Bab 17

10.8K 607 59
                                        

"Sebab BG." ujar Daddy

"Kenapa dengan BG?" soal Irfan

"Sebenarnya kami nak kamu jaga BG." ujar Papa. 4 jejaka yang berada di hadapannya mempamerkan muka terkejut.

"BG? siapa BG?" soal Rayyan tiba-tiba manakala wajah Daddy dan Papa berubah.

"BG tu kumpulan Areena." ujar Daddy. Pelik melihat anak terunanya kumpulan Areena pun tak tahu. Rayyan yang mendengar balasan Daddy terkaku.

"Rayyan jaga Areena." sampuk Papa setelah melihat keadaan Rayyan seperti tunggul kayu. Rayyan yang mendengar tersentak lalu menganggukan kepalanya berkali-kali.

"Kami pula macam mana?" soal Irfan bagi pihak ahli 4K yang lain.

"Irfan jaga Ainna, Farhan jaga Hanis dan Hairul jaga Batrisya." ujar Daddy. Wajah Irfan dan Farhan berubah kepada gembira apabila dia menjaga crush sendiri.

"Tampar pipi aku Irfan." ujar Farhan tiba-tiba. Irfan yang mendengar mengangkat tangan lalu menampar pipi Farhan dengan kuat sehingga meninggalkan kesan tapak tangan.

"Sakit la," ujar Farhan sambil mengelus pipinya yang sakit dan kemerah-merahan.

"Gedik"

"Duduk diam." tegur Rayyan kepada mereka berdua lalu menjeling. Irfan dan Farhan yang mendengar mengeluh lemah.

"Tu je ke pa?" soal Rayyan. Iphone yang berada di dalam poket berbunyi. Mesej dari Areena dibaca lalu senyuman terukir di bibirnya.

"Kenapa tu Rayyan?" soal Papa sambil mengangkat kening belah kanannya. Daddy yang sedang menghirup kopi hanya melihat sekilas manakala ahli 4G masih pelik akan kehadiran Uncle Amir. Siapa Uncle Amir kepada Rayyan sampai panggil Papa?

"Anak papa lah" ujar Rayyan. Senyuman masih terukir di bibir.

"Kenapa dengan dia?" soal Papa berminat untuk mengetahui tentang anak daranya yang terlantar di hospital.

"Dia suruh Rayyan beli chicken chop pa." ujar Rayyan. Papa yang mendengar kata-kata Rayyan mengelengkan kepalanya.

"Uncle, sorry menyampuk. Tapi saya nak tanya bila kitaorang pindah ya?" soal Irfan. Daddy dan Papa yang mendengar hanya menayangkan senyuman manis.

"Kamu akan pindah minggu depan jadi masih ada beberapa hari lagi." ujar Daddy.

"Oooh,"

****
"Weh, kitaorang balik dulu lah Rayyan" ujar Farhan lalu mereka kemudian bersalaman dengan Uncle Ridhuan serta Uncle Amir.

"Bye jumpa nanti," ujar Rayyan. Matanya masih melihat kawan-kawannya pergi sehingga kelibat kawannya tidak ada.

"Papa, Daddy Rayyan pergi dulu eh." ujar Rayyan meminta diri.

Kakinya laju berjalan sehingga berada di hadapan lif. Lalu Rayyan memasuki lif manakala jarinya menekan butang. Plastik chicken chop yang berada di tangan dipegang dengan kemas. Masih berwap dan masih panas.

Ketukan pintu diketuk sebanyak dua kali lalu suara merdu mengarahkan supaya Rayyan masuk. Muncullah wajah pucat Areena yang sedang bersila di atas katil dengan muka yang gembira apabila Rayyan memasuki biliknya sambil membawa makanan. Rongga hidungnya kini dipenuhi dengan bau chicken chop.

"Nah, untuk kau." ujar Rayyan lalu tanganya meletakkan plastik makanan betul-betul dihadapan Areena. Areena yang melihat bersuka-ria.

"Terima kasih, ni aku sayang kau ni!" ujar Areena lalu menutup mulut. Bibir bawah digigit apabila dia terlepas kata di hadapan Rayyan.

Rayyan yang melihat Areena tersenyum kecil. Kekadang macam budak, kekadang macam nenek. Comel.

"Sama-sama," ujar Rayyan lalu pungungnya diletakkan ke atas katil. Chicken chop yang berada di plastik di buka lalu dipotong kecil. Areena yang melihat mengigit bibir bawah bagi mengelakkan senyuman kecil terukir di bibirnya.

"Caring."

"Eh, kau ni aku boleh buat la." Areena berkata lalu mengambil bekas chicken chop tersebut. Rayyan yang perasan kehadiran tangan Areena terus melarikan bekas tersebut.

"Kau ikut je arahan aku, kalau tak aku cium kau." ugut Rayyan. Manakala Areena yang mendengar membulatkan mata lalu tangan kecil miliknya pantas menekup mulut.

"Pervert!" jerit Areena. Rayyan yang melihat menghamburkan ketawa.

"Apa kau ni, aku gurau je nanti lepas kahwin aku buat la." kata Rayyan dengan sisa gelaknya. Areena yang tidak tahan terus mencubit lengan Rayyan sehingga menampakkan kesan merah. Rayyan yang menjerit sakit diabaikan.

"Stop it Areena, sakit auuw-sakit." ujar Rayyan dengan esakan sakit. Areena yang melihat kesan itu berhenti mencubit.

"Sakit ke?" soal Areena kepada Rayyan yang seakan merajuk.

"Tak sakit, sedap adalah." ujar Rayyan dengan suara keanak-anakan. Areena yang mendengar tutur kata Rayyan tersenyum.

Jari runcingnya mengambil minyak yang memang sudah berada di dalam beg. Lalu meletakkan ke atas lengan Rayyan yang menjadi mangsa cubitan Areena. Sentuhan lembut itu membuatkan hati Rayyan sedikit terharu. Areena dengan tidak sengaja menekan kesan itu lalu Rayyan menjerit kecil.

"Sakit ke? aku minta maaf." ujar Areena lalu air matanya menitis di pipi. Perasaannya kini bersalah terhadap Rayyan. Sejak bila cubitan ketam dia mengalahkan Mama? Rayyan yang mendengar mengeluh kecil. Lemah melihat Areena yang terlampau bersalah. Kepala yang dilitupi tudung diusap lalu dicium. Areena yang menunduk kepala terkaku akibat perbuatan Rayyan.

"Kau tak buat apa-apa pun, sikit je." ujar Rayyan manakala tidak berhenti mulutnya membagi ciuman di kepala Areena yang dilitupi tudung. Kalau dah kahwin dah lama pipi Areena yang kemerah-merahan serta hidung Areena dicium tapi apakan daya ada berminggu-minggu lagi nasib persediaan kahwin sudah siap.

"Ergh, aku lapar," ujar Areena kekok. Rayyan yang tersedar akan kelakuannya tersengih kerang busuk. Lalu garfu diambil dan menyuakan kepada Areena.

"Aku boleh makan sendiri la." ujar Areena membantah akan kelakuan Rayyan.

"Kau pegang gelas pun pecah, ni makanan?" soal Rayyan sinis. Areena yang mendengar sudah mencemberutkan wajahnya.

"Ye la," ujar Areena. Rayyan menyuakan makanan kepada Areena. Areena yang masih malu akan kelakuan itu makan dengan perlahan.

"Sedap?" soal Rayyan. Areena mengangguk laju serta senyuman nipis diberi.

"Nak lagi," kata Areena seperti budak lima tahun. Rayyan yang sedang memotong ayam menyuakan ke mulut Areena.

"Kau tak makan ke?" soal Areena apabila melihat wajah Rayyan yang menelan air liur.

"Tak," jawab Rayyan lalu Areena merampas bekas tersebut lalu memotong sendiri. Potongan itu disuapkan kepada Rayyan. Rayyan yang melihat mengangkat kening.

"Makan" Areena memberitahu kepada Rayyan. Rayyan mengelengkan kepalanya tanda taknak.

"Aku dah kenyang," jawab Rayyan. Areena menjulingkan mata ke atas.

"Kau telan air liur tadi, kau lapar. Makan please!" ujar Areena memaksa, bibirnya mencebik supaya dikasihani oleh Rayyan. Rayyan yang melihat menunjal dahi Areena lalu menganga mulutnya. Areena tersenyum kecil lalu menyuapkan ayam ke dalam mulut Rayyan.

Tisu yang berada di meja kecil di ambil dengan slumbernya dia mengelapkan hujung mulut Rayyan yang comot akibat black pepper. Rayyan yang leka mengunyah makanan terkaku. Belakang telinganya kini kemerah-merahan kerana malu.

Belum sempat Areena ingin meletakkan tangan, muncul seseorang disebalik pintu tanpa mengetuk pintu dahulu.

"Weh," ujar suara itu.

tbc

Nak 40 comment dan 45 vote! muah

She's mine (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang