Bab 65

9.5K 491 87
                                    

Jam di lengan dipandang sekilas. Matanya memandang langit gelap yang dihiasi dengan bintang yang berkelipan. Lepas solat isyak, dia terus keluar rumah untuk mengambil angin dan menenangkan hatinya yang gelora. Hatinya dalam dilema. Dia masih tidak mahu Areena meninggalkan dirinya. Seorang jejaka datang lalu mengetuk meja yang diduduki oleh Rayyan. Rayyan tersedar dari lamunannya. Dia memandang jejaka dihadapannya.

   "Terima kasih sebab datang. Aku ingatkan kau tak kan jumpa aku atas apa yang aku buat dekat Areena." Ujar Rayyan. Dia mengeluh seketika memikirkan tentang hubungan dia dan Areena yang dingin. Irfan mencebik bibir. Bahu Rayyan dipukul.

    "Aku kawan kau kot. Tak kan aku tak tolong kau bila kau dalam kesusahan. Aku akan tolong kau untuk dapatkan Areena balik." Ujar Irfan. Kerusi ditarik sebelum punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi.

    Rayyan tersenyum nipis.

    "Kau nak tolong aku?"

    "Ya aku akan tolong kau tapi tolong aku ni cuma bagi nasihat." Ujar Irfan. Matanya memandang mata hazel Rayyan yang mempunyai lingkaran hitam. Tak cukup tidur. Nampak sangat kawannya dalam kesusahan.

    Rayyan mengeluh.

    "Kau nak nasihat macam mana? Aku tak tahu nak buat apa lagi Irfan. Dia dah tak suka aku." Ujar Rayyan lemah. Hatinya sebak kerana Areena sudah betul-betul tawar hati dengan dirinya.

   "Kau boleh buat dia suka kau balik Rayyan. Tak kan tu pun kau tak pandai?" Soal Irfan. Jarinya menyedut air untuk melegakan tekak yang kering akibat terlampau banyak membebel.

    "Tapi macam mana? Dia tak suka aku." Rayyan menunduk. Irfan mengeleng kepalanya. Tak sangka Rayyan senang berputus asa. Dia sayang tak Areena ni?

     "Kau sebenarnya sayang tak Areena?" Soal Irfan. Rayyan mengangkat kepala memandang wajah tegas milik Irfan. Nadanya juga berubah.

    "Aku sayang Areena. Areena isteri aku."

    "Kalau kau sayang dia. Dia isteri kau. Kenapa kau putus asa? Kau kira beruntung Rayyan." Ujar Irfan. Matanya tak lepas memandang Rayyan. Rambut serabai. Mesti terlampau serabut dengan masalah rumah tangga, tak lama lagi mereka juga akan menduduki peperiksaan yang besar. Dia tak nak Rayyan macam ni.

    "Aku tak putus asa tapi.." kata-kata Rayyan tergantung. Dia pun tidak tahu ingin berkata apa.

    Sudah berputus asa ke dia?

     Irfan menyilangkan tangannya di dada. Dia menyandarkan badan di kerusi. Bibirnya tersenyum senget.

    "Kau pun tak tahu nak kata apa Rayyan. Aku tak rasa kau sayang Areena sangat. Semasa Lilly ada pun kau abaikan dia. Itu ke sayang?" Soalan Irfan membuatkan Rayyan mengigit bibir. Hatinya sentap dengan ayat pedas yang diberi oleh Irfan.

    "Tapi Lilly kawan aku."

    "Aku tahu Lilly kawan kau tapi aku nak nasihatkan kau. Kau tak sepatutnya percayakan orang luar dari isteri kau Rayyan. Walaupun dia kawan kau sekali pun."

    Rayyan mengerut dahi. Dia memandang Irfan.

     "Apa maksud kau?" Dia sungguh tidak faham.

     "Kau ingat aku tak tahu yang kau fitnah Areena? Kau kata Areena curang dengan kau?" Soal Irfan.

    "Areena ke bagitahu kau?"

    "Tak. Ainna yang paksa Areena cerita. Selepas tu, Ainna marah aku sebab kau. Aku ni bukan apa Rayyan. Aku tak nak masuk campur dalam hal rumah tangga kau tapi sekarang kau dah melampau."

She's mine (C)Where stories live. Discover now