun sebenarnya ayna memang malas gila nak fikir ayat astu nak taip. Memang boleh dikatakan malaslah sebab assignment pun tak sentuh ni nak sentuh wattpad? Adeh. Lepastu haritu dapat 100K gila tak happy walaupun 100K dan ayna pun nak bagi kejutan gittew walaupun comment dan vote di bab 55 memang tak cukup lagi.
Bab kalini ayna rajinkan diri untuk taip sebanyak 2k sempena ayna dapat 100K. Harap korang enjoy membaca walaupun bab ni agak sendu menyendu gitteww.
****
Kawasan Empire High School dimasuki oleh kereta mahal milik Rayyan. Areena hanya memandang di luar tingkap. Matanya hanya memandang pelajar perempuan dari 13 tahun hingga 17 tahun yang sudah berkumpul untuk melihat Rayyan. Gatal betul. Rayyan mengangkat handbrake, matanya menjeling Areena yang termenung jauh itu. Deheman milik Rayyan menyentakkan lamunan Areena. Terkebil-kebil mata bundar milik Areena memandang Rayyan.
"Kenapa?"
"Saja. Cuba kau tengok aku harini?" Rayyan memusingkan badannya menghadap Areena. Rambut yang kemas itu ditunjuk oleh jarinya. Areena mengangkat kening.
"Buat apa tengok kau? Aku dah bosan."
Rayyan merengus sebelum dia memegang bahu Areena.
"Ada perubahan tak dekat muka aku Reen??" Rayyan mendesak Areena. Matanya berkelip-kelip serta bibir yang dimuncung seperti itik. Areena menjulingkan matanya.
"I don't know. Tak ada beza pun." Ujar Areena dengan malas. Rayyan melepaskan pegangan tangannya di bahu Areena. Rayyan menepuk pipinya sebelum dia memandang mata Areena.
"Cuba kau tengok bibir aku. Aku pakai lipbalm kau perisa strawberi tau." Omel Rayyan nada merajuk. Manakala Areena sudah ternganga kecil manakala matanya membulat memandang suaminya. Dia tak salah dengar kan?
Rayyan pakai lipbalm dia!
"Oh my god, kau curi lipbalm aku?"
"Bukan, aku pinjamlah bukan curi."
"Sama je Rayyan but kau dah guna lipbalm aku." Tegas Areena berkata. Matanya memandang Rayyan. Rayyan menelan air liur kasar. Niat nak bermanja je tapi terus jadi singa betina.
"Chill la. Aku cuma pakai sikit je." Ibu jari Rayyan dan jari telunjuk Rayyan bertemu. Untuk memberitahu bahawa betapa sikitnya dia menggunakan lipbalm Areena.
"Tapi.."
"Tapi apa?" Sampuk Areena.
"Aku fikir bila aku pakai lipbalm strawberi. Rasa dia macam strawberi tau. Tapi tak, aku cuma rasa pahit je."
"Kau tak puasa ke?"
"Puasa."
"Yang gaya kau macam nak makan lipbalm aku tu kenapa?" Areena menyoal Rayyan. Rayyan tersenyum menanyangkan gigi putih miliknya yang tersusun cantik sebelum tangannya mengaru tepi kepala yang tidak gatal.
"Sebenarnya macam ni aku ingatkan lipbalm bila pakai rasa perisa strawberi tapi bila aku pakai cuma bau je tapi rasa tak." Rayyan diam sebentar. Otaknya sedang memproses ayat untuk memberi kepada Areena. Areena masih menunggu dengan muka garangnya.
"Then?"
"Boleh tak esok aku nak cuba pakai perisa anggur pula?"
YOU ARE READING
She's mine (C)
Novela JuvenilTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...