"Kenapa muka kau masam je?" soal Irfan. Aku pelik betul la tadi elok je suka macam orang gila sekarang masam macam kehilangan isteri dan anak.
"Hah? tak ada apa apa la." ujar Rayyan dengan senyuman nipis dan meletakkan iphonenya di atas meja.
Farhan dan Hairul hanya memerhati gelagat Rayyan. Asal letak iphone mesti ada masalah.
"Kau dah ada girlfriend ke?" soal Farhan straight to the point.
"Mana ada" ujar Rayyan
"Kitaorang tak kisah kalau kau taknak mengaku but kalau kau tipu pun kitaorang tetap kawan dengan kau" ujar Irfan panjang lebar.
Kata-kata Irfan buat hati Rayyan auch. giteew.
"Betul tu kata Irfan, aku tetap kawan dengan kau" ujar Farhan
"Aku sokong!" sampuk Hairul
"Hm, korang?" panggil Rayyan
"Apa?" soal mereka serentak
"Aku nak tanya tanda perempuan jatuh hati ke kita macam mana eh?" soal Rayyan. Dan semua wajah-wajah kacak memandang dengan pelik....jap perempuan? perempuan?
"Apa maksud kau?" soal Irfan
"Tu la maksud aku!" jawab Rayyan
"Kau tak faham ke benggong?" soal Farhan dan ketuk kepala milik Irfan.. Sekali lagi~~
"Meh aku jawab tanda tanda perempuan tu sayang kau eh jatuh hati dekat kau ialah..." ujar Farhan sambil meleretkan suara
"Ialah apa?" soal Rayyan teruja. Nak tahu betul ke Areena suka dia?
"Aku pun tak tahu HAHAHAHAHAHAHAHAH" ujar Farhan sambil ketawa terbahak-bahak.
"Bodoh!" ujar Hairul bila sekian lama mendiamkan diri sambil memberi penumbuk kepada Farhan.
"Sial ah aku serius tahu tak?" ujar Rayyan sambil memberi jelingan yang tajam
"Relax la wei kau cari dalam google confirm ada!" ujar Farhan
"Ye ke?" soal Rayyan
"Aku jawab memang ye sekarang masalah ni senang nak selesaikan dihujung jari je." bagitahu Irfan sambil memetik jari.
"Acah ah kau" ujar Farhan
"Betul juga tu terima kasih bakal jenazah sekalian..." ujar Rayyan and kali ni semua senyap.
****
"Reen, muka kau tu dah kenapa?" tanya Ainna
"Hah? mana ada apa-apa" jawab Areena sambil tangannya berada di muka.
"Reen, kalau kau ada masalah kau cerita je dengan kami dan kami semua dengar masalah kau" ujar Ainna tiba-tiba. Ainna dengan Areena kawan dari umur 6 tahun lagi jadi dia memang rapat macam adik- beradik.
"Hm, aku okay je lah kau jangan risau okay" ujar Areena sambil memberi senyuman nipis. Hati dia sakit, sebab? Rayyan.
****
"Wei, aku nak pergi mcd kejap." ujar Rayyan sambil mengambil iphonenya dan meletak ke dalam poket seluar.
"Buat apa?" soal Irfan
"Ha? buat apa dekat mcd ada BG kot!" ujar Farhan.
"Ak--uu nak jumpa kawan aku jap." jawab Rayyan gagap.
"Aku teman kau" ujar Irfan tiba-tiba dan menarik Rayyan ke mcd. Irfan teman Rayyan dengan 1 tanda tanya? iaitu siapa kawan Rayyan dan kenapa Rayyan gagap.
"Err ta--" ujar Rayyan dan hanya pasrah Irfan menarik tangannya.
Sampai di Mcd..
"Assalamualaikum" satu suara garau milik lelaki didengari oleh 4 gadis.
"Waalaikumusalam" jawab Ainna sambil melihat Rayyan dan Irfan? terkejut? memang crush kot dan kenapa dia dua orang ni ada.
Manakala di dalam otak Irfan dipenuhi dengan tanda tanya. Tadi Rayyan kata tak kenal BG jadi ni apa? 4 gadis yang terkenal dengan sikap garangnya dan crushnya berada disitu.
"Cari siapa ya?" soal Ainna senyuman yang berada di bibir cukup menawan untuk hati jejaka milik Tengku Irfan Danial.
"Tengku Areena Arisya" jawab Rayyan datar.
Wajah Batrisya dan Ainna sudah terkejut akan jawapan Rayyan sekali dengan Irfan.
'Dia cari leader BG? Rayyan sembunyikan sesuatu dari aku ke?" soal hati kecil Irfan
"Areena ada dekat tandas, kau nak tunggu ke?" soal Batrisya kerana melihat kawannya Ainna tak lepas memandang Irfan. 'Suka Irfan ke minah ni? nasib bukan Hairul' bisik hati Batrisya dan keluhan kecil dilepaskan.
"Ye aku nak tunggu." jawab Rayyan. Beberapa minit kemudian muncul la wajah bakal isterinya eh Areena. Areena yang menuju ke meja mengecilkan matanya. 'Tu bukan Rayyan ke? dia buat apa dekat sini?' tanya hati Areena dan hatinya berdebar-debar dengan kehadiran Tengku Rayyan Ammar.
"Tu pun dia." ujar Ainna sambil menunjuk ke arah Areena
"Areena" panggil Rayyan. "Aku nak cakap sikit dekat kau" ujar Rayyan.
"Dekat luar eh?" ujar Areena
"Ye, Irfan kau tunggu sini eh aku nak cakap dengan Areena" ujar Rayyan sambil mengenyitkan mata ke Irfan bukan dia tak tahu Irfan meminati Putri Ainna Damia jadi inilah peluang yang harus digunakan olehnya untuk bercakap dengan Ainna.
"Ha okay" jawab Irfan tapi dalam hati bagaikan bom yang meletup. 'Kurang ajar punya kawan kau tinggalkan aku dengan 3 orang gadis ni sekali dengan crush aku' omel hati Irfan.
****
"Ada apa?" soal Areena matanya melihat ke arah lain. Gugup hatinya mahu membalas pandangan mata milik Rayyan yang berwarna hazel biarpun dia digelar Ice Queen tetapi bila berada dengan Rayyan serta merta perangai dinginnya hilang hanya malu memenuhi perasaannya sekarang.
"Asal kau bluetick?" soal Rayyan
"Err aku tak sempat nak balas" jawab Areena
"Kau tipu Areena!" ujar Rayyan sambil melihat Areena yang hanya memandang ke arah lantai. Handsome sangat ke lantai yang nak dibandingkan aku sampai muka aku pun tak nak tengok?
"Aku tak tipu la, aku minta maaf la bluetick" ujar Areena. Bluetick pun jadi hal besar aku sakit hati dengan kau Rayyan sakit!!!
"Hm, takpelah macam tu bye" ujar Rayyan dan memasuki Mcd dan mengambil Irfan lalu beredar.
"Tu je?" ujar Areena. Sabar je la denganlah tinggal aku sorang gila.
****
"Kau kenal Areena?" soal Irfan.
"Kenal" ujar Rayyan. Kenapa semua macam kenal je Areena ni aku pun kenal Areena sebab perkahwinan tak dirancang ni je.
'Hm pelik, kau tunggulah Rayyan aku korek rahsia kau HAHAHAHAHA' bisik hati Irfan
tbc
Maaf kalau kurang best! teruskan vote!
YOU ARE READING
She's mine (C)
Teen FictionTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...