Bab 02

18.3K 813 70
                                    

    Areena tergelak kecik apabila jejaka itu tergagap. Kelakar la pula. Tapi dia nampak comel tau.

    Rayyan melihat Areena dengan wajah cemberut, Areena yang perasan akan wajah Rayyan terus senyap lalu memandang ke arah lain. Walaupun hanya berada di sebelah sahaja.

   Jantung aku ni bermasalah ke apa?

   Areena memandang Rayyan dari tepi. Dia hanya sahaja mahu memberanikan diri lalu Areena tersenyum manis. Rayyan tersedak seketika lalu memandang Daddy.

   Comel.

   Pelbagai jenis makanan yang berada di atas meja yang mampu membuatkan Areena terliur. Ikan siakap 3 rasa, daging masak merah, tomyam, sayur campur, ayam blackpepper dan lain-lain.

   Sedapnya.

   Suara Papa menyentakkan lamunan Areena lalu dia memandang Papa.

   "Rayyan kenalkan anak Papa yang sebelah Rayyan tu nama dia Tengku Areena Arisya manakala tepi dia Tengku Ashraf Aril dan seorang lagi Tengku Ashrif Aril." ujar Papa. Areena hanya memberikan senyuman nipis sahaja. Malas nak manis.

    Rayyan menganggukkan kepalanya berkali-kali. Senyuman nipis tidak dibalas olehnya.

   "Assalamualaikum, nama aku Tengku Rayyan Ammar nice to meet you." ujar Rayyan dengan memperkenalkan diri dengan wajah bekunya itu. Areena tersenyum nipis. Poyo je lebih.

   "Areena, Rayyan memang macam tu ya jenis susah nak senyum." ujar Tengku Aisyah kerana melihat perubahan muka Areena. Aku mengangukkan kepala.

    "It's okay aunty" ujar Areena supaya Tengku Aisyah tidak berasa bersalah atas perangai anaknya itu.

     "Waalaikumusalam, nama aku.." belum sempat Areena ingin mengatakan nama panjang miliknya, Rayyan sudah menyampuk.

     "I know your name is Tengku Areena Arisya." sampuk Rayyan tersenyum sinis. Eei, nak je aku koyak mulut kau tu.

    "Ya, okay and nice to meet you too." balas Areena kepada Rayyan walaupun ada sedikit perasaan kekok kerana si Rayyan ini menyampuk.

    "Okay, and hye bro nice to meet you." ujar Rayyan kepada twins sambil bersalam.

    Tak, kenapa dengan aku dingin macam ais kutub? Dengan dua ketul makhluk asing tu okay je.

    "Rayyan memang macam tu Areena dengan perempuan dingin kalau lelaki mengalahkan budak- budak tapi bila kenal lama-lama dia okay la." sampuk Tengku Aisyah sedikit berbisik. Tak sekarang ni kenapa kena bagitahu aku? bukan aku isteri anak dia pun nak tahu perangai dia alamak.

    "Hye too bro.." kata twins

     Selepas sahaja memperkenalkan diri, Areena hanya melantak makanan manakala yang lain sedang bercakap tentang bisnes.

     Rayyan?

    Dari tadi melekat dengan iPhone X miliknya. Nak je aku buang dalam longkang.

****

    Selepas beberapa minit melantak makanan yang enak dan lazat tu. Areena terus mengambil ais krim untuk menjadikan sebagai pencuci mulut.

    Dan masa inilah akan mengubah kehidupan Tengku Areena Arisya.

    "Areena dan Rayyan Papa nak bagitahu perkara penting kepada kamu berdua. Dan Papa harap kamu tidak akan membantah terutamanya Areena." ujar Papa serius.

   Areena yang sedang melantak ais krim itu tersentak lalu memandang Papa.

   "Kenapa Reen pula yang dipersalahkan?" soal Areena. Hatinya berdebar untuk mendengar apa perkara yang penting sampai mempunyai kaitan dengan lelaki disebelahnya.

She's mine (C)Where stories live. Discover now